Showing posts with label marcell. Show all posts
Showing posts with label marcell. Show all posts

Wednesday, March 12, 2014

Dayang Nurfaizah Akui Sukar Cari Pasangan


Penyanyi Dayang Nurfaizah mengakui dirinya agak cerewet dalam memilih pasangan duet dalam sesebuah lagu atau persembahan.

Dayang atau nama sebenar Dayang Nurfaizah Awang Dowty, 32, keserasian merupakan faktor utama yang diambil kira terhadap seseorang penyanyi yang ingin digandingkan dengannya.

"Sukar sebenarnya untuk mencari pasangan duet kerana kebanyakkannya kurang sesuai dan serasi dengan suara saya.

"Bila tidak serasi penyampaian akan jadi tidak sepenuh jiwa dan ia akan mengecewakan peminat.

"Oleh itu juga saya sangat menitik beratkan soal ini dan mengkaji dahulu artis yang ingin digandingkan dengan saya," katanya ketika ditemui pada sidang media konsert Pesona Cinta bersama artis Indonesia Marcell yang akan berlangsung pada 29 Mac ini di Panggung Sari, Istana Budaya.

Dayang berkata demikian ketika diminta mengulas tentang pemilihan rakan duet yang didakwa agak cerewet.

Setakat ini, hanya beberapa nama besar seperti Anuar Zain, Marcell dan Datuk Ramli Sarip sahaja yang pernah berkolaborasi dengan penyanyi ini dalam setiap persembahannya.

Sementara itu, Dayang berkata, bagi konsert Pesona Cinta, dia bakal menyanyikan hampir 16 buah lagu termasuk beberapa lagu duetnya bersama Marcell.

Katanya, konsert ini juga sebagai landasan untuk dirinya membuat persiapan dalam membuat konsert solo.

"Saya memang nak buat tapi banyak sangat rintangan dan halangan terutamanya daripada segi penaja.

"Selalunya mereka akan gandingkan saya dengan amna-mana artis lain, ia mungkin juga kerana mereka kurang yakin dengan kemampuan saya untuk tarik penonton," katanya.

Selain konsert Pesona Cinta yang berlangsung pada 29 Mac ini,  konsert l1ve To Love daripada Afgan Syahreza bakal berlangsung pada 28 Mac iaitu sehari sebelum konsert Dayang dan Marcell diadakan.

Sementara itu, tiket konsert yang dianjurkan oleh Jag Events dijual dengan harga RM150, RM250, RM350, RM450, RM 550 boleh didapati di laman web www.Jagtikets.com.

Baca artikel penuh

Sumber: Mstar

Tuesday, February 25, 2014

Dayang Nurfaizah & Marcell Di Istana Budaya

Selepas dihiburkan dengan persembahan Afgan pada 28 Mac, Istana Budaya sekali lagi digegarkan dengan persembahan dua nama besar iaitu Dayang Nurfaizah dan penyanyi Indonesia, Marcell dalam konsert 'Marcell & Dayang Pesona Cinta' pada 29 Mac 2014.

Dalam persembahan yang memakan masa selama dua jam ini, Dayang dan Marcell tentunya bakal meghiburkan peminat dengan deretan lagu popular masing-masing.

Tiket berharga RM150, RM250, RM350, RM450 dan RM550 boleh dibeli dengan melayari www.jagtickets.com. Kepada peminat setia Dayang dan marcell, jangan lepaskan peluang keemasan ini!

Marcell & Dayang Pesona Cinta

source: mediahiburan