Sarah Raisuddin Hamil, Shuib Sepah Menangis Kegembiraan!
KUALA LUMPUR, 29 APRIL 2011: Tiada kata yang dapat diluahkan untuk menggambarkan bagaimana gembiranya perasaan pelawak Shuib Sepah sebaik sahaja dia mengetahui bahawa isteri tercintanya, Siti Sarah Raisuddin telah pun disahkan hamil 2 bulan.
Malah Sarah Raisuddin memberitahu, sewaktu menerima perkhabaran tentang berita kehamilan tersebut, Shuib yang turut berada di sisinya terus menangis dan memeluknya tanda syukur.
"Alhamdulillah, akhirnya kami dikurniakan cahaya mata dengan kadar yang agak segera. Bukan saya sahaja yang gembira, malah Shuib sendiri begitu teruja dengan berita ini.
"Sebenarnya, selepas hari terakhir menjalani penggambaran filem Man Sewel Datang KL pada bulan lalu, saya dah pun mula rasa sakit perut dan Shuib kemudian terus bawa saya ke klinik.
"Pada mulanya, doktor kata perut saya masuk angin kerana tidak makan. Saya akui memang pada waktu itu saya asyik tak sempat nak makan kerana shooting dan sebagainya.
"Tapi bila doktor buat pemeriksaan dan ujian kehamilan, doktor telah mengesahkan saya mengandung. Apa lagi, Shuib yang turut bersama saya pada ketika itu terus mengalirkan air mata. Malah, tanpa rasa malu dia juga turut memeluk saya sambil menangis di hadapan doktor," kata Sarah. More
source:
murai.com.my
0 comments:
Post a Comment