Showing posts with label siti sarah. Show all posts
Showing posts with label siti sarah. Show all posts

Monday, August 9, 2021

Penyanyi Siti Sarah, 37, disahkan meninggal dunia 5.13 pagi, hari ini (09 August 2021)

Kuala Lumpur: Penyanyi Siti Sarah, 37, disahkan meninggal dunia di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), di sini, jam 5.13 pagi, hari ini.



Perkara itu dikongsi syarikat pengurusan penyanyi lagu Kesetiaan itu, Indigital Music dalam satu kenyataan ringkas.

"Dengan berat hati dan berdukacita, kami ingin memaklumkan bahawasanya Siti Sarah Raissuddin disahkan meninggal dunia jam 5.13 pagi HUKM.


"Terima kasih kepada semua yang tidak putus-putus memberikan doa serta sokongan kepadanya sejak dimasukkan ke hospital beberapa hari yang lalu," katanya.

Terdahulu Siti Sarah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital itu selepas tahap oksigen menurun. Siti Sarah kemudiannya ditidurkan sebelum pembedahan dijalankan bagi mengeluarkan bayi dalam kandungan. Siti Sarah selamat melahirkan bayi lelaki diberi nama Ayash Affan.
Siti Sarah bersama suami yang juga pelawak, Shuib disahkan positif Covid-19 pada 27 Julai lalu.
Pasangan itu berkahwin pada 26 Februari 2011.

Pasangan ini juga mempunyai tiga cahaya mata, Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6.

Kredit: hmetro

Friday, February 21, 2014

RAHSIA SITI SARAH SEMAKIN LANGSING

Kemunculan penyanyi Siti Sarah ketika majlis rakaman episod terakhir Propaganza di Hotel Residence,Kajang malam tadi tenyata telah mendapat perhatian ramai pihak kerana bentuk badannya yang semakin langsing.

Percaya atau tidak, berat badan ibu kepada dua cahayamata itu kini hanya mencecah 48 kilogram berbanding selepas melahirkan cahaya mata keduanya pada Mei tahun lalu yang telah mencecah 74 kilogram.

Siti Sarah berkata semuanya kerana dia mengamalkan pengambilan pemakanan yang betul selain mula mendekati produk makanan tambahan Royale Slim Magic sejak beberapa bulan lalu.

“Saya sudah mula mengamalkan pengambilan produk pemakanan Royale Slim Magic sejak 12 minggu lalu dan nampaknya ia telah berjaya mengurangkan berat badan saya secara semulajadi.

“Apa yang menarik tentang produk ini, saya tidak perlu bertahan lapar atau berpantang untuk tidak makan itu atau ini, kerana ianya amat mujarab buat saya sejak mengambilnya.

“Bagaimanapun dalam masa yang sama saya turut mengamalkan pengambilan pemakanan yang betul untuk tubuh dengan mengurangkan pemakanan yang berminyak mahupun bergula,” katanya yang turut mengamalkan pengambilan buah avocado sebagai makanan tambahan.

Siti Sarah telah tampil dengan gaun hitam sendat yang dililit bersama bow di bahagian belakang persalinan berkenaan dan tidak ketinggalan solekan menawan. baca artikel penuh

Sumber: murai

Tuesday, December 6, 2011

Photo Baby Siti Sarah

Photo Baby Siti Sarah

Tahniah kepada Siti Sarah kerana selamat melahirkan anak lelaki dan juga anak sulung Shuib Sepah !!

Sunday, September 18, 2011

Photo Siti Sarah Mengandung

Photo Siti Sarah Mengandung

Photo terbaru Siti Sarah mengandung. Kandungan Sarah dah nak masuk 9 bulan. Moga selamat lah melahirkan baby yang cute macam maknya.. :)

Friday, August 12, 2011

Siti Sarah Mengandung Bayi Lelaki

news @mStar

Shuib Gembira Siti Sarah Mengandung Bayi Lelaki

Penyanyi Siti Sarah Raisuddin memberitahu, suaminya Shahmira Muhahamad atau Shuib amat gembira selepas mengetahui bayi yang di kandungnya merupakan bayi lelaki.

