Tuesday, March 25, 2014

Hanez Suraya Bersyukur Kontroversi Cinta Makin Reda


Pelakon Hanez Suraya meluahkan rasa syukur apabila kontroversi percintaannya dengan ahli perniagaan, Romie Razin Adilha yang masih bergelar suami orang semakin reda.

Hanez atau nama sebenarnya Hanez Suraya Abd Aziz, 29, berkata, keadaan itu membuatkan dia berasa lega untuk meneruskan kehidupannya seperti biasa tanpa memikirkan isu tersebut.

"Alhamdulillah, saya bersyukur sangat apabila kontroversi ini semakin surut. Walaupun masih ada lagi segelintir pihak yang tidak berpuas hati dengan saya, tidak apa.

"Yang penting saya dapat mengharungi kehidupan dengan lebih positif berbanding sebelum ini," katanya yang dihubungi mStar Online pada petang Ahad.

Kontroversi mula tercetus selepas Hanez membuat pengakuan dia bakal berkahwin dengan seorang lelaki kononnya berstatus duda yang dikenali sebagai Mr.R atau nama sebenarnya Romie Razin Adilha, 34, sehingga menjadi punca keretakan rumah tangga pasangan berkenaan.

Situasi bertambah tegang apabila isteri Romie membuat kenyataan kepada media 2 Mac lalu menuduh Hanez sebagai punca pergolakan rumah tangganya.

Bagaimanapun Hanez menafikan dia sebagai punca keretakan rumah tangga pasangan berkenaan.

Sementara itu, Hanez memberitahu, walaupun ramai yang mahu dia disingkirkan daripada melibatkan diri dengan teater Projek Kahwin yang bakal dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya dari 6 hingga 14 Jun depan, namun dia nekad untuk meneruskan pementasan tersebut tanpa ragu-ragu.

"Sebelum ini, saya pernah berniat untuk menarik diri tetapi pihak penerbit iaitu Mask Team tidak membenarkan saya berbuat demikian.

"Dan saya ambil semangat dengan menyifatkan ia sebagai salah satu peluang untuk membuktikan bakat saya yang pertama kali melibatkan diri di pentas teater. baca artikel penuh

Sumber: Mstar

Related Posts:

  • Hanez Suraya Bakal Dirisik? Kontroversi terus menghimpit pelakon cantik, Hanez Suraya apabila wanita yang mendakwa masih bergelar isteri kepada kekasihnya itu mengeluarkan kenyataan berhubung hubungan yang terjalin antara mereka. Seperti apa yang d… Read More
  • KAK ENGKU NASIHAT HANEZ SUPAYA HORMATI PERASAAN WANITA Isu pelakon, Hanez Suraya yang dituduh merampas suami orang baru-baru ini telah menjadi perbualan dan perhatian ramai termasuk selebriti tanah air. Terpanggil untuk mengulas mengenai isu pelakon berkenaan, penyampai radi… Read More
  • Hanez Suraya Bukan Lagi Duta Aura White Memang sedih namun inilah yang harus ditempuhi oleh Hanez Suraya ekoran kontroversinya dengan suami orang. Menurut Berita Harian semalam, kontrak Hanez sebagai duta Aura White telah pun ditamatkan kerana kontroversi terse… Read More
  • Kontroversi Hanez Suraya : Komen Chef Wan Pedas ! Berkongsi gambar “screenshot” suratkhabar Berita Harian, Chef Wan menulis komentar panjang lebar dan berkongsi pengalaman hidupnya mengenai kontroversi Hanez Suraya, Mr. R dan Liyanan Manan ini. Tulis Chef Wan:- Wow sede… Read More
  • Panas: Hanez Suraya Fail Saman Fitnah Bekas Pembantu Peribadi Pelakon Hanez Suraya Abdul Aziz memfailkan saman terhadap bekas pembantu peribadinya berhubung kenyataan memfitnah dimuat naik dalam laman sosial pada September hingga pertengahan Oktober tahun lepas. Hanez, 28,memfailka… Read More

0 comments:

Post a Comment