Monday, February 10, 2014

Isteri Black Hanafiah Hidap Demam Denggi

Penyanyi Black Hanafiah tidak menyangka keadaan isterinya, Naquia Yasirah yang mengalami demam panas dan muntah-muntah sejak beberapa hari lalu adalah disebabkan demam denggi sehingga terpaksa ditahan di Columbia Asia Hospital, Setapak, dekat sini sejak Sabtu lalu.

Black atau nama sebenarnya, Hanifah Hanafiah, 27, berkata, pada mulanya dia menyangka keadaan yang dialami isterinya itu adalah simptom wanita mengandung selepas disahkan doktor ketika membuat pemeriksaan kehamilan di sebuah klinik.

"Pada mulanya saya sangka isteri mengandung kerana sebelum itu doktor memberitahu terdapat simptom Naquia hamil tetapi kami perlu tunggu sebulan lagi untuk mendapatkan kepastian.


Dalam pada itu, Black berkata, keadaan isterinya kini tidak membimbangkan malah pihak hospital membenarkan Naquia untuk berehat di rumah.

"Doktor membenarkan di keluar tetapi saya minta dia berehat di hospital bagi memastikan dia betul-betul sihat tambahan pula dalam masa dua hari ini dia perlu hadir untuk membuat pemeriksaan susulan," katanya.

Black dan Naquia bernikah pada 13 September 2013.

Source: Mstar

Related Posts:

  • Syamsul Yusof Masuk Wad Suspek Demam Denggi Pengarah filem dan pelakon Syamsul Yusof, 30 kini ditahan di Pusat Perubatan Gleneagles, dekat sini, selepas disyaki menghidap demam denggi. Ibunya, Datin Patimah Ismail berkata, dia membawa Syamsul ke hospital pagi Sela… Read More
  • Gempar Stacy hidap H1N1 ?MELALUI kemas kini status akaun Twitter peribadi milik Stacy atau nama sebenarnya Stracie Angie Anam, 24, penyanyi itu mengesahkan bahawa dia telah dijangkiti virus Influenza A (H1N1) atau lebih dikenali sebagai wabak selesem… Read More
  • Isteri Black Hanafiah Hidap Demam Denggi Penyanyi Black Hanafiah tidak menyangka keadaan isterinya, Naquia Yasirah yang mengalami demam panas dan muntah-muntah sejak beberapa hari lalu adalah disebabkan demam denggi sehingga terpaksa ditahan di Columbia Asia Hospi… Read More
  • Stacy Dijangkiti Virus Influenza A Penyanyi yang popular dengan lagu 'Bosan', Stacy disahkan telah dijangkiti oleh virus influenza A. Menerusi akaun Twitternya, Stacy berkongsi berita ini bersama pengikutnya dengan status; "Im positive!!..,Influenza A...huh… Read More
  • Payudara Ifa Raziah Membengkak Penyanyi dangdut terkenal Ifa Raziah diberitakan sering ke hospital bagi mendapatkan rawatan.  Dia dikatakan mengalami masalah  sakit di bahagian payudara.  "Pada mulanya, saya hanya demam panas.  Lep… Read More

0 comments:

Post a Comment