Monday, January 31, 2011

Ariel Peterpan Terima Hukuman Penjara

Ariel Peterpornnews @mStar

Video Lucah : Ariel Peterpan Terima Hukuman Penjara

BANDUNG: Vokalis kumpulan Peterpan, Ariel atau nama sebenarnya Nazriel Irham, dijatuhi hukuman penjara tiga tahun enam bulan dan didenda Rp250 juta (kira-kira RM85,000) atau penjara tiga bulan oleh Mahkamah Daerah Bandung Isnin, setelah didapati bersalah membuat dan mengedar video pornografi melibatkan dirinya sebagai pelaku dengan artis Luna Maya dan Cut Tari.

Keputusan itu dibaca oleh Ketua Majelis Hakim kes itu Singgih Budi Prakoso pada perbicaraan secara terbuka yang penuh sesak dengan orang ramai serta wartawan.

Sebelum ini, perbicaraan diadakan secara tertutup. Mendengar keputusan itu, beberapa wanita peminat Ariel kelihatan menangis.

Hukuman itu adalah lebih ringan daripada tuntutan pihak pendakwaan pada 6 Jan lepas yang meminta mahkamah menjatuhkan hukuman penjara selama lima tahun ke terhadap penyanyi itu.

Sebelum ini, kes pengedaran video porno dirinya dengan kekasihnya Luna Maya dan artis Cut Tari tahun lalu menggemparkan negara dan menghebohkan masyarakat apabila ia tersebar dengan cepat di Internet sehingga dapat diakses termasuk melalui telefon bimbit.

Di laman sosial, kes ini yang dikenali sebagai "Ariel Peterporn" turut menarik perhatian dunia dalam banyak akaun Twitter.

Ariel dan Luna Maya tidak mengakui bahawa mereka adalah pelaku dalam aksi porno itu, namun Cut Tari telah membuat pengakuan dan memohon maaf secara terbuka bahawa video itu benar antara dirinya dan Ariel, dan mempertahankan kenyataan itu sebagai saksi dalam perbicaraan kes Ariel itu.

Ariel, yang kelihatan tersenyum mendengar keputusan hakim seperti telah menduga hukuman yang akan diterima hari ini, tidak memberi apa-apa kenyataan apabila ditanya oleh hakim sama ada akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan itu. more news

Related Posts:

  • Gossip: Vicky Vette Ingin Rakam Filem Seks Bersama Ariel PeterpanWaduh, nampak’nya populariti Ariel Peterpan tidak terbatas di kawasan Asia Tenggara sahaja. Video seks antara Ariel Peterpan & Luna Maya memang terkenal sehingga menarik minat beberapa selebriti barat terkenal seperti Lad… Read More
  • News: Ibu Cut Tari fobia dengar nama ArielmyMetro | Ibu Cut Tari fobia dengar nama ArielJAKARTA: Selebriti, Cut Tari Aminah Anasya (gambar) berkata ibunya fobia mendengar nama Muhammad Nazriel Irham atau Ariel ‘Peterpan.’“Ibu sudah sembuh, tetapi jika terdengar atau … Read More
  • News: Ariel Peterpan Won The 50 Greatest Indonesian SingersSabtu, 11 Desember 2010JAKARTA, KOMPAS.com — Masuknya vokalis Nazriel Irham atau Ariel dalam The 50 Greatest Indonesian Singers versi majalah Rolling Stone Indonesia edisi Desember 2010 membuat setidaknya dua orang dekat Arie… Read More
  • News: Luna tidak stresmyMetro | Luna tidak stresJAKARTA: Walaupun berdepan dengan perbicaraan yang boleh mendedahkan pelbagai rahsia peribadinya, Luna Maya menganggap isu klip video lucah bersama Ariel Peterpan tidak membebankan. Bagi Luna, dia m… Read More
  • FYI: Ariel Peterpan Famous in JapanAriel bersama kekasihnya, Luna Maya dikhabarkan baru sahaja menghiasi sebuah majalah lucah di Jepun. Dalam majalah yang diterbitkan di negara Jepun itu, kelihatan gambar Luna Maya, Ariel dan Cut Tari sedang memperagakan pakai… Read More

0 comments:

Post a Comment