Showing posts with label soo wincci. Show all posts
Showing posts with label soo wincci. Show all posts

Saturday, September 6, 2014

Muzik Video Kisah Gay Pengalaman Hidup Soo Wincci

PETALING JAYA: Penyanyi Soo Wincci yang kini menetap di Taiwan menjelaskan, muzik video lagu bahasa Mandarin nyanyiannya berjudul Not Brave  yang memaparkan kisah cinta pasangan homoseksual dihasilkan hanya untuk pasaran negara itu.

Soo Wincci, 28, berkata, muzik video sebegitu bukan sesuatu yang salah di Taiwan kerana ia tidak menyentuh sensitiviti masyarakat negara tersebut.

"Muzik video itu dilancarkan pada tahun lalu dan ia telah memenangi banyak anugerah di Taiwan. Saya akui ia adalah tentang seorang wanita yang kecewa selepas mendapat tahu teman lelakinya adalah pasangan gay.

"Saya tahu di Malaysia ia agak sensitif bila berkaitan dengan homoseksual, namun di Taiwan ia tidak menjadi masalah kerana masyarakat di sana lebih terbuka seperti di Amerika Syarikat," ujarnya ketika dihubungi mStar Online melalui Applikasi WhatsApp.
Soo Wincci akui pernah jatuh hati dengan lelaki gay.

Soo Wincci berkata demikian ketika diminta mengulas tentang muzik video lagu bahasa Mandarin nyanyiannya yang dilancarkan di Taiwan tahun lalu.

Muzik video berdurasi lima minit itu berjudul Not Brave mendapat kritikan di blog-blog hiburan negara ini apabila memaparkan adegan hubungan sejenis pasangan lelaki atau gay.

Dalam pada itu, Soo Wincci turut mengakui muzik video tersebut juga merupakan kisah pengalaman sebenar yang pernah dilaluinya beberapa tahun lalu.

Dia pernah merasai pengalaman jatuh cinta dengan seorang lelaki yang mengamalkan gaya hidup songsang.

Muzik video itu juga sedikit sebanyak bercerita tentang kisah hidup saya beberapa tahun lalu di mana saya telah jatuh cinta dengan seorang lelaki gay.

"Ketika itu memang terlalu sakit hati kerana orang ketiga kami ialah seorang lelaki bukannya perempuan, saya tidak pernah menceritakan perkara ini pada orang lain kerana saya tahu orang akan cakap saya bodoh," katanya.

Tambah Soo Winci, peristiwa itu juga membuatkan dia sukar untuk mempercayai mana-mana lelaki buat masa ini.
Sumber: Mstar

Tuesday, July 1, 2014

Masyarakat Taiwan Pelik Apabila Soo Wincci Berpuasa


Soo Wincci berkongsi gambarnya ketika berbuka puasa sendirian di Taiwan.

PETALING JAYA: Penyanyi Soo Wincci yang kini menetap di Tawian memberitahu tindakannya berpuasa pada bulan Ramadan kali ini dipandang sebagai sesuatu yang pelik oleh rakan-rakan berbangsa Cina di negara itu.

Bagaimanapun, Soo Wincci, 28, berkata, ia adalah salah satu perkara yang cuba ditunjukkan kepada rakan-rakannya tentang kelebihan berpuasa yang diamalkan oleh umat Islam setiap kali menjelangnya Ramadan.

"Ini merupakan tahun ketiga saya berpuasa setiap kali bulan Ramadan, namun tahun ini saya berpuasa bersendirian di Taiwan.

“Ramai kawan saya bertanya tentang amalan berpuasa dan kenapa saya berpuasa? Mereka semua pelik, ketika saya menunggu waktu berbuka di sebuah restoran di Taiwan, beberapa pelayan datang bertanya mengapa saya tidak makan sedangkan makanan sudah tersedia.

“Walhal saya sedang menunggu waktu berbuka,” katanya kepada mStar Online ketika dihubungi melalui aplikasi WhatsApp di sini, Isnin.

Tambah Wincci, cabaran berpuasa tahun ini berbeza terutamanya daripada segi masa di negara itu lebih panjang berbanding di Malaysia. Malah, katanya, jadual kerja dan penggambaran sepanjang bulan ini agak padat.

“Saya kunci jam untuk bersahur pada pukul 3 pagi kerana di sini Subuh pada pukul 3.38 pagi dan waktu berpuasa lebih sejam daripada Malaysia.

“Jika di Malaysia saya ada rakan-rakan Melayu untuk berbuka dan berpuasa, tetapi di sini lebih mencabar kerana masyarakat beragama Islam tidak ramai.

“Jadual saya pula agak padat kerana bakal menjalani penggambaran mini filem antarabangsa dan muzik video pada bulan ini, namun saya yakin saya dapat menjalani puasa ini dengan baik,” katanya.

Sementara itu, Soo Wincci turut menolak dakwaan beberapa pihak yang menganggap dia berpuasa kerana sedang bercinta dengan lelaki beragama Islam atau Melayu.

Pada awalnya dia cuba telah berpuasa kerana berjanji dengan peminat-peminat, namun disebabkan kelebihan yang didapati sepanjang berpuasa, dia meneruskan niat untuk terus berpuasa setiap kali Ramadan.

"Ada spekulasi kata saya ada kekasih beragama Islam yang menyebabkan saya berpuasa setiap tahun namun sebenarnya tidak. Pada awalnya saya hanya berjanji dengan peminat-peminat Melayu, namun bila saya lihat banyak kelebihan apabila berpuasa saya teruskan untuk berpuasa setiap kali Ramadan.

“Saya dapati banyak kelebihan terutama daripada segi kesihatan dan mental saya lebih kuat apabila berpuasa,” katanya yang berazam untuk berpuasa penuh selama sebulan.
Sumber: Mstar