Showing posts with label Alyah. Show all posts
Showing posts with label Alyah. Show all posts

Sunday, January 18, 2015

Alyah: Apa salah saya?




Tanda tanya mengenai gambar wanita di sebelah konduktor muzik dan komposer terkenal Datuk Ramli MS yang dimuat naik isterinya yang juga penyanyi Alyah di Instagram tadi terungkai apabila Alyah tampil membuat pengakuan wanita terbabit mendakwa sudah berkahwin dengan suaminya.

Alyah ketika dihubungi Harian Metro turut mengucapkan tahniah kepada wanita yang dikenali dengan nama Siti Hafilah Che Kar kerana berjaya mengahwini suaminya.

Alyah berkata, dia menjumpai gambar itu di dalam telefon bimbit lama milik Ramli namun tidak pasti bila mereka berkahwin.
 
“Hati dan hidup saya sudah hancur. Dah tak bermakna lagi. Apa salah saya? Tidak cukupkah pengorbanan yang saya lakukan?” katanya.

Sementara itu, Ramli ketika dihubungi enggan mengulas mengenai perkara itu dan meminta wartawan bertanya sendiri kepada Alyah.

“Tanya dia kerana dia (Alyah) yang masukkan. Saya tak nak komen apa-apa. Anda kena faham saya tak tahu apa-apa kerana gambar ini dia yang masukkan. Saya minta maaf,” katanya.
 
Sumber: Hmetro

Saturday, January 17, 2015

Komposer Sangkal Rancang Kontroversi Alyah Kerana AJL 29


PETALING JAYA: Komposer dan penulis lirik lagu Sesal Separuh Nyawa yang dinyanyikan Alyah menyangkal tuduhan kononnya merancang kontroversi untuk mempromosikan lagu berkenaan yang bakal dipertandingkan dalam Anugerah Juara Lagu 29 (AJL29) yang bakal berlangsung Ahad ini.

Penulis liriknya, Shah Shamsiri berkata, kontroversi yang tercetus melibatkan Alyah dan suaminya Datuk Ramli MS adalah isu peribadi yang tiada kaitan dengan gimik untuk meraih simpati masyarakat dalam pertandingan itu nanti.

"Ramai yang tanya saya adakah ia satu gimik untuk AJL29 ini memandangkan terlalu ramai yang buat gimik akhir-akhir ini untuk menarik perhatian penonton.

"Tetapi, bagi saya ia adalah hal peribadi mereka dan tidak mungkin perkara itu dibuat sebagai gimik untuk tarik perhatian penonton," katanya kepada mStar Online, di sini, Selasa.

Shah berkata demikian ketika diminta mengulas tentang persepsi segelintir masyarakat yang menganggap perkara tersebut sebagai gimik semata-mata menarik penonton menyaksikan pertandingan AJL29 yang akan berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil, Ahad ini.

Terdahulu, pada Ahad lalu Alyah mencetuskan kontroversi apabila memuat naik gambar suaminya Datuk Ramli MS bersama seorang wanita di Instagram dengan kapsyen seolah-olah Ramli telah mempermainkan hatinya.

Status itu kemudiannya mendapat perhatian umum dan beberapa jam selepas itu Alyah memuat naik gambarnya bersama suami dengan menjelaskan bahawa dia terlalu beremosi sehingga membuat kesilapan tersebut.

Dalam pada itu, Shah memberitahu pada awalnya mereka agak bimbang mengenai kemerosotan persembahan Alyah dalam menyampaikan lagu berkenaan.

Bagaimanapun, penyanyi itu sudah memberi keyakinan kepadanya, komposer Aidil Zamri dan Alfie untuk mempersembahkan karya berkenaan sebaik mungkin.

"Ketika tercetuskan kontroversi ini saya agak bimbang memikirkan persembahan Alyah kerana takut fokus dia untuk malam tersebut terganggu namun dia telah meyakinkan kami untuk menyampaikan lagu tersebut sehabis baik.

"Saya beritahu dia agar luahkan segala perasaan yang terpandam itu di atas pentas dan tunjukkan kepada masyarakat tahap profesionalnya dia sebagai seorang artis berpengalaman," katanya.

Dalam pada itu, komposer lagu tersebut, Aidil Zamri berkata, pengalaman Alyah sebagai penyanyi selama 14 tahun dengan melalui pelbagai dugaan sebelum ini membuatkan dia yakin penyanyi itu mampu melaksanakan tanggungjawabnya dengan baik.

Dia juga mengenali Alyah sebagai seorang wanita cekal yang mempunyai jati diri tinggi.

