Showing posts with label Nubhan. Show all posts
Showing posts with label Nubhan. Show all posts

Tuesday, October 7, 2014

Nubhan pilih bakal doktor gigi sebagai bakal isteri


NUBHAN dan Afifah sudah enam tahun menjalinkan hubungan cinta. - Foto BH Online
KUALA LUMPUR: Bintang Akademi Fantasia musim keenam, Nubhan, 28, selamat melangsungkan pertunangan 11 pagi tadi dengan Afifah Hidayah Ahmad Tawfek, 25.
Majlis diadakan di kediaman keluarga tunangnya di Seremban 2. Pasangan ini menjalinkan hubungan sejak enam tahun lalu.
Perkenalan mereka berputik di Pulau Pangkor ketika Nubhan menjalani penggambaran manakala tunangnya pula bercuti di situ.
"Kami rancang bernikah dalam tempoh setahun lagi. Ikutkan lagi cepat lagi elok tapi dalam masa yang sama dia (tunang) perlu melunaskan baki pengajian setahun lagi di Mesir.
"Dia bakal doktor gigi dan sepanjang tempoh kenal kami memang melalui cinta jarak jauh," kata Nubhan yang kini sedang mempromosikan single terbaru ciptaan Ajai berjudul Kisah Kasih.
Nubhan menjelaskan pada mulanya memang cukup perit bercinta jarak jauh.
Ia pengalaman yang cukup mencabar buat mereka.
"Saya boleh jadi separuh gila kerana cinta jarak jauh ini. Tapi Alhamdulillah ia semakin dipermudahkan. Selalunya menerusi panggilan video kami melepas rindu.
"Pada mulanya juga dia tak faham kerjaya seni saya. Ambil gambar dengan artis wanita pun dia pernah cemburu. Selalunya boleh jadi gaduh sebab perkara remeh.
"Tapi sekarang dia mula memahami. Selain itu dia cantik dan manja pada mata saya," kata Nubhan mengenai Afifah yang turut berasal dari Kuala Pilah sepertinya tetapi berbeza daerah.
Sumber: Bharian

Wednesday, April 16, 2014

Nubhan : Tidak Sekadar Menyanyi, Jual Produk Kecantikan


Penyanyi Nubhan memperluaskan lagu pekerjaannya apabila  menceburi bidang perniagaan dengan menjual produk makanan tambahan bernama Sole untuk kesihatan dan kecantikan.

Nubhan atau nama sebenarnya, Ahmad Nubhan Ahamad, 28, berkata, ia merupakan perniagaan keluarga yang dikembangkan sebagai salah satu pelaburan untuk sumber pendapatan bagi masa hadapan.

"Saya jalankan perniagaan ini lebih kurang setahun lalu, namun belum lagi buat pelancaran secara besar-besaran. Ia merupakan sejenis produk makanan tambahan untuk kesihatan dan kulit.

"Saya pilih bidang kecantikan ini kerana ia bermula daripada perniagaan keluarga dan saya kembangkan menjadi produk saya sendiri.

"Selain itu, saya anggap ia juga sebagai salah satu langkah saya sebagai sumber pendapatan pada masa hadapan," katanya kepada mStar Online.

Tambah Nubhan, produk tersebut diambil dari  Switzerland dan diyakini halal dan selamat dipakai.

Jelasnya, buat masa ini, dia tidak mahu terlalu tergesa-gesa mempromosikan produk tersebut sebaliknya sedang mengatur strategi pemasaran terbaik untuk memperkenalkannya. baca artikel penuh

Sumber: Mstar