Showing posts with label ajl28. Show all posts
Showing posts with label ajl28. Show all posts

Tuesday, February 4, 2014

AJL28 - LY Tepis Tuduhan TV3 Utamakan Hafiz

Komposer LY mengakui terdapat gangguan teknikal ketika namanya dan isteri, Baiduri diumumkan sebagai pemenang Anugerah Juara Lagu ke28 (AJL28) pada 26 Januari lalu sehingga menyebabkan mereka lewat untuk naik ke atas pentas.


LY atau nama sebenar Rozman Shafie, 52, berkata, ia bukan kesalahan pihak TV3 dengan sengaja untuk memberi peluang kepada penyanyi lagu Bahagiamu Deritaku Hafiz berucap pada malam tersebut.

"Pada malam kemenangan itu ada kesilapan teknikal yang mana isteri saya Baiduri sukar ke pentas kerana kedudukan kerusi kami sehingga menyebabkan kami agak mengambil masa menuju ke pentas. Walhal memang penganjur menyebut nama komposer dahulu diikuti penulis lirik dan kemudian baru penyanyi.

"Pada saya tindakan Hafiz tidak salah kerana dia berucap bagi mewakili kami kerana ketika itu juga program tersebut sudah kesuntukan masa dan Hafiz sudah memang berada di atas pentas,"

"Program AJL merupakan satu-satunya pertandingan lagu yang mengangkat pencipta-pencipta lagu tempatan dalam kes ini saya tidak rasa pihak penganjur berniat untuk menonjolkan penyanyi semata-mata.

Hafiz

"Apa yang diucap oleh Hafiz pada malam itu juga tidak salah kerana memang kami juga sepatutnya berterima kasih kepada peminat Hafiz yang menyokong dan suka lagu ini sehingga lagu ini berada di tempat sekarang," katanya.

Sementara itu, LY turut mengakui populariti dan kehebatan seseorang penyanyi turut mampu mengangkat sesebuah lagu untuk berada di tempat paling tinggi.

Source: Mstar

Tuesday, January 28, 2014

Fesyen Artis Pada Acara Karpet Merah AJL 28

ACARA karpet merah sesebuah anugerah tidak lengkap sekiranya ia tidak diserikan dengan penampilan artis-artis dengan gaya tersendiri. Tidak ketinggalan, Anugerah Juara Lagu 28 (AJL 28) yang berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil pada malam Ahad lalu. Bersesuaian dengan temanya, Game On! barisan artis tampil dengan busana yang ada di antaranya mengikuti tema dan selebihnya mengikut keselesaan masing-masing.

Tampil mengadakan persembahan pembukaan AJL 28, penyanyi yang sedang mencipta nama di Shanghai, China, Shila Amzah memilih pakaian rekaan Raffiey Nasir pada malam tersebut.



Memilih warna hitam dan putih, Shila berjaya menzahirkan konsep Game On! dan masih kelihatan sopan sesuai dengan imejnya yang bertudung. But tinggi berwarna hitam melengkapkan imej wanita tersebut supaya kelihatan anggun dan berkeyakinan.


Sesuai dengan status Diva, Ziana Zain tampil anggun dengan pakaian rekaan Rizman Ruzaini dari rona kuning air dengan solekan tipis menaikkan lagi gaun yang dipakai oleh penyanyi itu.


Walaupun kelihatan sedikit berisi, Ifa Raziah tampil berani dengan pakaian dari butik Versace dengan warna terang sesuai dengan imejnya yang sentiasa ceria. Disesuaikan dengan kasut dari rona sama, Ifa turut melengkapkan gayanya dengan tas tangan saiz sederhana pada malam itu.


Pelakon drama bersiri Projek Memikat Suami, Sherry Ibrahim pula memilih Wan Pa dengan berinspirasikan Barbie bagi menepati tema pakaian malam itu. Mengekalkan kesederhanaan dalam berpakaian, Sherry turut memilih tas tangan dari rona gelap dan kasut berwarna perak untuk berjalan di karpet merah.


