Showing posts with label Liyana Manan. Show all posts
Showing posts with label Liyana Manan. Show all posts

Wednesday, April 16, 2014

Hanez Suraya : Isu Rampas Suami Orang, Mohon Tarik Diri Jadi Duta Aura White

Hanez Suraya
Pelakon Hanez Suraya telah membuat keputusan untuk tidak menyambung kontraknya sebagai duta produk kecantikan Aura White  gara-gara kontroversi percintaannya dengan suami orang.

Bagaimanapun pelakon itu tidak pernah digugurkan sebagaimana diperkatakan segelintir pihak sebelum ini.

Pegawai pemasaran produk itu, Nurul Lina memberitahu, Hanez sendiri yang telah memohon untuk menghabiskan baki kontrak enam bulan yang diikat sejak Disember lalu tanpa mahu memperbaharuinya.

"Dia tidak digugurkan. Hanez sendiri memberitahu kami adalah lebih elok sekiranya dia mengundur diri. Kami faham dengan situasinya.

"Lagipun sehingga kini perhubungan antara pihak kami dengan Hanez sangat baik. Dia pun tidak pernah memberi masalah kerana dia seorang yang sangat berdisiplin,"

Sebuah akhbar pada Selasa menerusi ruangan pojok melaporkan Hanez Suraya tidak akan menyambung kontrak dengan produk kecantikan Aura White gara-gara kontroversi dia bercinta dengan suami orang selain turut mempunyai masalah disiplin. baca artikel penuh

Sumber: Mstar

Tuesday, March 25, 2014

Hanez Suraya Bersyukur Kontroversi Cinta Makin Reda


Pelakon Hanez Suraya meluahkan rasa syukur apabila kontroversi percintaannya dengan ahli perniagaan, Romie Razin Adilha yang masih bergelar suami orang semakin reda.

Hanez atau nama sebenarnya Hanez Suraya Abd Aziz, 29, berkata, keadaan itu membuatkan dia berasa lega untuk meneruskan kehidupannya seperti biasa tanpa memikirkan isu tersebut.

"Alhamdulillah, saya bersyukur sangat apabila kontroversi ini semakin surut. Walaupun masih ada lagi segelintir pihak yang tidak berpuas hati dengan saya, tidak apa.

"Yang penting saya dapat mengharungi kehidupan dengan lebih positif berbanding sebelum ini," katanya yang dihubungi mStar Online pada petang Ahad.

Kontroversi mula tercetus selepas Hanez membuat pengakuan dia bakal berkahwin dengan seorang lelaki kononnya berstatus duda yang dikenali sebagai Mr.R atau nama sebenarnya Romie Razin Adilha, 34, sehingga menjadi punca keretakan rumah tangga pasangan berkenaan.

Situasi bertambah tegang apabila isteri Romie membuat kenyataan kepada media 2 Mac lalu menuduh Hanez sebagai punca pergolakan rumah tangganya.

Bagaimanapun Hanez menafikan dia sebagai punca keretakan rumah tangga pasangan berkenaan.

Sementara itu, Hanez memberitahu, walaupun ramai yang mahu dia disingkirkan daripada melibatkan diri dengan teater Projek Kahwin yang bakal dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya dari 6 hingga 14 Jun depan, namun dia nekad untuk meneruskan pementasan tersebut tanpa ragu-ragu.

"Sebelum ini, saya pernah berniat untuk menarik diri tetapi pihak penerbit iaitu Mask Team tidak membenarkan saya berbuat demikian.

"Dan saya ambil semangat dengan menyifatkan ia sebagai salah satu peluang untuk membuktikan bakat saya yang pertama kali melibatkan diri di pentas teater. baca artikel penuh

Sumber: Mstar

Wednesday, March 12, 2014

KAK ENGKU NASIHAT HANEZ SUPAYA HORMATI PERASAAN WANITA


Isu pelakon, Hanez Suraya yang dituduh merampas suami orang baru-baru ini telah menjadi perbualan dan perhatian ramai termasuk selebriti tanah air.

Terpanggil untuk mengulas mengenai isu pelakon berkenaan, penyampai radio Sinar FM, Raja Azura atau lebih popular dengan panggilan Kak Engku akui sepatutnya sebagai seorang wanita, Hanez perlu lebih menghormati perasaan wanita lain.

"Pada saya Hanez perlulah hormati hati wanita lain kerana fikirlah kalau lelaki itu boleh buat begitu pada isterinya tak mustahil dia boleh buat perkara yang sama kepadanya.

