Vokalis kumpulan Hyper Act iaitu Ronnie mengambil masa hampir 10 tahun untuk dikenali dalam industri seni tanah air dan tidak pernah berasa kecewa dengan usaha itu.
Ronnie atau nama sebenarnya, Shahron Hussein 33, berkata, perjalanannya dalam seni sungguh panjang iaitu ketika menyertai kumpulan Sunday pada awal tahun 2000 namun ia menemui kegagalan.
"Perjalanan kerjaya saya dalam industri muzik sungguh jauh bermula menjadi penyanyi utama kumpulan Sunday dan pernah menghasilkan album sekitar tahun 2001. Namun kurang mendapat sambutan.
“Selepas itu saya menyertai kumpulan Slam untuk satu projek istimewa menggantikan Zamani dan pernah juga mencuba nasib dalam rancangan realiti One In A Million (OIAM).
Source: Mstar
0 comments:
Post a Comment