Sementara itu, pelakon Yana Samsudin mengambil inisiatif untuk mengitar semula pakaian daripada koleksi peribadinya dan menambah aksesori yang dibeli berasingan untuk tampil menawan pada malam itu.


Hanis Suraya pula tampil ringkas dengan busana berwarna hijau dipadankan dengan tas tangan berwarna merah. Perhatian yang diberikan kepada solekan dan gaya rambut menaikkan penampilan pelakon itu.


Finasil AJL 28, Alyah tampil cukup ringkas namun cukup elegen dalam persalinan rona hijau pucuk pisang dipadankan dengan tudung berwarna hitam.


Baharu bergelar isteri, penyanyi Farawahida memilih Jimmy Couture menerusi gaun daripada kain lace berwarna cokelat cukup anggun.

sumber: Mstar

Monday, January 27, 2014

Juara AJL 28 - Bahagiamu Deritaku Nyanyian Hafiz

Lagu ciptaan LY dan lirik oleh Baiduri berjudul Bahagiamu Deritaku dipilih sebagai juara Anugerah Juara Lagu ke-28 (AJL28) yang berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil, di sini, Ahad.

Dengan kemenangan lagu yang dinyanyikan oleh Hafiz itu, mereka berjaya membawa pulang hadiah berupa trofi dan wang tunai sebanyak RM35,000.

Bahagiamu Deritaku berjaya mengalahkan 11 buah lagu lain iaitu Salammusik (Aku Pelat), Black (Takkan Terpisah), Aizat Amdan & Noh Salleh (In Love With You), Hyper Act (Hanya Aku), Stacy (Bosan), Hazama & The Penglipurlara (Penglipur Lara).

Turut bertanding adalah Jaclyn Victor (Ikut Rentakku), Najwa Latif feat Sleeq & Syamkamarul (Sahabat), Azlan & The Typewriter (Tanda Tanya), Alyah (Kau Yang Terindah), dan Awi Rafael & Altimet (Kalau Aku Kaya).
Naib juara AJL 28 menjadi milik lagu Hanya Aku ciptaan Hyper Act dan Frozen dan dinyanyikan oleh Hyper Act sekali gus membawa pulang hadiah trofi dan wang tunai RM15,000.

Dalam pada itu, pemenang tempat ketiga dimenangi oleh lagu Kalau Aku Kaya ciptaan Omar K, Audi Mok dan Altimet nyanyian Awi Rafael dan Altimet.

Mereka berjaya menggondol hadiah trofi dan wang tunai sebanyak RM12,000.


Penyanyi Jaclyn Victor memecah rekod apabila merampas anugerah Vokal Terbaik daripada Hafiz yang dimenanginya tiga tahun berturut-turut.

Jaclyn membawa pulang trofi dan wang tunai RM10,000.

Hafiz bagaimanapun turut memenangi kategori persembahan terbaik menerusi lagu Bahagiamu Deritaku.

Penyanyi itu menerima trofi dan wang tunai berjumlah RM10,000.

Hadiah disampaikan oleh Ketua Pegawai Operasi Kumpulan, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Ahmad Izham Omar.

Persembahan 12 finalis AJL 28 diadili seramai 10 juri profesional dari pelbagai latar belakang dalam bidang muzik iaitu Acis, Ajai, Habsah Hassan, Aubrey Suwito, Ad Samad dan Helen Yap, Taja, Cat Farish dan Edrie Hashim.

Azmeer bertindak sebagai ketua juri pada acara itu.

Penghakiman dilakukan berdasarkan markah sebanyak 80 peratus yang diadili terlebih awal manakala 20 peratus lagi melalui persembahan pada malam kemuncak.


Hampir tiga dekad sejak penganjurannya, Anugerah Juara Lagu (AJL) bertujuan memartabatkan industri muzik tanah air terutamanya memberi penghormatan kepada komposer dan penulis lirik.

Diangkat sebagai acara muzik tahunan berprestij tempatan, AJL 28 memperkenalkan ‘Game On!’ sebagai konsep dan tema persembahan pada tahun ini.

