Showing posts with label nisdawati. Show all posts
Showing posts with label nisdawati. Show all posts

Saturday, March 1, 2014

ZIELA JALIL BERTANGGUNGJAWAB DAMAIKAN LISDAWATI DAN SHARNAAZ


Meskipun penggambaran drama bersiri Bukan Kerana Aku Tak Cinta sudah pun tamat, namun sebagai produser, Pena Creative Pictures Sdn Bhd, Ziela Jalil akui akan cuba bertanggungjawab mendamaikan pertelingkahan yang berlaku antara pelakon Lisdawati dan Sharnaaz Ahmad.
Ziela Jalil berkata dia pasti apa yang berlaku hanya salah faham kecil di antara mereka kerana sebelum ini iaitu selama lebih 3 bulan melalui penggambaran kedua-dua pelakon itu tidak menunjukan sebarang masalah.

"Sebenarnya, saya sendiri tidak tahu menahu mengenai apa yang berlaku sehingga diberitahu mengenai berita dakwaan Lisdawati yang diserang Sharnaaz dalam sebuah akhbar.

"Saya sendiri terkejut kerana selama ini tiada siapa termasuk krew memberitahu mengenai apa yang berlaku di antara mereka, malah kedua-dua pelakon ini pun tidak ada mengadu apa-apa kepada saya.

"Tapi oleh kerana pertelingkahan itu berlaku di lokasi penggambaran produksi saya, jadi sebagai produser saya rasa bertanggungjawab untuk cuba bertanyakan apa masalah mereka berdua serta mendamaikan sehingga boleh berlaku begitu," katanya kepada murai.com.my ketika dihubungi.

Ziela diminta mengulas selepas Lisdawati mendakwa dia telah diserang oleh Sharnaaz di lokasi penggambaran drama bersiri tersebut dalam sebuah laporan.

Sharnaaz bagaimana pun menafikan dakwaan tersebut dan akui Lisdawati cuba memfitnahnya.

Dalam pada itu, Ziela memberitahu dia tidak merasakan Sharnaaz boleh bertindak sebegitu kerana mengenali pelakon tersebut aktor itu seorang yang tenang dan menghormati orang lain serta menganggap ianya sebagai salah faham sahaja.

"Mengenali Sharnaaz, dia bukanlah seorang yang panas baran dan sentiasa commited dan disiplin dalam kerjanya, bila jadi isu yang saya anggap kecil dan mungkin salah faham kini namanya semakin buruk.

"Begitu juga dengan Lisdawati, dia bukan seorang yang suka bergaduh dan saya harap ianya dapat diselesaikan," jelasnya lagi.

Bukan Kerana Aku Tak Cinta yang turut dibintangi oleh Nelydia Senrose kini sedang ditayangkan di Astro Mustika HD.

Sumber: Murai

SHARNAAZ AHMAD TUNAI PERMINTAAN FAUZI UNTUK PERIKSA OTAK!

Pelakon Sharnaaz Ahmad telah menunaikan permintaan Fauzi Nawawi yang meminta dia menjalani pemeriksaan doktor kerana dikatakan menjadi garang disebabkan terlalu mendalami watak sebagai Jebat di dalam drama bersiri Bukan Kerana Aku Tak Cinta.

Menerusi akaun Instagram miliknya, Sharnaaz telah memuat naik sekeping gambar dia sedang memegang filem X-Ray yang menunjukkan imbasan di beberapa bahagian kepalanya.

Gambar tersebut yang dinaikkan kira-kira jam 11 pagi Khamis, disertakan ‘caption’ berbunyi: Saya dah buat MRI MRA.. Scan otak pun dah.. Di kawal rapi oleh Dr @sherrini dari PPUM.. Saya lulus, otak saya sihat dan jugak hensem otak saya hehe.. Anda bagaimana??? Sudah check? #halussssss

Astro Gempak terus menghubungi Sharnaaz Ahmad untuk mendapatkan komen kerana ramai yang mengaitkan gambar tersebut dengan kenyataan yang dikeluarkan Fauzi kepada media pada Rabu.

“Memang saya ada menjalani ujian MRI (Magnetic Resonance Imaging) dan MRA (Magnetic Resonance Angiogram) pada bahagian kepala saya pada awal bulan lepas kerana mengalami migrain yang teruk.

“Semua orang dilokasi tahu saya sering sakit kepala…Dari dulu lagi...Jadi saya pergi buat pemeriksaan bersama kakak saya di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

“Tetapi kalau ada yang terasa, apa saya boleh kata…Saya tak ada niat nak persenda atau perli sesiapa pun,” katanya kepada Astro Gempak ketika dihubungi petang Khamis.


Mengulas tentang kontroversi yang melibatkan dia dan Fauzi, Sharnaaz memberitahu perkara ini telah diserahkan kepada peguamnya.

