Friday, June 17, 2011

'Usop Wilca' Jadi Deejay Mahu Rapat Dengan Peminat

news @mStar

'Usop Wilca' Jadi Deejay Mahu Rapat Dengan Peminat

Pelakon yang terkenal sebagai Usop Wilcha dalam filem Hantu Kak Limah Balik Rumah mengakui menerima tawaran sebagai penyampai stesen radio Hot FM adalah untuk merapatkan hubungannya dengan peminat.

Syed Mohamad Asri atau nama komersialnya Shy8 berkata ini merupakan strategi untuk menjaga nilai eksklusif watak tersebut di samping mengekalkan kehangatan fenomena Usop Wilcha.

"Saya sentiasa berfikir bagaimana untuk mendekati dan terus berhubung dengan peminat Usop Wilcha. Jika hanya pada filem atau drama sudah tentu mengambil tempoh yang agak lama untuk keluar.

"Lagi pula saya ingin menjaga nilai eksklusif jenama Usop Wilcha itu sendiri dengan hanya tampil dalam filem-filem tertentu sahaja untuk membawa watak tersebut.

"Tawaran yang datang ini memang sesuatu yang sangat tepat pada masanya kerana saya boleh berinteraksi dengan peminat-peminat saya setiap hari," katanya pada sidang media pengumuman penyampai baru Hot FM di sini, Khamis.

Bermula Khamis, segmen pagi AM Krew yang ke udara bermula pukul 6 pagi sehingga pukul 11 pagi akan disertai oleh Usof Wilcha bergandingan dengan tiga deejay sedia ada iaitu Farah Fauzana, Faizal Ismail dan AG. more

Related Posts:

  • 'Usop Wilca' Jadi Deejay Mahu Rapat Dengan Peminatnews @mStar 'Usop Wilca' Jadi Deejay Mahu Rapat Dengan Peminat Pelakon yang terkenal sebagai Usop Wilcha dalam filem Hantu Kak Limah Balik Rumah mengakui menerima tawaran sebagai penyampai stesen radio Hot FM ada… Read More
  • 'Usop Wilcha' Buka Syarikat Bantu Artis Kontroversi Pelakon Syed Mohamad Asri yang terkenal sebagai Usop Wilcha mengakui matlamat utama menubuhkan syarikat pengurusan artis adalah bagi membantu artis-artis bermasalah dan terpalit dengan kontroversi. Syed Mohamad Asri atau… Read More
  • Usop Wilcha Bakal DJ Hot.FMUsop Wilcha Bakal DJ Hot.FM Dikatakan, Usop Wilcha atau nama sebenar beliau Syed Mohamad Asri bakal menjadi DJ di saluran “terhangat” di Malaysia iaitu HotFM, namun bila Ucop Wilcha akan bertugas masih belum diketahui lagi, … Read More

0 comments:

Post a Comment