Showing posts with label artis dan saman. Show all posts
Showing posts with label artis dan saman. Show all posts

Sunday, June 7, 2020

Panas !! Fara Mendoza menang saman malu terhadap Zarina Anjoulie


PELAKON dan model, Fara Mendoza menang saman malu atau fitnah ke atas pelakon Zarina Anjoulie yang difailkan peguamnya pada Januari lalu di Mahkamah Tinggi Seremban, Negeri Sembilan.

Fara ketika dihubungi berkata, dia bersyukur dengan kemenangan itu yang berpihak kepadanya yang difitnah. "Selama lima bulan juga saya berjuang untuk kes ini selepas terganggu dengan penyebaran gambar bogel dilakukan pihak berkenaan dan tuduhan menggugurkan anak," katanya.

Peguamnya, Muhammad Akram Datuk Dr Abdul Aziz berkata, antara tuntutan dibuat memohon perintah larangan atau injuksi mahkamah bagi menghalang sebarang kenyataan fitnah tidak terus dikeluarkan Zarina terhadap Fara.

"Selain itu, Fara juga meminta permohonan maaf secara umum dibuat Zarina kepadanya di atas fitnah disebarkan. Turut diminta juga adalah beberapa bayaran ganti rugi dengan segala kos itu dibayar pihak Zarina," katanya.

Muhammad Akram berkata, perbicaraan pertama dibuat sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksana pada 18 Mac lalu.


Katanya, selepas mahkamah berhenti bersidang selama dua bulan, sebutan kes berlangsung semula pada 21 Mei lalu di Seremban dan Zarina atau wakil peguamnya tidak hadir.

"Maka, mahkamah berkuasa memberi penghakiman yang mana segala tuntutan difailkan Fara pada Januari lalu terhadap Zarina dibenarkan.

"Pun begitu, berapa jumlah taksiran ganti rugi yang dimenangi Fara untuk kes ini belum diketahui lagi," katanya.

Muhammad Akram juga menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati sebelum membuat kenyataan bertulis termasuk apa saja perkongsian di media sosial.

Katanya, sebelum mahu berkongsi sesuatu paparan di media sosial sepatutnya berfikir masak-masak terlebih dulu.

Ini kerana, walaupun akan dipadamkan selepas itu tetapi kemungkinan apa yang dipapar sudah dikongsi oleh masyarakat kepada umum.

Kredit: HMetro

Friday, February 27, 2015

Fitnah Bekas Pemandu, Pelakon Zahida Rafik Diarah Bayar RM150,000

 

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini pada Khamis memerintahkan pelakon Zahida Mohamed Rafik (gambar) membayar ganti rugi sebanyak RM150,000 kepada bekas pemandunya setelah didapati besalah memfitnah beliau.

Hakim Hue Siew Kheng dalam hujahnya menyatakan, Zahida dalam sebuah akhbar berbahasa Melayu menuduh kononnya Noor Azman Azemi melarikan wangnya sebanyak RM200,000 adalah fitnah.

Beliau menambah, beberapa bukti yang dikemukakan oleh pihak Zahida dalam mahkamah terhadap tuduhan itu adalah tidak boleh dipercayai.


Noor Azman

Sehubungan itu Noor Azman layak menerima RM150,000 sebagai ganti rugi manakala RM40,000 pula sebagai kos.

Hue Siew Kheng turut menolak tuntutan balas Zahida untuk mendapatkan semula RM200,000 yang didakwanya diambil oleh bekas pemandu itu.

Beliau turut menolak permohonan peguam Zahida iaitu Sarah Abishegam untuk menggantung pelaksanaan perintah itu.

Noor Azman telah memfailkan saman terhadap Zahida pada 27 November  2013, berhubung satu artikel bertajuk "Zahida Rafik Terkedu", di mana pelakon itu menuduhnya melarikan RM200,000 selepas dia diarahkan untuk memasukkan wang berkenaan dalam akaun banknya.

Dalam pernyataan tuntutannya, Noor Azman berkata beliau telah ditahan oleh polis selama empat hari selepas Zahida membuat laporan berhubung kejadian berkenaan.

Katanya, akibat perkara itu dia kehilangan kerjanya sebagai pemandu dan bekerja sebagai pemandu teksi.

Pada Mei 2012, Zahida telah mengadakan satu sidang media bagi menafikan tuduhan yang dibuat Noor Azman berhubung hubungannya dengan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Shafie Apdal.

Dalam sidang media itu Zahida menegaskan dia tidak pernah mengenali menteri berkenaan.

Sumber: Mstar