Wednesday, February 5, 2014

Misha Omar Nak Kahwin ?

Penyanyi Misha Omar menjelaskan pada awalnya dia agak keberatan untuk melangsungkan perkahwinan dengan Firos Ezzwan Rossly, 32, dalam masa terdekat selepas kematian bapanya Omar Ismail pada 30 November lalu.

Bagaimanapun, Misha atau nama sebenar Samihah Omar, 32, berkata, dia menghormati keputusan ibunya Zainab Mat Nor, 65, yang mahu perkahwinan tersebut tetap diteruskan pada tahun ini bagi mengelak timbulnya banyak fitnah.

Misha Omar Kahwin

"Saya menghormati keputusan ibu yang tidak mahu kami tangguhkan lagi perkahwinan ini, namun begitu biarlah ibu dia tamat tempoh edah iaitu sehingga April depan.

"Kalau ikutkan, saya masih lagi bersedih dan belum kuat untuk berumah tangga buat masa ini tapi ibu tidak mahu timbul sebarang fitnah kalau ia ditangguhkan lagi," katanya

Pada majlis tersebut, Misha membuat pengumuman majlis pernikahannya akan diadakan pada Mei depan di Kota Bahru, Kelantan.

Source: Mstar

Related Posts:

  • Misha Berlakon Bukan Kerana Kerjaya Nyanyian Merudumnews @mStar Misha Berlakon Bukan Kerana Kerjaya Nyanyian Merudum Penyanyi popular Misha Omar, 29, berkata pembabitannya secara aktif dalam bidang lakonan sejak kebelakangan ini bukan disebabkan oleh karier nyanyian ya… Read More
  • New Album : Misha Omar - Dia Misha (2011)New Album : Misha Omar - Dia Misha (2011) Track Listing : 01. Berlalu (lagu baru)02. Detik Antara Waktu (lagu baru)03. Kerana (lagu baru)04. Bunga-Bunga Cinta05. Nafas Cahaya06. Cinta Adam Dan Hawa07. Pulangkan (duet bersama … Read More
  • Gelagat Artis Hantar Anak Hari Pertama SekolahGelagat Artis Hantar Anak Hari Pertama Sekolah 12 Jan 2015 merupakan hari pertama bagi hampir seluruh pelajar di Malaysia untuk memulakan sekolah bagi tahun 2015. Seronok lihat pelbagai gelagat anak-anak rakan ke sekolah… Read More
  • Misha Omar & Firos Selamat Bergelar Suami Isteri Hanya dengan sekali lafaz, penyanyi lagu Bunga-Bunga Cinta, Misha Omar selamat bergelar isteri kepada juruterbang Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) Firos Ezzwan Rossly, 32, dalam satu majlis yang diadakan di Hotel Renai… Read More
  • Misha Omar Nak Kahwin ?Penyanyi Misha Omar menjelaskan pada awalnya dia agak keberatan untuk melangsungkan perkahwinan dengan Firos Ezzwan Rossly, 32, dalam masa terdekat selepas kematian bapanya Omar Ismail pada 30 November lalu. Bagaimanapun, Mi… Read More

0 comments:

Post a Comment