Monday, January 31, 2011

Debaran Francissca Peter Selepas 33 Tahun

Info @mStar

Debaran Francissca Peter Selepas 33 Tahun

BERPELUANG membuat persembahan di pentas berprestij Istana Budaya pada 5 dan 6 Februari ini, penyanyi Francissca Peter atau Fran mengakui teruja menghitung hari untuk acara yang penuh bermakna dalam “Konsert Keunggulan 33 Tahun Francissca Peter”.

Biarpun tempoh sebulan yang diperuntukkan kepadanya untuk mempersiapkan diri terlalu singkat, Fran berharap ia dapat melakukannya dengan sehabis baik.

Konsert Keunggulan 33 Tahun Francissca PeterJelas Fran, konsert berkenaan adalah penghargaan atau hadiah kepada peminat-peminat yang masih memberi sokongan terhadap kerjayanya sejak berkecimpung dalam industri seni.

“Pertama kali diberi kepercayaan membuat persembahan di Istana Budaya sudah tentu perasaan bercampur baur, teruja dan berdebar menantikan tarikh tersebut.

“Buat masa sekarang saya sibuk dengan promosi, manakala latihan penuh bersama orkestra akan dilakukan bermula 1 Februari nanti.

“Saya percaya Datuk Ramli MS akan membuat yang terbaik untuk konsert itu nanti,” katanya yang mendapat khidmat Ramli selaku pengarah muzik.

Konsert yang bakal mengimbas nostalgia lama ini akan menampilkan lagu-lagu popular yang menjadi siulan satu masa dahulu seperti Kehebatan Cinta, Oh La La Tropika, Sekadar Di Pinggiran, Kerana Terpaksa dan Aku Hanya Pendatang.

Tiket menyaksikan konsert berkenaan dijual dengan harga RM99, RM149, RM189, RM239 dan RM299 yang boleh didapati secara dalam talian di www.francisscapeter-consert.com, www.airasiaredtix.com dan www.ticket2u.biz atau telefon 03-41478600. more news

Related Posts:

  • Konsert D'lloyd Imbas Kegilaan Tahun 1978news @mStar Konsert D'lloyd Imbas Kegilaan Tahun 1978Kumpulan muzik legenda Indonesia D'lloyd menganggap Konsert Semalam Di Malaysia di Istana Budaya pada 6 hingga 8 Mei ini begitu bermakna kerana dapat mengimbas kenangan… Read More
  • Ziana Zain Tegur Syarikat Korporat Enggan Taja Konsertnews @mStar Ziana Zain Tegur Syarikat Korporat Enggan Taja Konsert Penyanyi Ziana Zain menegur syarikat-syarikat korporat di negara ini yang enggan menaja konsert penyanyi-penyanyi tempatan berbanding penyanyi ant… Read More
  • Justin Bieber Finally Arrived in Malaysianews @mStar Justin Bieber Finally Arrived in MalaysiaPenyanyi remaja sensasi, Justin Bieber,17, mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 2.30 petang Khamis bersama kekasihnya, penyanyi S… Read More
  • Review Bruno Mars Concert in Malaysianews @kosmo Review Bruno Mars Concert in Malaysia SANTAI dan menghiburkan. Itu yang boleh disimpulkan daripada konsert sulung penyanyi kelahiran Hawaii, Bruno Mars yang berlangsung Ahad lalu di Dewan Merdeka, Pusat … Read More
  • Dolly Parton Back With New Album And TourDolly Parton Back With New Album And TourAfter making music for more than 50 years, Dolly Parton is now back with a new album of original tracks and a forthcoming world tour. As well as being a global superstar, she is als… Read More

0 comments:

Post a Comment