Tuesday, February 11, 2014

Shaheizy Sam, Liyana rakam single Bangun

Walaupun lebih aktif dan dikenali ramai menerusi lakonan, kecintaan pelakon popular tanah air, Shaheizy Sam pada muzik tidak pernah pudar. Apatah lagi, muzik diakuinya cukup dekat di hati dan amat diminati.

Pernah membabitkan diri dalam muzik sebelum aktif berlakon dengan menubuhkan kumpulan sendiri, MOB sekitar 1999 lalu, Sam mengakui dia sangat berbesar hati apabila Nescafe memberi ruang padanya untuk mengetengahkan bakat nyanyian.

Sam berkata, projek bersama Nescafe untuk merakamkan single berjudul Bangun itu dinyanyikan secara duet bersama pelakon Liyana Jasmay adalah ciptaan komposer Audi Mok dan lirik pula hasil cetusan ilham daripada peminatnya yang dirakam pada tahun lalu.

“Saya sangat gembira dapat merakamkan lagu Bangun yang ini melodi dan liriknya sangat menarik. Apatah lagi, single Bangun itu lebih menjurus pada lagu yang ke arah memberi inspirasi dan pembakar semangat untuk mencapai kejayaan.


“Bagaimanapun, terima kasih tidak terhingga kepada kira-kira 50,000 peminat saya yang sudi menyumbangkan ilham mereka untuk lirik Bangun di laman sosial seperti Facebook, YouTube dan Twitter yang dibuka selama dua bulan,” katanya. baca lagi

Source: Hmetro

Related Posts:

  • Shaheizy Sam, Liyana rakam single Bangun Walaupun lebih aktif dan dikenali ramai menerusi lakonan, kecintaan pelakon popular tanah air, Shaheizy Sam pada muzik tidak pernah pudar. Apatah lagi, muzik diakuinya cukup dekat di hati dan amat diminati. Pernah membabit… Read More
  • Shaheizy Sam Cari Idea Di Bandungnews @mStar Shaheizy Sam Cari Idea Di Bandung Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010, Shaheizy Sam mengambil peluang untuk bercuti ke Bandung, Indonesia bersama rakan-rakannya setelah… Read More
  • Senarai Pemenang Festival Filem Malaysia 24Senarai Pemenang Festival Filem Malaysia 24 PEMENANG ANUGERAH GEMILANG PERDANA Filem BoxOffice : KL Gangster Skor Muzik Asal Terbaik : Edry Abd Halim – Hikayat Merong Mahawangsa Pereka Kostum / Busana Terbaik : File… Read More
  • Shaheizy Sam Terima 50 Ribu Lirik Daripada Peminat Untuk Single 'Bangun' ? Walaupun lebih dikenali menerusi bidang lakonan, minat Shaheizy Sam terhadap bidang nyanyian tidak pernah pudar. Jika sebelum ini dia pernah merakamkan lagu duet bersama Yana Samsudin untuk lagu tema filem 'Aku Ada Kau Ada… Read More
  • Siti Nurhaliza Sertai Askar WataniahSiti Nurhaliza Sertai Askar WataniahPenyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza merupakan antara selebriti yang telah bersetuju untuk menyertai Askar Wataniah menerusi platun khas yang akan hanya dianggotai penggiat s… Read More

0 comments:

Post a Comment