SEBENARNYA majlis hari jadi pengacara dan pelakon popular, Noor Neelofa Mohd. Noor yang berlangsung di Hotel One World, Petaling Jaya, Selangor pada malam kelmarin dirancang khas tanpa pengetahuan empunya diri.
Dihadiri ahli keluarga terdekat, rakan-rakan, peminat dan pihak media, majlis berkenaan sengaja diaturkan oleh ibu tersayang, Noor Kartini Noor Mohamed dan pengurusnya, Mohd. Amer Shafiq Khalip bagi memberi kejutan buatnya.
Sebaik sahaja figura jelita yang popular dengan nama Neelofa itu melangkah masuk ke lokasi majlis yang dikenali sebagai Pool Bar di hotel berkenaan kira-kira pukul 8.30 malam, jelas terpancar riak wajah terkejut dirinya melihatkan kehadiran ramai tetamu.
Ujar Neelofa, dia agak terkejut apabila sekali lagi diraikan pada majlis yang dia sendiri tidak mengetahuinya.
Malah, ibu tercinta pula memberitahu ia sekadar makan malam bersama keluarga untuk meraikan hari jadinya yang disambut awal sehari. baca lagi
Source: Kosmo
Wednesday, February 12, 2014
Neelofa tak kejar jodoh
Related Posts:
Nabil Ahmad Jelaskan Isu Disingkir Dari Meletop PETALING JAYA: Pelawak Nabil Ahmad menyifatkan gosip dia bakal disingkirkan sebagai pengacara program hiburan Meletop dalam masa terdekat ini adalah mengarut. Nabil atau nama sebenarnya Ahmad Nabil Ahmad, 30, te… Read More
Neelofa Ambil Keputusan Berhijab PETALING JAYA: Kehadiran Ramadan berjaya membuka hati pelakon Neelofa untuk berubah selepas dia memilih untuk memakai tudung.Pengurus kepada pelakon itu, Mohd Amer Shafiq Khalip atau lebih dikenali sebagai Shawn Amer be… Read More
Neelofa Jawab Isu Qari Sentuh Kepala Pelakon dan pengacara, Neelofa menyifatkan isu gambar kepalanya disentuh seorang lelaki yang dipercayai Qari terlalu diperbesar-besarkan tanpa mengetahui kisah sebenar. Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor, … Read More
"Tiada Perancangan Kahwin Tahun Ini" - NeelofaKUALA LUMPUR: Pelakon dan pengacara Neelofa tidak mempunyai sebarang perancangan untuk mendirikan rumah tangga sepanjang 2015. Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor, 25, berkata, setakat ini dia tidak mempunya… Read More
Cincin Berlian Tanda Neelofa Sudah Dirisik? Ramai yang terkejut baru-baru ini selepas sekeping foto berbentuk cincin yang dimuat naik menerusi Ins… Read More
0 comments:
Post a Comment