Showing posts with label Eizlan Yusof. Show all posts
Showing posts with label Eizlan Yusof. Show all posts

Sunday, January 18, 2015

Gelagat Artis Hantar Anak Hari Pertama Sekolah

Gelagat Artis Hantar Anak Hari Pertama Sekolah



12 Jan 2015 merupakan hari pertama bagi hampir seluruh pelajar di Malaysia untuk memulakan sekolah bagi tahun 2015. Seronok lihat pelbagai gelagat anak-anak rakan ke sekolah. Ada yang menangis dan ada juga yang teruja habis nak ke sekolah dengan beg baru. Seperti biasa, bagi anak –anak yang pertama ke sekolah rendah atau pra sekolah, ibu bapa pasti akan menghantar dan menemani untuk mereka membiasakan diri.

Antaranya adalah Eizlan Yusof yang menghantar anak sulungnya Zaara. Wah baguslah walaupun dia dan isteri sudah bercerai, tanggungjawabnya terhadap anak-anak tetap tidak dilepaskan.



Selain itu, pelakon Nabila Huda pun kelihatan di Instagram turut memuat naik foto anaknya, Keisha dengan pakaian sekolah pra sekolah. Comel je Keisha!

Seperti ibu-ibu kandung lain, Misha Omar juga lalui rutin yang sama untuk anak angkatnya. Difahamkan tahun ini merupakan tahun pertama anaknya itu disekolahkan di sekolah kebangsaan kerana sebelum ini dia hanya menghantar anaknya itu ke sekolah swasta.



Tidak ketinggalan Yatt Hamzah juga turut bekongsi foto menghantar anaknya yang seperti baru memasuki pra sekolah juga.
Sementara itu, penyanyi Ismaliza AF7 juga turut berkongsi foto menghantar anak kecilnya yang pertama kali memasuki sekolah darjah 1 di sekolah kebangsaan.



Sumber: Murai

Wednesday, January 12, 2011

Gambar Eizlan Yusof dengan keluarga

Eizlan Yusof (lahir 14 Julai 1971) merupakan seorang pelakon lelaki Malaysia. Eizlan mula berkecimpung di dalam dunia perfileman pada tahun 1995 melalui filem Kad Cinta. Semenjak itu beliau telah terlibat dalam pelbagai filem, melakonkan pelbagai watak.

Pada tahun 1998, Eizlan telah memenangi anugerah Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik di Anugerah Skrin TV3 97/98 melalui persembahannya di dalam Panas. Pada tahun berikutnya, 1999, Eizlan telah di nobatkan sebagai Pelakon Lelaki Harapan melalui persembahan lakonannya di dalam filem Perempuan Melayu Terakhir di Anugerah Festival Filem Malaysia Ke-14. Walaupun telah dikenali sebagai pelakon serba boleh dan berkeliber, Eizlan tidak segan memainkan watak kecil di dalam mana-mana filem.
Blogspot Eizlan