Sarah berkata, mereka mendapat berita itu selepas disahkan doktor ketika melakukan pemeriksaan perubatan terhadap kandungan yang berusia enam bulan itu Selasa lalu.

“Shuib amat gembira bila dapat tahu saya mengandungkan bayi lelaki. Sebabnya dia memang idamkan anak pertama dalam hidup kami ialah anak lelaki,” katanya yang ditemui semasa rakaman Melodi Raya di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, Rabu.
more

Wednesday, May 4, 2011

Sarah Raisuddin Hamil, Shuib Sepah Menangis Kegembiraan!

Sarah Raisuddin Hamil, Shuib Sepah Menangis Kegembiraan!

KUALA LUMPUR, 29 APRIL 2011: Tiada kata yang dapat diluahkan untuk menggambarkan bagaimana gembiranya perasaan pelawak Shuib Sepah sebaik sahaja dia mengetahui bahawa isteri tercintanya, Siti Sarah Raisuddin telah pun disahkan hamil 2 bulan.

Malah Sarah Raisuddin memberitahu, sewaktu menerima perkhabaran tentang berita kehamilan tersebut, Shuib yang turut berada di sisinya terus menangis dan memeluknya tanda syukur.

"Alhamdulillah, akhirnya kami dikurniakan cahaya mata dengan kadar yang agak segera. Bukan saya sahaja yang gembira, malah Shuib sendiri begitu teruja dengan berita ini.

"Sebenarnya, selepas hari terakhir menjalani penggambaran filem Man Sewel Datang KL pada bulan lalu, saya dah pun mula rasa sakit perut dan Shuib kemudian terus bawa saya ke klinik.

"Pada mulanya, doktor kata perut saya masuk angin kerana tidak makan. Saya akui memang pada waktu itu saya asyik tak sempat nak makan kerana shooting dan sebagainya.

"Tapi bila doktor buat pemeriksaan dan ujian kehamilan, doktor telah mengesahkan saya mengandung. Apa lagi, Shuib yang turut bersama saya pada ketika itu terus mengalirkan air mata. Malah, tanpa rasa malu dia juga turut memeluk saya sambil menangis di hadapan doktor," kata Sarah. More

source:
murai.com.my


Thursday, April 14, 2011

Photo Majlis Pernikahan Shuib (Sepah) dengan Siti Sarah

Photo Majlis Pernikahan Shuib (Sepah) dengan Siti Sarah

Pada hari sabtu iaitu semalam 26 February 2011, selamat sudah pasangan kecil molek Siti Sarah Raisuddin dan Shuib Sepah menjadi suami Isteri dengan sekali Lafaz.Mereka bernikah di Sebuah Banglo di Bangsar . Majlis dihadiri kira-kira 200 orang tetamu. previous news

Tahniah kami ucapkan buat Shuib dan Siti Sarah semoga berkekalan hingga ke akhir hayat.





Sunday, December 12, 2010

News: Siti Sarah - Shuib Raja Lawak Sah Bertunang

Akhirnya terbongkar jua kisah pertunangan antara Siti Sarah Raisudin dan Shuib Raja Lawak. Majlis yang dirahsiakan daripada pengetahuan media itu dilangsungkan pada 16 November lalu di Kuala Selangor.

Berita gembira ini disampaikan sendiri Shuib kepada media sewaktu sidang media sempena pelancaran sitkom Bujang Sepah Musim Kedua di Palm Tree Resort Sepang.

"Saya mengaku sudah bertunang dengan Sarah pada 16 November lalu. Kemungkinan besar Januari tahun depan kami akan melangsungkan perkahwinan, mungkin selepas saya habis shooting. Kalau boleh tak mahulah tunggu lama-lama. Mungkin sudah sampai jodoh kami.
more news