Monday, February 10, 2014

'Gagal Dalam MLM 2013 Bukan Sebab Aibkan Luna' - Nabil Ahmad

Pelawak dan pengacara Nabil Ahmad menolak dakwaan kegagalannya dalam pertandingan akhir Maharaja Lawak Mega 2013 (MLM 2013) kerana kontroversinya mengaibkan juri tetap rancangan itu Luna Maya sebelum ini.

Nabil atau nama sebenarnya Ahmad Nabil Ahmad, 30, berkata, walaupun hanya mendapat tempat kelima MLM 2013, dia tetap bersyukur dan berpuas hati kerana telah memberikan persembahan terbaik kepada penonton.

"Saya sudah memberikan terbaik kepada penonton pada pertandingan akhir itu dan ia tiada kena mengena dengan kontroversi saya dan Luna kerana ia sudah pun selesai secara baik.

Dalam pada itu, Nabil berkata, walaupun telah membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Luna dalam program Meletop pada Selasa lalu, dia turut meminta maaf kepada wanita berkenaan secara bersemuka ketika berjumpa pada Khamis lepas.

Sementara itu, Nabil berkata, dia berharap peminat akan lebih bersikap terbuka dengan lawak yang dilakukannya namun mengakui akan lebih berhati-hati supaya insiden sama tidak lagi berulang.

Sumber: Mstar

Related Posts:

  • Sepahtu juara Maharaja Lawak Mega 2013 Kumpulan pelawak, Sepahtu yang dianggotai Mohd Nadzri Zainal Abidin, Shahmira Muhamad dan Rahim Mat Ali dinobatkan sebagai juara program realiti Maharaja Lawak Mega (MLM) 2013 menewaskan empat peserta lain, pada pentas ak… Read More
  • Video: Nabil Mohon Maaf kepada Luna Maya Berikut permohonan maaf peserta Maharaja Lawak Mega 2013, Nabil Ahmad kepada Luna Maya berikutan lawaknya yang dikatakan menyindir masa silam selebriti Indonesia itu. Psst: Macam tu la kan, kena tau sensitiviti walaupun … Read More
  • Maharaja Lawak Mega 2013, Siapa Juara ? Maharaja Lawak Mega 2013 PENTAS Maharaja Lawak Mega semakin menghampiri kemuncaknya. Jika dilihat daripada 16 peserta, hanya lima peserta bakal beraksi di pentas final nanti. Sepahtu, Shiro, Bocey, Nabil dan Jambu bakal b… Read More
  • Gagal Di MLM 2013, Wala Sudah Dapat Banyak Tawaran Lakonan Kumpulan Wala meluahkan rasa syukur, walaupun tersingkir daripada program Maharaja Lawak Mega 2013 (MLM 2013) pada Jumaat lalu, namun mereka sudah pun menerima pelbagai tawaran lakonan. Salah seorang ahlinya, Wan atau nama… Read More
  • Nabil dikecam Ungkit Kisah Silam Luna Maya Pelawak dan pelakon popular, Nabil Ahmad dikecam hebat baru-baru ini berikutan persembahannya pada program "Maharaja Lawak Mega 2013" yang dikatakan telah mengaibkan salah seorang juri tetap rancangan itu, Luna Maya dengan … Read More

0 comments:

Post a Comment