Tuesday, February 1, 2011

Harimau Malaya : FAM ambil pendekatan baru untuk terus mantapkan

news @bharian

Harimau Malaya : FAM ambil pendekatan baru untuk terus mantapkan

SKUAD kebangsaan akan dihimpunkan setiap bulan demi memastikan Harimau Malaya terus gemilang menempa lebih banyak pengiktirafan selepas kejayaan Piala AFF Suzuki Disember lalu.
Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Azzuddin Ahmad berkata, itu adalah pendekatan baru yang dirasakan lebih sesuai dan bertepatan untuk meningkatkan prestasi skuad negara, berbanding kaedah lama yang hanya menghimpunkan pemain untuk latihan pusat menjelang sesuatu kejohanan.

Beliau berkata, latihan pusat setiap bulan bukan saja mampu mengekalkan persefahaman dan kemantapan pemain tetapi juga memudahkan jurulatih menilai tahap prestasi semasa dan membuat program serta perancangan lebih teratur untuk skuadnya.

“Perkara ini sudah mendapat persetujuan semua pihak termasuk pasukan negeri dan kelab yang bersetuju melepaskan pemain untuk tujuan latihan pusat setiap bulan itu,” katanya di Pameran Bola Sepak Piala AFF Suzuki di Muzium Negara, semalam.

Azzudin berkata, latihan pusat berterusan juga memudahkan jurulatih menguji pemain baru berpotensi yang dikenal pasti dalam aksi di liga Malaysia.

Katanya, selain latihan pusat secara bulanan itu, FAM juga akan terus mengatur perlawanan persahabatan menentang skuad kebangsaan atau kelab handalan terpilih dari luar negara bagi memastikan mutu dan kualiti pemain negara terus meningkat.
Jurulatih kebangsaan, K Rajagobal mengakui, usaha FAM itu tepat dan kena pada masanya dalam memastikan kesinambungan kejayaan yang dilakar pada Sukan SEA Laos dan Piala AFF Suzuki tidak terhenti.

“Matlamat kita seterusnya ialah kejohanan Piala Asia di Australia dalam tempoh empat tahun akan datang. Maka, kita harus bersedia dari sekarang dengan membentuk skuad yang benar-benar berkualiti dan mantap untuk mencapai sasaran berkenaan,” katanya more news

Related Posts:

  • AFF Suzuki Cup 2010: Selepas Laser,Malaysia Dituduh Guna Bomoh Segelintir Indonesian tidak boleh menerima hakikat mereka telah kalah buat kali pertama di Piala Suzuki AFF 2010. Semua penyokong Indonesia,menyalahkan sinaran laser hijau yang menyebabkan pemain mereka hilang tumpuan,tetapi… Read More
  • AFF Suzuki Cup Final 2nd League Malaysia vs IndonesiaAFF Suzuki Cup Final 2nd League Malaysia vs Indonesia Live"Malaysia has won the AFF-Suzuki Cup on a 4-2 aggregate. Indonesia won the second leg of the final 2-1 in Jakarta on Wednesday night while Malaysia had won the first l… Read More
  • Datuk Lee Chong Wei vs Lin Dan (Asian Games 2010)Lin Dan and Lee Chong Wei will once again meet in the final of a major event. 2 years after the Beijing Olympics, the arch-rivals will meet each other in the final of the Asian Games. Lin Dan won games 2-1 (21Nov2010) Datu… Read More
  • AFF CUP: Rio Ferdinand Praise Malaysia WinningAFF Cup 2010: This time Rio Ferdinand Praise for Malaysia, Indonesia vs Malaysia. Wednesday, December 29, 2010 21:18 pm JAKARTA, KOMPAS.com - Malaysia is the best football team in ASEAN...Read9009 comments:Captain dan penyera… Read More
  • Khairul, Aimie tangguh tunangKhairul, Aimie tangguh tunang2010/12/31/ BharianKUALA LUMPUR: Penjaga gol nombor satu negara, Khairul Fahmi Che Mat menangguhkan rancangan bertunang dengan Aimie Harmelia Mohd Hashumi yang dijadual November lalu semata-mata m… Read More

0 comments:

Post a Comment