"Saya rasa janganlah campur masalah rumahtangga mereka dan lebih baik nasihatkan lelaki itu selesaikan rumahtangganya dahulu sebelum meneruskan hubungan dengannya.

"Fikirlah, pasti ada sebab mengapa rumahtangga mereka bermasalah dan Hanez belum tahu lagi apa masalah sebenarnya," baca artikel penuh


Sumber : Murai

Tuesday, March 11, 2014

Panas: Hanez Suraya Fail Saman Fitnah Bekas Pembantu Peribadi


Pelakon Hanez Suraya Abdul Aziz memfailkan saman terhadap bekas pembantu peribadinya berhubung kenyataan memfitnah dimuat naik dalam laman sosial pada September hingga pertengahan Oktober tahun lepas.

Hanez, 28,memfailkan saman itu menerusi Tetuan Harjit Sandhu di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi di sini pada November tahun lepas telah menamakan Mohd Fairus Mohd Lazim, 28, sebagai defendan.

Media memperoleh salinan saman itu pada Isnin menerusi peguam Harjit Singh dan Wan Nurliyana Abdul Rahman yang mewakili pelakon itu ketika kes disebut di dalam kamar di hadapan Timbalan Pendaftar Adibah Abdul Kadir.

Hanez dalam pernyataan tuntutannya mendakwa Mohd Fairus telah memfitnah dan mengaibkannya menerusi laman sosial Instagram menerusi akaun 'DashaSultan' dan Twitter menerusi akaun 'Dasha_Sultan pada 30 Sept hingga 15 Oktober tahun lepas.

Mohd Fairus juga didakwa telah memburukkan pelakon itu kepada rakan lain dan sering menghubungi wartawan untuk menceritakan perihal dirinya.

Pelakon itu mendakwa pada 16 Oktober tahun lalu, dia telah menghantar satu salinan surat sebelum tindakan 'Letter of Demand' kepada Mohd Fairus menerusi peguamnya tetapi lelaki itu enggan menandatangani salinan surat itu sebagai bukti penerimaan.

Duta kepada produk kecantikan Aura White itu juga mendakwa surat tersebut, antara lain mengarahkan Mohd Fairus untuk membuat permohonan maaf kepadanya secara terbuka dalam masa 48 jam dari tarikh penerimaan surat tersebut, namun Mohd Fairus  telah memuat naik "tweets" selepas menerima surat itu.

Artis itu mendakwa pada 17 Oktober tahun lepas, Mohd Fairus ada berjumpa dengannya dan menyatakan hasrat untuk memohon maaf dan permohonan maaf itu telah dimuat naik Mohd Fairus di Twitter dan Instagram.

Hanez mendakwa selepas permohonan maaf, dia berpendapat bahawa perkara itu telah selesai, namun pada 19 dan 22 Oktober tahun lepas, Mohd Fairus telah "retweet" semula Twitter daripada akaun yang lain bertujuan untuk memalukannya.

Hanez mendakwa perkataan-perkataan fitnah itu membawa maksud dia merupakan seorang pelakon yang sombong, kedekut, tidak menghormati orang lain, mata duitan, lupa diri, sering bermuka-muka dan tidak berfikiran matang.

Dalam pada itu, Hanez menuntut ganti rugi khas, ganti rugi am, ganti rugi teruk, ganti rugi teladan, kos, faedah, satu injunksi untuk menghalang defendan daripada terus menyebarkan fitnah terhadapnya dan lain-lain perintah yang difikirkan sesuai oleh mahkamah. - BERNAMA

Sumber: Mstar

Saturday, March 8, 2014

Kontroversi Hanez Suraya : Komen Chef Wan Pedas !


Berkongsi gambar “screenshot” suratkhabar Berita Harian, Chef Wan menulis komentar panjang lebar dan berkongsi pengalaman hidupnya mengenai kontroversi Hanez Suraya, Mr. R dan Liyanan Manan ini. Tulis Chef Wan:-

Wow sedeh baca cerita pergolakan Rumah tangga mereka ini. Ramai these days yg bermain api diakhirnya terjerat diri sendiri. Kesian isteri yg menjadi mangsa dgn anak2..bukan sekali buat hal dah banyak kali and i loved the honesty of his wive.

Mana yg suka berfoya foya lagi tu tak usah la berumah Tangga lagi.Jangan hancur kan hati seorang Wanita dan Anak2. Yang si Betina pun gatal dah tahu laki orang masih mau bermain api. Berdolak dalik macam main Drama minggu ini jugak for what?

