Showing posts with label sepahtu. Show all posts
Showing posts with label sepahtu. Show all posts

Wednesday, March 12, 2014

Jep (Sepahtu) Tepis Gosip Bertunang

Selepas dua minggu gosip mengenai pertunangan Jep Sepahtu diberitakan, akhirnya pelawak itu tampil menafikan khabar angin tersebut.

Jep atau nama sebenarnya Mohd Nadzri Zainal Abidin, 29, berkata, dia terkejut dengan berita tersebut dan meluahkan rasa sedikit terkilan apabila gosip tersebut dikeluarkan tanpa meminta penjelasannya dahulu.

"Perkara itu (bertunang) langsung tidak berlaku dan berita itu adalah bohong.

"Terkejut juga apabila mendapat tahu berita 'pertunangan' saya sedangkan saya sendiri tidak tahu tentang hal itu. Pelik rasanya apabila ada pihak yang lebih tahu mengenai saya berbanding saya sendiri," katanya yang dihubungi mStar Online pada petang Isnin.

Pada 24 Februari lalu, akhbar mingguan telah melaporkan Jep telah mengikat tali pertunangan pada Januari lalu dengan wanita sekampung dengannya di Kluang, Johor.

Difahamkan wanita tersebut bekerja di stesen radio Hot FM.

Selepas gosip tersebut, pihak media cuba mendapatkan pengesahan daripada Jep namun pelawak itu tidak menjawab sebarang panggilan media. Baca artikel penuh

Sumber: Mstar

Sunday, February 9, 2014

Rahim Tidak Akan Sertai Sepahtu Selepas Juarai MLM 2013

Juara Maharaja Lawak Mega 2013 (MLM2013) kumpulan Sepahtu memberitahu tiada sebarang perancangan untuk terus mengekalkan salah seorang anggotanya iaitu Rahim dalam mana-mana aktiviti kumpulan tersebut.

Ahli kumpulan itu, Jepp atau nama sebenar Mohd Nadzri Zainal Abidin berkata, pengambilan Rahim dalam Sepahtu hanya sebagai projek istimewa bagi MLM 2013.

"Kita hanya mengambil Rahim sebagai projek istimewa untuk MLM 2013 ini dan buat masa ini tiada perancangan untuk meneruskan kumpulan ini.

"Bagaimanapun saya mengakui selesa dan senang bekerja dengannya kerana Rahim seorang yang sangat komited dalam kumpulan," katanya pada sidang media selepas pertandingan itu di Stadium Malawati, di sini, malam Jumaat.

Source: Mstar

Saturday, February 8, 2014

Sepahtu juara Maharaja Lawak Mega 2013

Maharaja Lawak Mega 2013

Kumpulan pelawak, Sepahtu yang dianggotai Mohd Nadzri Zainal Abidin, Shahmira Muhamad dan Rahim Mat Ali dinobatkan sebagai juara program realiti Maharaja Lawak Mega (MLM) 2013 menewaskan empat peserta lain, pada pentas akhir program yang berlangsung di Stadium Malawati, di sini, malam tadi.

Persembahan lawak yang bertemakan muzikal dan bebas itu melayakkan mereka membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM500,000 dan trofi.

Sepahtu Maharaja Lawak Mega 2013

Manakala, tempat kedua dimenangi kumpulan Shiro yang dianggotai Shahrol Azizie Azmi dan Mohamad Hanffi Razak yang memenangi hadiah RM250,000 beserta trofi.

Tempat ketiga dimenangi Bocey (Muhamad Fadzlie Mohd Nizam, Mohd Nasir Hamzah dan Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Ridzuan) yang menerima hadiah RM150,000 serta trofi. Tempat keempat dan kelima dimenangi kumpulan Jambu (Zamatul Amri Zakaria dan Yussry Edoo) dan Ahmad Nabil Ahmad masing-masing membawa pulang RM50,000 dan RM15,000 berserta trofi.

Sementara itu, Bocey dipilih sebagai kumpulan terbaik pada final Maharaja Lawak Mega 2013.

Sepahtu Maharaja Lawak Mega 2013

Program yang diadili juri tetap, Datuk Yusof Haslam, Luna Maya, Sheikh Haikel dan Nora Danish sebanyak 70 peratus itu turut diadili penonton melalui undian SMS sebanyak 30 peratus.

Hadiah disampaikan Ketua Saluran Premium Astro, Nizam Sani dan Naib Presiden Bahagian Perniagaan Melayu Astro, Khairul Anuar Salleh.

Source: Bharian