Thursday, February 6, 2014

Nabil dikecam Ungkit Kisah Silam Luna Maya

Pelawak dan pelakon popular, Nabil Ahmad dikecam hebat baru-baru ini berikutan persembahannya pada program "Maharaja Lawak Mega 2013" yang dikatakan telah mengaibkan salah seorang juri tetap rancangan itu, Luna Maya dengan mengaitkan kisah silamnya.

Nabil bagaimanapun telah tampil bagi menjawab dakwaan tersebut dan berkata sepatutnya masyarakat perlu bersikap lebih terbuka kerana dia tidak bercakap sebarang perkara mengaibkan aktres jelita dari Indonesia itu.

"Saya tak tahu dan sangat pelik kenapa peminat nak marah sangat. Sepatutnya mereka bersikap lebih terbuka dan saya tiada cakap sebarang perkara yang mengaibkan Luna Maya. Saya cuma cakap, saya Google nama Luna Maya, saya jumpa gambar.

"Saya bukan nak hina dia sebab saya tahu itu masa silam dia. Saya pun pernah buat benda itu dan saya dah pernah kena dan sudah berubah pun. Tapi bila orang masih bercakap hal itu, saya tidak kisah pun. Jadi kenapa orang Malaysia ini nak kutuk saya semata-mata nak bela orang Indonesia yang mereka tak kenal pun siapa," ujar Nabil kepada sebuah portal hiburan tempatan.

Sementara itu, Nabil berkata, dia tidak akan membuat permohonan maaf kerana baginya dia tidak melakukan apa-apa kesalahan terhadap Luna Maya.

Source: Sg Yahoo

Related Posts:

  • The Best Ariel Peterpan Video CollectionThe Best Ariel Peterpan Video CollectionThere are countries in the world like the USA where doing something scandalous can be an advantage for a public career. Scandals may are intimate homemade videos which make it somehow t… Read More
  • Kemelut Rumah Tangga, Jimmy Ajak Peminat BerdoaNews @ MstarPETALING JAYA: Pengacara Jimmy Shanley Norjahan Shah Saleh,30, enggan mengulas mengenai ikatan perkahwinan yang dibina dengan Nursuhaila Eliani Suhaimy,24, yang dikatakan semakin rapuh apabila dia dilihat muncul d… Read More
  • Beyonce Not PregnantBeyonce Not PregnantWell according to new reports, the rumours are not true…according to mom.Beyonce’s mother Tina Knowles appeared on The Ellen DeGeneres Show to clear up Us Weekly’s report that the R&B star was expectin… Read More
  • Bagus... Nabil Tahu Orang Tak SukaBagus... Nabil Tahu Orang Tak SukaNIEZAM tersenyum sampai ke telinga apabila membaca komen Nabil Raja Lawak dalam sebuah akhbar. Kata Nabil, dalam dunia ni bukan semua orang suka dia... Jadi apa yang dia buat tak semestinya … Read More
  • Fasha Sandha minta maaf isu bikini di BaliHot gossip with comments over the leaked pictures of Malaysian actress Fasha Sandha's holiday bikini pictures which were posted by her friend in Facebook. Four pictures in total show the actress holidaying in Bali on 30th Dec… Read More

0 comments:

Post a Comment