These is the sad world today where there is no respect for others.. Many times i come across so many of my close friends going to the same shit over and over again. Tambahan anak2 muda sekarang pantang ada duit sikit laki orang pun mereka nak sapu kerana gila nak hidup senang.

I am always a shoulder for them to cry on and share their problems. My advice is always the same. Cerai kan and Move on as no one deserved to live unhappy and worst to be treated mcm sampah and worst physically abused.

I also have noticed that what goes around will come back in this world.Jantan2 yg jahat juga kebanyakan akan nanti bertemu dgn betina2 yg tak senonoh juga. Kawin la 10 kali pun jika perangai kita tu macam musibat juga as i have adviced both my children too in the end will all end up to a unhappy marriage. Yang menjadi Mangsa anak2 la yg have to suffer.



Sumber: beautifulnara

Friday, March 7, 2014

Hanez Suraya Bakal Dirisik?


Kontroversi terus menghimpit pelakon cantik, Hanez Suraya apabila wanita yang mendakwa masih bergelar isteri kepada kekasihnya itu mengeluarkan kenyataan berhubung hubungan yang terjalin antara mereka.

Seperti apa yang dilaporkan, wanita tersebut mendakwa Hanez menjadi punca kepada keretakan rumah tangga yang dibina.  Malah, hubungan mereka sebagai suami isteri dingin sejak enam bulan lalu selepas kehadiran Hanez.


Tidak cukup dengan itu, ibu kepada dua cahaya mata tersebut turut mendedahkan serta mempunyai bukti suaminya menjalin hubungan dengan Hanez apabila menemui gambar percutian mereka di Bangkok.

Enggan membiarkan dirinya terus dipersalahkan, pelakon drama 'Love You Mr. Arrogant' itu akan mengadakan sidang media khas bagi menjawab segala tohmahan yang dilemparkan pada petang ini bertempat di One world Hotel, Damansara.

Difahamkan juga, kekasihnya itu akan menghantar rombongan merisik dalam masa terdekat.

Sumber: Mediahiburan

Facebook 'Kami Sokong Liyana Manan" Diwujudkan


Panas ! Panas ! Semakin panas kes kontroversi antara Hanez Suraya, Romie dan Liyana Manan, Atas keperihatinan rakyat Malaysia diluar sana, maka diwujudkan laman Facebook khas buat mangsa yang teraniaya - Kami Sokong Liyana Manan.

Atas dasar sokongan dan ingin megetahui isu sebenar dan koleksi gambar-gambar yang dikongsi, jom kita join sama. Setakat 7 March 2014, sudah mencecah 58846 fans ! wow sangat cepat walaupun diwujudkan dalam tempoh 24jam. Jom LIKE !




Wednesday, March 5, 2014

Sidang Media Hanez Suraya : Hanez Suraya Minta Liyana Manan Mohon Maaf

Pelakon Hanez meminta Nurliyana Abd Manan iaitu isteri kepada lelaki yang dikaitkan dengannya memohon maaf secara terbuka kerana memfitnah dia sebagai punca keretakan rumah tangga mereka.


Hanez atau nama sebenarnya Hanez Suraya Abd Aziz, 30, berkata, jika Nurliyana tidak berbuat demikian, dia akan mengambil tindakan kerana perbuatannya telah menjejaskan reputasinya sebagai seorang pelakon.

"Selepas saya dan keluarga dihina masyarakat, saya harap dia (Nurliyana) dapat membersihkan nama saya dengan memohon maaf kepada saya secara terbuka.

"Segala dakwaannya mengatakan sayalah menjadi punca keretakan rumah tangga dia dan suaminya langsung tidak benar kerana saya mengenali lelaki berkenaan pada 20 Disember lalu (tiga bulan lalu) sedangkan dia menuduh saya menjalinkan hubungan lapan bulan lepas.

"Kita lihat dulu sejauh mana respons dia mengenai permintaan saya ini dan jika dian tidak membuat seperti yang saya minta, nantilah tindakan saya seterusnya ," katanya.

Hanez ditemui pada sidang media khas yang dianjurkannya bagi menjelaskan isu apabila dia dikatakan bakal berkahwin dengan suami orang.

Sidang media itu diadakan di Hotel One World di sini pada Rabu.

Turut hadir peguam Hanez iaitu Wan Nurliyana Abdul Rahman, pemuda yang dikaitkan dengannya iaitu Romie Razin Adilha, 34, bersama peguamnya, Rubiah Jaffar.