“Tak ada apa lagi yang boleh saya ulas tentang perkara ini kerana peguam saya sedang menguruskan segalanya,” katanya mengakhiri perbualan.

Sumber: Murai

Wednesday, February 26, 2014

Sharnaaz Ahmad mahu saman Lisdawati & Fauzi Nawawi

Pelakon Sharnaaz Ahmad memberi tempoh selama seminggu kepada pasangan Lisdawati dan suami, Fauzi Nawawi untuk tampil membuat permohonan maaf secara terbuka atau berdepan tindakan saman daripadanya.

"Saya bagi masa seminggu kepada Fauzi dan Lisdawati untuk minta maaf secara terbuka. Mereka juga kena minta maaf pada mak bapa saya atas apa yang sudah berlaku.

"Mereka sudah membuat cerita dan memburukkan keadaan, sedangkan benda ini boleh diselesaikan dengan baik. Bila orang panggil kita anjing kurap dan membabitkan mak bapa dalam kes ini, tahap kesabaran saya pun ada batasnya.

"Kalau mereka tak minta maaf dan terus memalukan saya, tunggu saja saman daripada saya semaksimum mungkin," katanya kepada Harian Metro.

Sharnaaz Ahmad
Kemelut antara pelakon berusia 29 tahun itu dan Lisdawati berpunca daripada tindakan Sharnaaz menengking Lisdawati di lokasi penggambaran pada 19 Februari lalu.

Memburukkan keadaan lagi apabila suami Lisdawati, Fauzi membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi sebagai perlindungan atas dakwaan diugut Sharnaaz.
Dalam pada itu, Sharnaaz turut berkata, dia tidak akan mengalah atau tunduk kepada pasangan itu kerana kebenaran berpihak kepadanya.

"Saya terlepas meninggikan suara disebabkan perangai buruk Lisdawati yang memburukkan saya di lokasi tanpa sebab sebelum benda itu sampai ke telinga saya akhirnya.

"Apabila kejadian berlaku, Fauzi pula berkomunikasi dengan biadab tapi dia tidak pula tunjukkan semua mesej itu. Sekarang saya tunjukkan semua."

Sementara itu, Sharnaaz turut mengesahkan bahawa dia juga telah membuat laporan polis di Balai Polis Jinjang kelmarin.



Source: Hmetro

Tuesday, February 25, 2014

Ezany Tampil Bela Sharnaaz Ahmad

Ketika pelakon popular, Sharnaaz Ahmad dikecam berikutan dakwaan menyerang dan mengugut pelakon Lisdawati, terdapat juga rakan artis yang berdiri teguh di belakang teraju utama drama bersiri 'Bukan Kerana Aku Tak Cinta' ini.

Terkini, pelakon Ezany Nizariff tampil memberikan pandangan berhubung perkara ini. Menerusi status di akaun Facebooknya, Ezany memuji sikap Sharnaaz yang dikenali begitu berterus terang dalam sesuatu hal.

"Pelakon Shahnaz yg sy kenal,seorang yg hormat pelakon senior,sopan n sentiasa beri kerjasama.mungkin klu timbul isu mengenai beliau,kerana beliau bukan plastik yg bercakap belakang.tetapi akan terus kedepan dan bertanya.mungkin pihak lain tak suka dgn cara beliau.bagi saya beliau tidak plastic.steady bro!" tulisnya.

Baca artikel berkaitan

Source: MediaHiburan

Monday, February 24, 2014

PANAS : Sharnaaz Serang Nisdawati ?


Nisdawati dikatakan diserang Sharnaaz di set pengambaraan pada jam 11 malam pada 19 Februari. Nisdawati dikatakan menggigil ketika diserang, dimarahi dan dimaki hamun oleh Sharnaaz. Nisdawati terpinga-pinga dan mendiamkan diri ketika ditengking oleh Sharnaaz.

Mesej Telefon, SMS ugutan diterima pelakon dan pengarah Fauzi Nawawi, 40, yang didakwanya dihantar pelakon Sharnaaz Basir Ahmad, 29. SMS berbunyi seperti ini: “Sekarang lu cerita apa pun wa mau beli. Big bos sudah roger gua. Wa tak boleh kasi malu wa punya bos. Harap lu faham. Ini kali kita kasi habis.”

Fauzi berkata, kiriman mesej itu diterima pada 21 Februari lalu lebih kurang jam 9.42 pagi dan dia percaya ia berkaitan kes Sharnaaz mengamuk serta cuba menyerang isterinya, Nisdawati Nazaruddin, 35.

Fauzi telah membuat laporan polis ke atas Sharnaaz. Video temuramah oleh pelakon Nisdawati boleh di tonton dan lihat di bawah

Pasangan suami isteri itu tidak tahu punca kenapa Sharnaaz mengamuk.



Source: Metro