"Saya tidak risau kerana dia seorang yang kuat jati diri serta tahu apa yang diinginkan dalam hidupnya. Bagi saya dia sudah melalui pelbagai dugaan selama 14 tahun menjadi artis.

"Bagi saya apa yang berlaku adalah ujian Allah kepada hambanya yang dirasakan kuat untuk berhadapan dengan ujian itu," katanya.

Sumber: Mstar

Sunday, September 7, 2014

Ramli MS & Alyah Boleh Dipenjara Lewat Daftar Nikah ?


Perkahwinan Ramli dan Alyah terbongkar apabila sekumpulan pegawai penguatkuasa Jais membuat serbuan di rumah mereka di Bandar Kinrara, Puchong kira-kira pukul 7.30 pagi, 28 Ogos lalu.

PETALING JAYA: Pengarah muzik  Datuk Ramli MS sepatutnya mendaftarkan perkahwinannya dengan penyanyi Alyah dalam masa enam bulan selepas tarikh mereka bernikah mengikut Seksyen 31 Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2013.

Penolong Pengarah Unit Dasar, Penyelewengan dan Doktrinisasi, Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Shahrom Maarof, berkata, kegagalan pasangan itu berbuat demikian dalam tempoh ditetapkan boleh disabitkan sebagai kesalahan selain dikenakan penalti.

"Secara dasarnya pasangan yang berkahwin di luar negara perlu mendaftarkan perkahwinan tersebut dalam masa enam bulan selepas tarikh perkahwinan itu dengan hadir di hadapan Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk di bawah enakmen tersebut.

"Sebaik-baiknya sejurus kembali ke Malaysia pasangan yang menetap di negeri Selangor terus hadir di hadapan mana-mana Pendaftar di negeri ini dengan mengemukakan surat perakuan nikah dan dokumen berkaitan untuk mengesahkan perkahwinan itu telah berlaku," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi pada Khamis.

Ramli atau nama sebenarnya Ramli Mohamed Salleh pada Selasa lalu hadir ke Jais bagi menyerahkan pasport perjalanan antarabangsa miliknya dan isteri selain buku pernikahan mereka.

Perkahwinan Ramli dan Alyah atau nama sebenarnya Noor Hasilah Hassan, 33, terbongkar apabila sekumpulan pegawai penguatkuasa Jais membuat serbuan di rumah mereka di Bandar Kinrara, Puchong kira-kira pukul 7.30 pagi, 28 Ogos lalu.

Kedua-dua pasangan tersebut telah berkahwin pada 18 Mac 2013 di Batam, Indonesia.

Dalam pada itu, Shahrom berkata, pihak penguatkuasa akan menjalankan siasatan menyeluruh terhadap pasangan itu memandangkan mereka tidak mendaftarkan perkahwinan yang sudah menjangkau usia setahun lima bulan.

"Jika jelas peraturan itu dilanggar maka pasangan itu boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM1,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali mengikut Seksyen 35.

"Bagaimanapun kes Ramli dan Alyah masih diperingkat siasatan dan mereka akan dipanggil untuk memberi keterangan sama ada perkahwinan tersebut ada mendapat kebenaran di luar dan dalam negara dan perkara-perkara berkaitan sebelum kes itu dibawa ke Mahkamah Syariah untuk dibicarakan," jelasnya.
Sumber: Mstar

Thursday, January 30, 2014

Lisa Aryanti Pengurus Baru Alyah


30 JANUARI 2014: Setelah sekian lama tidak diuruskan oleh seorang pengurus profesional lagi berpengalaman luas, penyanyi popular Alyah akhirnya memilih pengurus kepada diva pop terkenal Ziana Zain iaitu Lisa Aryanti Tahir sebagai pengurus barunya.

Mula menguruskan kerjaya Alyah sejak sebulan lalu, penyanyi yang popular dengan lagu Tak Mungkin Kerna sayang itu menyimpan harapan menggunung tinggi dengan kemunculan pengurus barunya itu dalam meluaskan kerjayanya sebagai seorang penyanyi.

“Dia (Lisa Aryanti) merupakan senior dalam industri hiburan tempatan dan dia telah banyak membantu serta menguruskan Ziana Zain. baca lagi

Sumber: Murai

Tuesday, January 28, 2014

Fesyen Artis Pada Acara Karpet Merah AJL 28

ACARA karpet merah sesebuah anugerah tidak lengkap sekiranya ia tidak diserikan dengan penampilan artis-artis dengan gaya tersendiri. Tidak ketinggalan, Anugerah Juara Lagu 28 (AJL 28) yang berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil pada malam Ahad lalu. Bersesuaian dengan temanya, Game On! barisan artis tampil dengan busana yang ada di antaranya mengikuti tema dan selebihnya mengikut keselesaan masing-masing.