Kontroversi mula tercetus selepas Hanez membuat pengakuan dia bakal berkahwin dengan seorang lelaki berstatus duda yang dikenali sebagai Mr.R dan menjadi punca keretakan rumah tangga pasangan berkenaan.

Tidak lama kemudian, Hanez telah dihentam oleh seorang individu menerusi laman Instagram miliknya dengan mengatakan kekasih pelakon itu sebenarnya masih suami orang dan mereka belum lagi bercerai.

Situasi bertambah tegang apabila Nurliyana membuat kenyataan dalam rancangan Melodi terbitan TV3 dan sebuah akhbar pada Ahad lalu yang menuduh Hanez sebagai punca pergolakan rumah tangganya.

Sementara itu Hanez juga menafikan telah bercuti dengan Romie berdua-duaan ke Bangkok, Thailand pada Januari lalu sebaliknya dia ke negara tersebut atas urusan perniagaan bersama lima orang rakan lain.


Dalam sidang media yang sama, Romie pula berasa agak terkejut apabila kontroversi tersebut tersebar selain perbuatan isterinya membuat kenyataan di media.

"Memang saya dan dia belum bercerai tetapi masalah rumah tangga kami sudah lama berlaku. Sebelum saya mengenali Hanez lagi.

"Malah isteri telah memfailkan cerai pada 8 Oktober 2013 dan ini merupakan fail cerai buat kali kedua yang dibuat oleh dia. Saya harap orang ramai tidak menghentam Hanez tanpa sebab lagi," tegasnya.

Hasil perkahwinan Nurliyana dengan Romie Razin, mereka dikurniakan dua orang anak yang berusia antara dua dan lapan tahun.

Sumber: Mstar

Panas: Photo Hanez Suraya & Suami Liyana Manan di Bangkok Thailand

Gambar Suami Liyana Manan & Hanez Suraya di Bangkok Thailand : Nampaknya, semalam Liyana Manan tampil ke Melodi mendedahkan masalah dan kemelut hubungannya dengan suami dan campurtangan artis Malaysia seperti Hanez Suraya di mana tindakan Haneza Suraya berkongsi gambar anaknya di Instagram tidak boleh diterima sebagai ibu kepada 2 anaknya.

Hanez Suraya
Bersama-sama ada beberapa keping gambar ekslusif di mana dilihat kelibat artis Malaysia yang sedang hangat ini, Hanez Suraya & suami Liyana Manan Mr. R (Romie Razin Adilha Bin Abdul Jais, Ahli Perniagaan berumur 34 tahun) pergi bercuti bersama-sama di Bangkok, Thailand.

Kenyataan Liyana Manan : Hubungan Suami Liyana Manan & Hanez Suraya


  • Saya nak tanya bila masa saya sah diceraikan? Mana surat cerai? Kenapa Hanez Suraya begitu berani membuat kenyataan sedangkan kami belum bercerai?
  • Kenyataan Hanez Suraya bagaikan mencabar saya, seolah-olah saya tunggul kayu sedangkah saya masa isteri Mr. R (Romie Razin Adilha Bin Abdul Jais, Ahli Perniagaan berumur 34 tahun) yang sah.
  • Sebelum ini saya (Liyana Manan) mendiamkan diri, tapi saya juga manusia. Walaupun hati saya terluka, tapi saya bukan wanita yang tidak bermaruah.






Sumber: beritasemasa.com.my

Hanez Suraya Adakan Sidang Media Perjelas Kontroversi

Hanez Suraya

Menyedari masyarakat perlu mendengar penjelasan daripada pihaknya berhubung kontroversi yang melanda, pelakon Hanez Suraya dijangka akan mengadakan sidang media bagi menjernihkan keadaan ini.

Hanez akan mengadakan sidang media pada 5 Mac ini (esok) bertempat di Bandar Utama. Tidak dapat dipastikan sama ada bakal suaminya, Mr. R akan turut hadir ke sidang media ini, namun  esok segala persoalan pasti akan terjawab sekali gus menutup terus isu ini daripada berpanjangan.

Sebelum ini, sebuah akhbar tempatan melaporkan, isteri kepada Mr. R, Liyana Manan mendakwa Hanez menjadi penyebab kepada keruntuhan rumah tangga mereka selepas Hanez dan Mr. R didakwa telah menjalinkan hubungan cinta sejak lapan bulan lalu.

Malah, Hanez dan Mr. R juga telah bercuti ke Bangkok bagi meraikan ulang tahun kelahiran lelaki itu.

Sumber: Mediahiburan