Showing posts with label Melodi. Show all posts
Showing posts with label Melodi. Show all posts

Tuesday, July 22, 2014

Pengacara Baharu Melodi Tersinggung Dikritik

Sherry ambil kritikan untuk perbaiki diri.

PETALING JAYA: Pengacara Melodi yang baharu iaitu Sherry Alhadad meminta agar penonton tidak terus memberi kritikan negatif selepas dia dan Zulin Aziz terlibat megendalikan rancangan itu bersama Awal Ashaari.

Sherry, 30, berkata, mereka masih lagi mencari keserasian bersama Awal dan berusaha memastikan kehadiran mereka berjaya memenuhi selera penonton.

"Tipulah kalau saya kata tidak kecil hati dengan komen dan kritikan penonton terhadap kami, sehingga saya fikir teruk sangatkah saya mengacara?

"Bagilah kami masa dan peluang untuk memperbaiki diri, ini baru tiga minggu kami bersama dan saya yakin lama kelamaan ia akan lebih baik," ujarnya ketika dihubungimStar Online pada Isnin.
Gandingan baharu Melodi Awal Ashaari (kiri), Sherry (kanan) dan Zulin.
Sherry berkata demikian ketika diminta mengulas tentang kritikan di media sosial tentang gandingan baharu program Melodi bagi menggatikan Zizan Razak iaitu Sherry Al-Hadad dan Zulin Aziz.

Selain itu kedua-dua mereka turut bersama Awal Ashaari yang masih dikekalkan sebagai pengacara berkenaan. Gandingan ini diperkenalkan pada 6 Julai lalu.

Sementara itu, Sherry mengakui gandingan mereka memberi cabaran besar apabila negara digemparkan dengan pemergian Biduanita Datuk Sharifah Aini dan nahas pesawat Malaysian Airlines (MAS) MH17.
Katanya, episod itu memerlukan mereka sentiasa berhati-hati agar tidak terlepas cakap yang boleh menyinggung perasaan mana-mana pihak.

"Dua episod awal ini sangat mencabar apabila berhadapan situasi yang sangat sensitif, kami perlu jaga percakapan dan tidak boleh terlepas lawak yang tidak kena tempat.

"Jadi pada episod MH17 Ahad lalu, kami memang tidak banyak cakap kerana sentiasa fikir apa yang perlu dicakap yang tidak menyentuh perasaan mana-mana pihak sehingga akhirnya tidak terkeluar apa yang hendak dicakap itu.

"Nasib baik Awal banyak pengalaman tentang itu, saya tahu ada yang komen kata kami tidak banyak cakap dan tiada fungsi pada minggu itu," katanya.

Sherry berkata, dia akui seorang pengacara yang baik perlu bersedia untuk berhadapan dengan sebarang situasi sekalipun.

Katanya, biarpun agak kecewa dengan kritikan yang diberikan, namun dia mengambil perkara itu sebagai cara untuk memperbaiki diri.

"Kalau boleh saya tidak mahu baca komen mereka sebab ia beri unsur negatif  tetapi bila fikir balik, saya kena baca juga untuk saya perbaiki diri menjadi lebih baik," katanya.
Sumber: Mstar

Wednesday, February 23, 2011

Zizan Raja Lawak Bangga Jadi Hos Melodi

News @mStar

Zizan Raja Lawak Bangga Jadi Hos Melodi

PETALING JAYA: Pengacara Zizan (Raja Lawak) mengakui berasa bangga dan teruja apabila ditawarkan menggantikan Wahid Senario bagi mengacara rancangan hiburan popular, Melodi di TV3.

Zizan berkata, tawaran tersebut merupakan peluang terbaik kerana program itu berjaya menaikkan beberapa nama besar pengacara tanah air sebelum ini.

"Saya terkejut apabila mereka tawarkan untuk jadi pengacara Melodi kerana seperti yang kita tahu, program tersebut pernah dikendalikan nama-nama besar seperti Aznil, Fauziah Ahmad Daud dan Saiful Azmi(Apek).

"Melodi juga merupakan rancangan hiburan yang sudah hampir 20 tahun usianya dan mempunyai reputasi baik serta mampu bertahan sehingga kini," katanya.

Menurut Zizan pemilihannya bersama Dira Abu Zahar berkemungkinan berdasarkan kriteria dan ciri-ciri yang ada padanya sebagai seorang pengacara.

"Saya tidak tahu mengapa mereka pilih saya sebab ramai lagi pengacara yang bagus tapi apa yang mereka beritahu, saya mempunyai kriteria pengacara yang mereka cari. more

Tuesday, February 22, 2011

Zizan Raja Lawak & Dira Pengacara Baru Melodi

News @mStar

Zizan Raja Lawak & Dira Pengacara Baru Melodi

PETALING JAYA: Desas-desus mengatakan pengacara Fara Fauzana dan Wahid (Senario) akan meninggalkan Melodi rupanya benar apabila pihak TV3 mengesahkan Zizan Raja Lawak dan Dira Abu Zahar akan menggantikan kedua-dua pengacara itu berkuatkuasa April ini.

TV3 dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, Selasa memberitahu, selari dengan tempoh tamat kontrak Wahid dan Fara Fauzana pada penghujung Mac ini, pihak TV3 dengan sukacita memperkenalkan gandingan Zizan dan Dira selaku pengacara ataupun pemangkin baru Melodi.

Kejayaan program Melodi bukan sahaja meraih perhatian penonton dari segi kandungan terkini dan infomasi bermutu, malah program terbitan TV3 ini meletakkan perantara berkaliber sebagai platform untuk berinteraksi bersama penonton setianya.

Sejak mula diterbitkan pada tahun 1992, nama-nama seperti Dato’ Mahadzir Lokman, Fauziah Ahmad Daud, Aznil Nawawi, Azwan Ali, Raja Azura dan gandingan serasi Wahid (Senario) dan Fara Fauzana merupakan sebahagian besar daripada anak seni tempatan yang telah diberi kepercayaan memikul tugas berat mengendalikan program popular ini.

Program Melodi masih mengekalkan waktu siarannya iaitu setiap hari Ahad, jam 12.30 tengahari. more