Bagi penggiat fesyen tanah air kemunculan Minggu Fesyen Kuala Lumpur atau KL Fashion Week pastinya amat dinanti-nantikan kerana disinilah karya serta kerja seni kreatif pereka fesyen tempatan akan dipersembahkan.
Aura yang sama juga dirasai oleh penyanyi popular Mizz Nina kerana koleksi daripada label fesyennya MizzNina dan Madeena buat pertama kalinya akan dipertontonkan kepada khalayak sempena minggu fesyen penuh glamor itu.
Sumber Mizz Nina memberi tahu, penyanyi berkenaan telahpun dipilih oleh pihak penganjur Minggu Fesyen Kuala Lumpur untuk menayangkan koleksi fesyen ‘funky hijab’ yang disempurnakan dengan penuh bergaya.
Kata sumber itu lagi, sejak berhijrah dan tidak lagi aktif menyanyi, Mizz Nina telah memberikan seluruh jiwa dan raganya untuk jenama berkenaan terutama ketika hari pelancarannya itu nanti.
“Semuanya masih dalam perancangan dan ini adalah tarikan terbaru yang kita dapat lihat dalam kerjaya Mizz Nina selepas bertudung.
“Semuanya masih menjadi rahsia dan tunggu saja ketika pelancaran koleksi Mizz Nina itu pada Minggu Fesyen Kuala Lumpur pada Jun ini. Pastinya ada kejutan,” kata sumber yang rapat dengan pihak Mizz Nina.
Bukan sekadar pakaian untuk wanita berhijab, label Mizz Nina jugak bakal melancarkan koleksi kasutnya sendiri yang mengetengahkan rekaan edgy dan dinamik khusus untuk golongan wanita moden lagi berani.
Kata sumber berkenaan, untuk koleksi pakaian Mizz Nina, isteri kepada Noh daripada kumpulan Hujan itu bakal tampil dengan gaya terbarunya yang bakal memberikan impak kepada peminat fesyen hijab di negara ini.
Mizz Nina juga akan diberikan slot khas bagi mempamerkan koleksi fesyen hijab ketika berlangsungnya Islamic Fesyen Festival sepanjang minggu fesyen yang dinanti-nantikan itu.
Sumber : Murai
Saturday, March 29, 2014
MIZZ NINA BAKAL TAWAN MINGGU FESYEN KUALA LUMPUR
Related Posts:
Seksi ? Fesyen Neelofa: Pereka Fesyen Beri PenjelasanPereka fesyen terkenal Hatta Dolmat melalui facebook memberi penjelesan tentang fesyen baju Neelofa pakai pada malam Anugerah MeleTOP selepas menjadi bahan jenaka di laman sosial facebook.Ikuti luahan pereka muda ini. Cub… Read More
Ziana Zain Jual Koleksi 'ZZ for RR' Bulan March 2014Ziana Zain bekerjasama dengan pereka baju Rizman Ruzaini untuk tampil dengan koleksi "ZZ For RR". Dengan mengetengahkan tona hitam, putih dan kelabu, "ZZ For RR" mensasarkan golongan wanita berkerjaya di antara umur 25 se… Read More
MIZZ NINA BAKAL TAWAN MINGGU FESYEN KUALA LUMPUR Bagi penggiat fesyen tanah air kemunculan Minggu Fesyen Kuala Lumpur atau KL Fashion Week pastinya amat dinanti-nantikan kerana disinilah karya serta kerja seni kreatif pereka fesyen tempatan akan dipersembahkan. Aura yang… Read More
Fesyen Artis Pada Acara Karpet Merah AJL 28ACARA karpet merah sesebuah anugerah tidak lengkap sekiranya ia tidak diserikan dengan penampilan artis-artis dengan gaya tersendiri. Tidak ketinggalan, Anugerah Juara Lagu 28 (AJL 28) yang berlangsung di Stadium Putra Bukit … Read More
Fesyen bertudung Rebecca Nur Al Islam di Kecam?Umum mengetahui pelakon terkenal, Rabecca Nur Al Islam telah mengambil keputusan untuk berhijrah beberapa bulan lalu selepas mendapat hidayah. Bagaimanapun, penampilan beliau ketika menghadiri sebuah majlis sambutan hari lah… Read More
0 comments:
Post a Comment