Tuesday, February 4, 2014

AJL28 - LY Tepis Tuduhan TV3 Utamakan Hafiz

Komposer LY mengakui terdapat gangguan teknikal ketika namanya dan isteri, Baiduri diumumkan sebagai pemenang Anugerah Juara Lagu ke28 (AJL28) pada 26 Januari lalu sehingga menyebabkan mereka lewat untuk naik ke atas pentas.


LY atau nama sebenar Rozman Shafie, 52, berkata, ia bukan kesalahan pihak TV3 dengan sengaja untuk memberi peluang kepada penyanyi lagu Bahagiamu Deritaku Hafiz berucap pada malam tersebut.

"Pada malam kemenangan itu ada kesilapan teknikal yang mana isteri saya Baiduri sukar ke pentas kerana kedudukan kerusi kami sehingga menyebabkan kami agak mengambil masa menuju ke pentas. Walhal memang penganjur menyebut nama komposer dahulu diikuti penulis lirik dan kemudian baru penyanyi.

"Pada saya tindakan Hafiz tidak salah kerana dia berucap bagi mewakili kami kerana ketika itu juga program tersebut sudah kesuntukan masa dan Hafiz sudah memang berada di atas pentas,"

"Program AJL merupakan satu-satunya pertandingan lagu yang mengangkat pencipta-pencipta lagu tempatan dalam kes ini saya tidak rasa pihak penganjur berniat untuk menonjolkan penyanyi semata-mata.

Hafiz

"Apa yang diucap oleh Hafiz pada malam itu juga tidak salah kerana memang kami juga sepatutnya berterima kasih kepada peminat Hafiz yang menyokong dan suka lagu ini sehingga lagu ini berada di tempat sekarang," katanya.

Sementara itu, LY turut mengakui populariti dan kehebatan seseorang penyanyi turut mampu mengangkat sesebuah lagu untuk berada di tempat paling tinggi.

Source: Mstar

Related Posts:

  • Keputusan Penuh Anugerah Juara Lagu Lagu 28 Keputusan Penuh AJL28 : Juara : Bahagiamu Deritaku = Hafiz Tempat ke 2 : Hanya Aku = Hyper Act Tempat ke 3 : Kalau Aku Kaya = Altimate feat Awi Rafael Persembahan terbaik : Bahagiamu… Read More
  • Anugerah Juara Lagu 28 (AJL28) AJL28 akan bersiaran secara langsung dari Stadium Putra, Bukit Jalil bermula 9.00 – 11.30 malam pada 26 Januari 2014. Saksikan persembahan hebat daripada 12 artis berkumpulan dan solo. Malam kemuncak Anugerah Juara L… Read More
  • AJL28 - LY Tepis Tuduhan TV3 Utamakan Hafiz Komposer LY mengakui terdapat gangguan teknikal ketika namanya dan isteri, Baiduri diumumkan sebagai pemenang Anugerah Juara Lagu ke28 (AJL28) pada 26 Januari lalu sehingga menyebabkan mereka lewat untuk naik ke atas pentas. … Read More
  • Fesyen Artis Pada Acara Karpet Merah AJL 28ACARA karpet merah sesebuah anugerah tidak lengkap sekiranya ia tidak diserikan dengan penampilan artis-artis dengan gaya tersendiri. Tidak ketinggalan, Anugerah Juara Lagu 28 (AJL 28) yang berlangsung di Stadium Putra Bukit … Read More
  • Juara AJL 28 - Bahagiamu Deritaku Nyanyian Hafiz Lagu ciptaan LY dan lirik oleh Baiduri berjudul Bahagiamu Deritaku dipilih sebagai juara Anugerah Juara Lagu ke-28 (AJL28) yang berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil, di sini, Ahad. Dengan kemenangan lagu yang dinyanyik… Read More

0 comments:

Post a Comment