Sunday, January 30, 2011

Putik cinta Syamsul-Liyana Jasmay

Gossip @Kosmo

Putik cinta Syamsul-Liyana Jasmay

HEBAT juga penangan berbumbung dan berlantaikan lokasi filem. Efeknya tercetus sehingga ke jiwa. Baru-baru ini teman Diva menyampaikan cerita cinta yang baru berputik. Tidaklah Diva tahu kesahihannya kerana sepanjang pengetahuan Diva, dua nama yang Diva sebutkan ini cuma kebetulan berlakon bersama.

Teman Diva menyampaikan bahawa putik cinta sudah mekar di hati Syamsul Yusuf dan pelakon cantik Liyana Jasmay. Mulanya teman Diva hanya menyangkakan bahawa mereka ini sekadar membawa hembusan cinta untuk mempromosikan filem Khurafat yang tengah panas dan laku di panggung. Dengarnya filem itu sudah mencecah kutipan tiket RM5 juta dalam masa dua minggu.

Tapi menurut sumber Diva, mereka ini sedang menanam benih cinta hasil keserasian mereka sepanjang di lokasi.

Kalau difikir-fikir, Diva rasa tiada salahnya hubungan berkenaan kerana dua-dua pelakon itu 'kononnya' masih solo. Bak kata orang putih, single and available.

Related Posts:

  • Putik cinta Syamsul-Liyana JasmayGossip @KosmoPutik cinta Syamsul-Liyana JasmayHEBAT juga penangan berbumbung dan berlantaikan lokasi filem. Efeknya tercetus sehingga ke jiwa. Baru-baru ini teman Diva menyampaikan cerita cinta yang baru berputik. Tidaklah Di… Read More
  • Liyana Jasmay Selamat Lahirkan Bayi Perempuan Pelakon dan penyanyi Liyana Jasmay, 26, selamat melahirkan bayi perempuan seberat 2.9 kilogram pada pukul 7.40 malam, pada Isnin. Ibunya, Datin Habsah Simpon berkata, Liyana yang kini berada di Pusat Perubatan Prince Cou… Read More

0 comments:

Post a Comment