Saturday, March 29, 2014

Syamsul Yusof Mula Edar Kad kahwin


Pengarah filem Syamsul Yusof dan isterinya Puteri Sarah Liyana mula mengedarkan kad undangan majlis persandingan mereka yang akan berlangsung pada 18 April ini di Dewan Perdana Felda dekat sini.

Ibu Syamsul, Datin Patimah Ismail berkata, majlis akan diadakan secara sederhana dan bakal dihadiri oleh rakan-rakan dan pihak media yang dianggarkan kira-kira 1,000 orang.

Sebanyak 500 kad jemputan akan diedarkan.

"Alhamdulillah, setakat ini persiapan berjalan dengan lancar. Malah Syamsul juga sudah sembuh daripada penyakit demam denggi dan mereka pun sudah  berbulan madu ke Pulau Pinang.

"Pada 18 April nanti, majlis persandingan akan dihadiri seramai 1,000 orang tetamu manakala pada 20 April, kami turut mengadakan majlis di rumah bersama keluarga yang dianggarkan seramai 1,000 orang tetamu juga," katanya yang dihubungi mStar Online.


Majlis persandingan bertemakan putih dan merah jambu itu turut dilakukan serentak bersama adik SyamSul iaitu Syafik.

Sebelum itu, Syafik dan tunangnya, Aiesyah Zainal akan bernikah pada 5 April depan.

Kata Patimah, memandangkan kediaman baru Syamsul di Ukay Perdana, Ampang masih lagi belum siap, dia gembira apabila pasangan pengantin baharu itu akan tinggal bersamanya buat sementara waktu.

"Buat masa ini, meriahlah rumah kami kerana kedua-dua anak lelaki saya bersama menantu pun ada sama. Rasa seronok pula apabila anak-anak berkumpul di rumah. Doakan kami agar semua majlis berjalan dengan lancar, InsyaAllah," pintanya.

Sementara itu, majlis di pihak perempuan akan diadakan pada Sabtu ini di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam bertemakan Islamic Arabian Night.

Syamsul telah diijabkabulkan dengan Puteri Sarah pada 8 Mac lalu di Masjid Sri Damansara di sini.

Sumber: Mstar

Related Posts:

  • Selamat Pengantin Baru Radhi & Ayu! Tahniah diucapkan kepada vokalis kumpulan OAG, Radhi yang dengan sekali lafaz telah sah bergelar suami kepada kepada Nur Shahira Ayu Zahiri atau Ayu, sekitar jam 10.30 pagi tadi. Majlis pernikahan ini telah berlangsung d… Read More
  • Syamsul Yusof Mula Edar Kad kahwin Pengarah filem Syamsul Yusof dan isterinya Puteri Sarah Liyana mula mengedarkan kad undangan majlis persandingan mereka yang akan berlangsung pada 18 April ini di Dewan Perdana Felda dekat sini. Ibu Syamsul, Datin Patima… Read More
  • Julfekar Sah Suami Min Yasmin Komposer Julfekar sah bergelar suami kepada penyanyi Nurul Yasmin Abdul Aziz atau Min Yasmin, 25, dengan sekali lafaz di Masjid Kota Damansara, di sini, pada Jumaat. Majlis akad nikah yang berlangsung kira-kira pukul 3.4… Read More
  • Pekin & Uqasha Bakal Kahwin Tahun Depan Pelakon Pekin Ibrahim yang kini sedang menjalani hubungan cinta bersama Uqasha Senrose mengakui sudah memilih tarikh untuk melangsungkan majlis perkahwinan mereka. Pun begitu, pelakon ini masih belum bersedia untuk mende… Read More
  • Hairi Safwan Akhiri Zaman BujangTahniah diucapkan kepada pelakon yang juga juara program 'Anak Wayang' musim pertama, Hairi Safwan yang telah sah bergelar suami kepada wanita pilihannya, Fara Afiza Azman dengan sekali lafaz, Sabtu lalu. Pasangan ini te… Read More

0 comments:

Post a Comment