Showing posts with label sick. Show all posts
Showing posts with label sick. Show all posts

Thursday, March 27, 2014

Payudara Ifa Raziah Membengkak


Penyanyi dangdut terkenal Ifa Raziah diberitakan sering ke hospital bagi mendapatkan rawatan.  Dia dikatakan mengalami masalah  sakit di bahagian payudara.

 "Pada mulanya, saya hanya demam panas.  Lepas tu makin lama keadaan makin teruk.  Dan lebih teruk lagi bila saya mula sedar ada bahagian yang bengkak di payudara.   Setelah diperiksa rupa-rupanya kelenjar yang membengkak itu menyebabkan terkumpulnya cecair badan sehingga menyebabkan jangkitan virus.

"Itulah sebab utamanya saya sakit payudara dan ini tidak ada kena mengena dengan khabar angin disebabkan oleh saya menjalani pembedahan atau suntikan pada payudara. Saya mempunyai bukti 'ultra sound' untuk menyangkal perkara ini," jelas Ifa tegas.

Ifa Raziah juga bersyukur kerana setelah mendapat khidmat nasihat dan pemeriksaan daripada tiga doktor, semuanya mengesahkan dia bukannya sakit kanser payudara. Kini kesihatan juga bertambah pulih setelah menjalani rawatan secara intensif di hospital.

Source: Media Hiburan

Wednesday, March 5, 2014

Syamsul Yusof Masuk Wad Suspek Demam Denggi


Pengarah filem dan pelakon Syamsul Yusof, 30 kini ditahan di Pusat Perubatan Gleneagles, dekat sini, selepas disyaki menghidap demam denggi.

Ibunya, Datin Patimah Ismail berkata, dia membawa Syamsul ke hospital pagi Selasa selepas mengadu sakit kepala dan demam teruk sejak dua hari lalu.

"Saya bawa Syamsul ke hospital pagi tadi lepas dia mengadu sakit kepala dan suhu badan dia sangat panas.

"Pada mulanya saya ingat hanya demam biasa sahaja, tapi bila sudah dua hari demamnya semakin teruk, saya terus bawa dia ke hospital dan doktor syak ia mungkin demam denggi," katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Selasa.

Tambah Patimah, buat masa ini doktor masih lagi membuat pemeriksaan lanjut selepas mengambil contoh darah anak lelakinya itu untuk mengetahui penyakit sebenar.

Sementara itu, Patimah memberitahu, Syamsul sempat berjenaka akan bernikah di hospital jika keadaannya masih belum sihat pada hari pernikahannya yang bakal berlangsung 8 Mac ini.

"Setakat ini doktor masih belum buat pengesahan rasmi tentang penyakit ini dan baru sahaja ambil darah untuk pemeriksaan lanjut.

"Syamsul juga ada berseloroh untuk bernikah di hospital jika keadaan belum sihat menjelang hari pernikahannya nanti," ujarnya.

Patimah turut meminta peminat turut mendoakan agar kesihatan anaknya kembali pulih secepat mungkin.

Syamsul Yusof dan tunangnya, Puteri Sarah Liyana dirancang akan bernikah pada 8 Mac ini di masjid Sri Damansara di sini pada pukul 10 pagi.

Sumber: Mstar

Thursday, February 13, 2014

Gempar Stacy hidap H1N1 ?

MELALUI kemas kini status akaun Twitter peribadi milik Stacy atau nama sebenarnya Stracie Angie Anam, 24, penyanyi itu mengesahkan bahawa dia telah dijangkiti virus Influenza A (H1N1) atau lebih dikenali sebagai wabak selesema burung.


Berita mengenai penyakit berbahaya yang dihidapinya sungguh memeranjatkan kerana pelantun lagu Bosan itu kelihatan sihat sewaktu mengadakan persembahan pada malam penganjuran Anugerah MeleTOP Era baru-baru ini.

“Betul, saya dijangkiti virus influenza A,” jelas Stacy dengan nada sayu sewaktu dihubungi Kosmo! semalam.

Ujarnya, dia kini berada di kampungnya, Penampang, Sabah untuk berehat dengan harapan penyakitnya itu sembuh dalam masa terdekat. Baca Artikel penuh

Sumber: Kosmo

Wednesday, February 12, 2014

Stacy Dijangkiti Virus Influenza A

Penyanyi yang popular dengan lagu 'Bosan', Stacy disahkan telah dijangkiti oleh virus influenza A. Menerusi akaun Twitternya, Stacy berkongsi berita ini bersama pengikutnya dengan status;

"Im positive!!..,Influenza A...huhuhu...nasib baik ada topeng ninja ni and OMIflu medicine," tulisnya.


Sebelum itu, menerusi Twitter juga, Stacy ada berkongsi foto mengenai gejala-gejala penyakit ini seperti demam, selsema, sakit tekak, cirit-birit, batuk, kurang selera makan, muntah dan loya.

Difahamkan, Stacy kini berada di Sabah dan sedang berehat sehingga penyakit yang dihidapinya pulih. Semoga cepat sembuh Stacy!

Source: Mediahiburan

Monday, February 10, 2014

Isteri Black Hanafiah Hidap Demam Denggi

Penyanyi Black Hanafiah tidak menyangka keadaan isterinya, Naquia Yasirah yang mengalami demam panas dan muntah-muntah sejak beberapa hari lalu adalah disebabkan demam denggi sehingga terpaksa ditahan di Columbia Asia Hospital, Setapak, dekat sini sejak Sabtu lalu.

Black atau nama sebenarnya, Hanifah Hanafiah, 27, berkata, pada mulanya dia menyangka keadaan yang dialami isterinya itu adalah simptom wanita mengandung selepas disahkan doktor ketika membuat pemeriksaan kehamilan di sebuah klinik.

"Pada mulanya saya sangka isteri mengandung kerana sebelum itu doktor memberitahu terdapat simptom Naquia hamil tetapi kami perlu tunggu sebulan lagi untuk mendapatkan kepastian.


Dalam pada itu, Black berkata, keadaan isterinya kini tidak membimbangkan malah pihak hospital membenarkan Naquia untuk berehat di rumah.

"Doktor membenarkan di keluar tetapi saya minta dia berehat di hospital bagi memastikan dia betul-betul sihat tambahan pula dalam masa dua hari ini dia perlu hadir untuk membuat pemeriksaan susulan," katanya.

Black dan Naquia bernikah pada 13 September 2013.

Source: Mstar