Monday, August 9, 2021

Penyanyi Siti Sarah, 37, disahkan meninggal dunia 5.13 pagi, hari ini (09 August 2021)

Kuala Lumpur: Penyanyi Siti Sarah, 37, disahkan meninggal dunia di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), di sini, jam 5.13 pagi, hari ini.



Perkara itu dikongsi syarikat pengurusan penyanyi lagu Kesetiaan itu, Indigital Music dalam satu kenyataan ringkas.

"Dengan berat hati dan berdukacita, kami ingin memaklumkan bahawasanya Siti Sarah Raissuddin disahkan meninggal dunia jam 5.13 pagi HUKM.


"Terima kasih kepada semua yang tidak putus-putus memberikan doa serta sokongan kepadanya sejak dimasukkan ke hospital beberapa hari yang lalu," katanya.

Terdahulu Siti Sarah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital itu selepas tahap oksigen menurun. Siti Sarah kemudiannya ditidurkan sebelum pembedahan dijalankan bagi mengeluarkan bayi dalam kandungan. Siti Sarah selamat melahirkan bayi lelaki diberi nama Ayash Affan.
Siti Sarah bersama suami yang juga pelawak, Shuib disahkan positif Covid-19 pada 27 Julai lalu.
Pasangan itu berkahwin pada 26 Februari 2011.

Pasangan ini juga mempunyai tiga cahaya mata, Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6.

Kredit: hmetro

Related Posts:

  • Photo Siti Sarah MengandungPhoto Siti Sarah Mengandung Photo terbaru Siti Sarah mengandung. Kandungan Sarah dah nak masuk 9 bulan. Moga selamat lah melahirkan baby yang cute macam maknya.. :)… Read More
  • RAHSIA SITI SARAH SEMAKIN LANGSING Kemunculan penyanyi Siti Sarah ketika majlis rakaman episod terakhir Propaganza di Hotel Residence,Kajang malam tadi tenyata telah mendapat perhatian ramai pihak kerana bentuk badannya yang semakin langsing. Percaya atau t… Read More
  • Photo Baby Siti SarahPhoto Baby Siti Sarah Tahniah kepada Siti Sarah kerana selamat melahirkan anak lelaki dan juga anak sulung Shuib Sepah !!… Read More
  • Sarah Raisuddin Hamil, Shuib Sepah Menangis Kegembiraan!Sarah Raisuddin Hamil, Shuib Sepah Menangis Kegembiraan! KUALA LUMPUR, 29 APRIL 2011: Tiada kata yang dapat diluahkan untuk menggambarkan bagaimana gembiranya perasaan pelawak Shuib Sepah sebaik sahaja dia mengetahui b… Read More
  • Siti Sarah Mengandung Bayi Lelakinews @mStar Shuib Gembira Siti Sarah Mengandung Bayi Lelaki Penyanyi Siti Sarah Raisuddin memberitahu, suaminya Shahmira Muhahamad atau Shuib amat gembira selepas mengetahui bayi yang di kandungnya merupakan b… Read More

0 comments:

Post a Comment