Tampil mengadakan persembahan pembukaan AJL 28, penyanyi yang sedang mencipta nama di Shanghai, China, Shila Amzah memilih pakaian rekaan Raffiey Nasir pada malam tersebut.



Memilih warna hitam dan putih, Shila berjaya menzahirkan konsep Game On! dan masih kelihatan sopan sesuai dengan imejnya yang bertudung. But tinggi berwarna hitam melengkapkan imej wanita tersebut supaya kelihatan anggun dan berkeyakinan.


Sesuai dengan status Diva, Ziana Zain tampil anggun dengan pakaian rekaan Rizman Ruzaini dari rona kuning air dengan solekan tipis menaikkan lagi gaun yang dipakai oleh penyanyi itu.


Walaupun kelihatan sedikit berisi, Ifa Raziah tampil berani dengan pakaian dari butik Versace dengan warna terang sesuai dengan imejnya yang sentiasa ceria. Disesuaikan dengan kasut dari rona sama, Ifa turut melengkapkan gayanya dengan tas tangan saiz sederhana pada malam itu.


Pelakon drama bersiri Projek Memikat Suami, Sherry Ibrahim pula memilih Wan Pa dengan berinspirasikan Barbie bagi menepati tema pakaian malam itu. Mengekalkan kesederhanaan dalam berpakaian, Sherry turut memilih tas tangan dari rona gelap dan kasut berwarna perak untuk berjalan di karpet merah.


Sementara itu, pelakon Yana Samsudin mengambil inisiatif untuk mengitar semula pakaian daripada koleksi peribadinya dan menambah aksesori yang dibeli berasingan untuk tampil menawan pada malam itu.


Hanis Suraya pula tampil ringkas dengan busana berwarna hijau dipadankan dengan tas tangan berwarna merah. Perhatian yang diberikan kepada solekan dan gaya rambut menaikkan penampilan pelakon itu.


Finasil AJL 28, Alyah tampil cukup ringkas namun cukup elegen dalam persalinan rona hijau pucuk pisang dipadankan dengan tudung berwarna hitam.


Baharu bergelar isteri, penyanyi Farawahida memilih Jimmy Couture menerusi gaun daripada kain lace berwarna cokelat cukup anggun.

sumber: Mstar

Saturday, June 11, 2011

Alyah, Ramlah Ram Berganding Dalam 'Konsert Sensasi 2'

news @mStar

Alyah, Ramlah Ram Berganding Dalam 'Konsert Sensasi 2'

Buat pertama kali, dua penyanyi popular, Ramlah Ram dan Alyah digabungkan dalam satu pentas yang sama bagi menjayakan Konsert Sensasi 2 di Stesen Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Menurut penerbitnya, Mohd Yusni Mohd Ali, kedua-dua artis berkenaan digabungkan bagi memberi kelainan terhadap program rakaman sempena Hari Raya Aidilfitri akan datang.

"Kedua-dua artis ini digandingkan kerana mereka merupakan artis kelahiran RTM dan mempunyai kekuatan vokal tersendiri.

"Selain itu, mereka juga mempunyai peminat sendiri daripada dua zaman berbeza. Dari segi pemilihan lagu, kami memberi peluang kepada mereka untuk menyanyikan lagu popular dan kegemaran masing-masing," jelasnya ketika ditemui selepas selesai rakaman Konsert Sensasi 2, di Auditorium Perdana, Angkasapuri, di sini, Rabu.
more

Sunday, January 2, 2011

Alyah with New single - Sedap

Kosmo- WALAUPUN aksi dan gaya penampilannya selalu sahaja nampak 'panas' dan menyengat tapi kalau berjumpa dengan penyanyi genit bergaya ala-ala Lady Gaga, si Alyah tu memang pandai mengambil hati orang.

Single terbarunya yang bakal dilancarkan tidak lama lagi. Judulnya sedap, Kisah Hati ciptaan komposer baru, Manusia Putih. Wah! siapakah Manusia Putih itu ye, kalau berani tunjukkanlah muka atau nama sebenar berserta nombor kad pengenalan sekali. more news previous news

Friday, November 19, 2010

Alyah vs lady Gaga

Ayooo..just surfing internet, i want sharing something that really funny with u guys.. For me no need all this, just bring yourself although u perform songs from lady gaga..

Let we see and what you you think?