Showing posts with label Usop Wilcha. Show all posts
Showing posts with label Usop Wilcha. Show all posts

Wednesday, March 19, 2014

'Usop Wilcha' Buka Syarikat Bantu Artis Kontroversi


Pelakon Syed Mohamad Asri yang terkenal sebagai Usop Wilcha mengakui matlamat utama menubuhkan syarikat pengurusan artis adalah bagi membantu artis-artis bermasalah dan terpalit dengan kontroversi.

Syed Mohamad Asri atau nama komersialnya Shy8 berkata, syarikat Heslr Media yang baharu ditubuhkannya dua bulan lalu berfokus kepada penjenamaan semula nama artis-artis yang pernah melalui kontroversi yang memburukan nama mereka.

"Kita akan cuba bersihkan dan bina semula nama dan kerjaya artis-artis yang pernah dihimpit kontroversi dan bantu mereka mencari peluang kedua dalam industri.

"Sayang jika dibiarkan bakat yang mereka ada dan mereka tidak ada laluan mana untuk kembali di terima dalam industri."Setakat ini ada beberapa artis sudah melantik saya untuk perkhidmatan rundingan ini," katanya kepada mStar Online. Baca artikel penuh

Sumber: Mstar

Friday, June 17, 2011

'Usop Wilca' Jadi Deejay Mahu Rapat Dengan Peminat

news @mStar

'Usop Wilca' Jadi Deejay Mahu Rapat Dengan Peminat

Pelakon yang terkenal sebagai Usop Wilcha dalam filem Hantu Kak Limah Balik Rumah mengakui menerima tawaran sebagai penyampai stesen radio Hot FM adalah untuk merapatkan hubungannya dengan peminat.

Syed Mohamad Asri atau nama komersialnya Shy8 berkata ini merupakan strategi untuk menjaga nilai eksklusif watak tersebut di samping mengekalkan kehangatan fenomena Usop Wilcha.

"Saya sentiasa berfikir bagaimana untuk mendekati dan terus berhubung dengan peminat Usop Wilcha. Jika hanya pada filem atau drama sudah tentu mengambil tempoh yang agak lama untuk keluar.

"Lagi pula saya ingin menjaga nilai eksklusif jenama Usop Wilcha itu sendiri dengan hanya tampil dalam filem-filem tertentu sahaja untuk membawa watak tersebut.

"Tawaran yang datang ini memang sesuatu yang sangat tepat pada masanya kerana saya boleh berinteraksi dengan peminat-peminat saya setiap hari," katanya pada sidang media pengumuman penyampai baru Hot FM di sini, Khamis.

Bermula Khamis, segmen pagi AM Krew yang ke udara bermula pukul 6 pagi sehingga pukul 11 pagi akan disertai oleh Usof Wilcha bergandingan dengan tiga deejay sedia ada iaitu Farah Fauzana, Faizal Ismail dan AG. more

Tuesday, June 14, 2011

Usop Wilcha Bakal DJ Hot.FM

Usop Wilcha Bakal DJ Hot.FM

Dikatakan, Usop Wilcha atau nama sebenar beliau Syed Mohamad Asri bakal menjadi DJ di saluran “terhangat” di Malaysia iaitu HotFM, namun bila Ucop Wilcha akan bertugas masih belum diketahui lagi,
Bukan main popular lagi Usop Wilcha sekarang. Selepas muncul dalam filem Mamat Khalid, Hantu Kak Limah Balik Rumah, namanya asyik menjadi sebutan. Kami belum pasti bila dia akan menyertai keluarga Hotfm. Barangkali ia juga antara strategi stesen radio itu untuk menaikkan rating pendengarnya.