Pada acara itu juga, Hafiz telah memenangi Anugerah Juara Mobile menerusi lagu Bahagiamu Deritaku yang mendapat muat turun Call Me Tones paling tinggi menerusi The Cube Celcom.

AJL 28 yang disiarkan secara langsung di TV3 pada pukul 9 malam itu menyaksikan penampilan pertama pasangan hos Muzik Muzik 28, AG dan Scha Al-Yahya sebagai hos.

Malam kemuncak AJL 28 turut diserikan dengan persembahan pembuka tirai yang berkonsep ‘battle’ vokal oleh Shila Amzah dan Mus May menerusi lagu Mahakarya Cinta selain tarian oleh Funky Fresh Family.

Manakala segmen interlude pula mengetengahkan muzik hip hop yang menggandingkan penyanyi baharu dan lama antaranya W.A.R.I.S, Zaidi (One Nation Emcees), Ziana Zain, FILSUF, Datuk M. Daud Kilau dan Amy Search.

Tonton persembahan memukau Ziana Zain

Acara ‘Purple Carpet’ AJL 28’ yang berlansung sebelum itu dihoskan oleh Aidid Marcello dan Hani Hatim manakala segmen ‘Backstage’ dihoskan oleh Elfira Loy.

Source: Mstar

Sunday, January 26, 2014

Keputusan Penuh Anugerah Juara Lagu Lagu 28


Keputusan Penuh AJL28 :

Juara : Bahagiamu Deritaku = Hafiz
Tempat ke 2 : Hanya Aku = Hyper Act
Tempat ke 3 : Kalau Aku Kaya = Altimate feat Awi Rafael

Persembahan terbaik : Bahagiamu Deritaku - Hafiz
Anugerah Juara Mobile : Bahagiamu Deritaku - Hafiz
Vokal terbaik : Ikut Rentakku = Jaclyn Victor




Debaran Anugerah Juara Lagu ke 28


"Game on"! Anugerah Juara Lagu, acara hiburan terbesar anjuran TV3 yang dinanti-nantikan oleh para penggiat dan pemuzik tanah air bakal memperlihatkan pertarungan hebat 12 buah lagu terbaik hasil nukilan serta garapan komposer dan penulis lirik tempatan pada 26 Januari 2014 untuk dinobatkan sebagai Juara Lagu di Anugerah Juara Lagu 28 (AJL 28).

Baca artikel lepas

Senarai Finalis


Senarai Finalis

Baca artikel lepas

Sunday, January 12, 2014

Anugerah Juara Lagu 28 (AJL28)


AJL28 akan bersiaran secara langsung dari Stadium Putra, Bukit Jalil bermula 9.00 – 11.30 malam pada 26 Januari 2014. Saksikan persembahan hebat daripada 12 artis berkumpulan dan solo.


Malam kemuncak Anugerah Juara Lagu 28 menyaksikan penampilan pertama pasangan hos Muzik Muzik 28, AG dan Scha Al-Yahya sebagai hos. 

Nantikan persembahan pembukaan tirai AJL28 yang membawakan konsep ‘battle’ vokal dan tarian oleh Shila Amzah dan Mus May manakala segmen interlude pula mengetengahkan muzik hip hop yang menggandingkan penyanyi baharu dan lama antaranya Waris, Dato’ M.Daud Kilau, Ziana Zain, Dali Ahli Fiqir dan Zaidi One Nation Emcees.

Finalists:
1. Penglipurlara = Hazama feat The Penglipurlara
2. Takkan Terpisah = Black
3. Bahagiamu Deritaku = Hafiz
4. Aku Pelat = Salam Musik
5. In Love With You = Noh Salleh feat Aizat Amdan
6. Bosan = Stacy
7. Kalau Aku Kaya = Altimate feat Awi Rafael
8. Hanya Aku = Hyper Act
9. Tanda Tanya = Azlan And The Typewriter
10. Sahabat = Najwa Latif feat Sleeq feat Syamkamarul
11. Ikut Rentakku = Jaclyn Victor
12. Kau Yang Terindah = Alyah

Berikut senarai giliran persembahan :