Saturday, December 2, 2017

Tak Tun Tuang - Selepas 3 tahun baru lagu popular

PENYANYI dari Sumatera Barat Upiak Isli tidak menyangka lagu yang dihasilnya pada 2014 ‘Tak Tun Tuang’ menjadi terkenal selepas seorang daripada peminatnya memuat naik lagu itu dalam laman sosial baru-baru ini.


Lagu hasil nukilan Upiak, atau nama asalnya Silvia Nanda, 32, yang berbentuk jenaka dan menghiburkan itu telah ditonton di YouTube oleh lebih sejuta penonton sejak video tersebut diviralkan dua minggu lepas.

“Saya telah menghasilkan 19 buah album sejak aktif menyanyi ketika berusia 13 tahun, Saya tidak menyangka hanya lagu dalam album ke-14 menjadi popular,” katanya  kepada Bernama selepas menjadi tetamu program ‘Nine 11’ terbitan Bernama News Channel (BNC) di Wisma Bernama, di sini hari ini.

Beliau juga tidak silu mengakui menangis kerana terharu dengan sambutan luar biasa terhadap lagu berkenaan

 Anak sulung daripada  tiga beradik yang berasal dari Padang, Sumatera Barat, Indonesia itu berkata, lagu berkenaan dihasilkan pada 2014 bersama-sama rakannya Ardi Tanjung yang bermain gitar.

"Lagu itu menceritakan kisah lawak mengenai seseorang yang tidak mandi turut mendapat sambutan di luar negara," katanya.

Lagu ‘Tak Tun Tuang’ yang berdurasi 3:35 saat itu kini berada di bawah naungan MVM Production Sdn Bhd.

Sementara itu, walaupun terpisah jauh, penyanyi Najwa Mahiaddin, 31, serta penyanyi dan penulis lirik Singapura Imran Ajmain, 36 memanfaatkan pelbagai platform media sosial untuk berkolaborasi menghasilkan album pertama mereka.

‘Sentiasa Merinding’ yang mengabungkan unsur muzik Melayu klasik dengan R &  B bertemakan hubungan dan perasaan cinta di antara dua individu telah dihasilkan semasa Najwa  berada di New York, Imran di Belanda dan teman mereka Az Avex Azman di Australia.

“Biarpun berada di luar negara dan perbezaan waktu tetapi  kami menggunakan kemudahan  Internet untuk berinteraksi,” kata Imran yang pernah popular dengan lagu ‘Seribu Tahun’.

Imran berkata walaupun beliau telah mengenali Najwa sejak 11 tahun lalu, hanya baru-baru ini mampu berduet dan menghasilkan lagu bersama. - Bernama

Sumber: SinarHarian

Thursday, November 30, 2017

Gambar-Gambar Sekitar perkahwinan Fazura dan Fattah Amin

Gambar-Gambar Sekitar perkahwinan Fazura dan Fattah Amin















Kredit to: FB : FattZura Lover



Monday, November 27, 2017

Fazura sah bergelar isteri kepada pelakon lelaki popular, Fattah Amin


Teka-teki mengenai pernikahan antara Fattah Amin dan Nur Fazura Sharifuddin yang berlangsung pada malam Isnin terjawab apabila pasangan itu disahkan bergelar suami-isteri.

Syarikat rakaman Fazura iaitu Universal Music dalam satu kenyataan memaklumkan, pasangan itu sah diijabkabulkan dengan sekali lafaz kira-kira pukul 9.50 malam.

Pernikahan itu berlangsung dalam satu majlis tertutup yang dihadiri keluarga dan rakan terdekat sahaja.

Majlis berkenaan diadakan di hotel Ritz Carlton, Kuala Lumpur.

Dalam tinjauan mStar ke lokasi pernikahan mereka sejak 6 petang tadi mendapati pengurus kepada Fazura iaitu Iman Thang turut berada di lokasi berkenaan.

Beberapa pengawal peribadi dilihat berlegar-legar di sekitar lobi hotel.

Sekitar 6.30 petang, dua orang lelaki tiba di lobi hotel dipercayai membawa pakaian pengantin masing-masing berwarna putih dan pirus (turquoise) sebelum diiringi oleh pengawal untuk naik ke lif.

Hasil pemerhatian mStar Online lagi, keadaan di perkarangan hotel juga tenang dan hanya pada pukul 8 malam dua individu lengkap berpakaian baju kurung dan baju Melayu berwarna pirus muncul di lobi dipercayai hadir untuk ke majlis itu.

Seorang lelaki yang berpakaian baju Melayu dari warna sama kemudiannya dilihat turun mengambil dua tetamu berkenaan untuk ke tingkat 29.

Hanya mereka yang mempunyai kad akses sahaja boleh ke tingkat berkenaan.

Fattah, 27 dan Fazura, 34, pada Khamis lalu merungkai persoalan mengenai hubungan mereka yang dikatakan telah bernikah sebelum berangkat menunaikan umrah pada 15 November lalu.

Menerusi sidang media yang diadakan sejurus mereka tiba di tanah air, pasangan itu menyangkal dakwaan sudah berkahwin sebaliknya hanya melangsungkan pertunangan pada 13 November lalu.

Malah pasangan itu tidak menafikan akan bernikah dalam masa terdekat yang akan diadakan secara tertutup sementara majlis resepsi pula akan diadakan pada tahun hadapan.


Sumber : Mstar

Sunday, November 26, 2017

Siti Nuruhaliza Bakal Timang Bayi Perempuan?

Buat pertama kalinya penyanyi tersohor negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin mendedahkan video ketika melakukan imbasan ultrasound bayi dalam kandungannya.

Menerusi akan Instagram (IG)nya, dia memuat naik video tersebut dan teruja memberitahu aksi anaknya ketika imbasan dilakukan sangat sopan.

"Alololo.. sopannya anak ibu .. macam siapa?? #alhamdullillah #anugerahterindah"

Video tersebut turut terdengar suara wanita yang dipercayai doktor yang melakukan imbasan tersebut.

Menurut doktor itu, bayi dalam kandungan Siti amat malu kerana sering menutup mukanya ketika imbasan dijalankan.

Doktor itu juga menggelarkan bayi Siti sebagai 'princess' (puteri).




"Hey, princess nowadays not very shy lah," kata doktor

'Princess' ? Adakah bayi dalam kandungan Siti perempuan?

Hingga kini penyanyi Aku Cinta Pada Mu itu belum pernah mendedahkan jantina bayinya.

Apa-apa pun sama-sama kita doakan agar bayi dalam kandungan Siti sihat dan selamat dilahirkan nanti.

Sumber: Astro gempak

Saturday, November 25, 2017

Fattah-Fazura Kongsi Video Tunang

PASANGAN selebriti yang sedang hangat diperkatakan, Fattah Amin dan Nur Fazura akhirnya berkongsi detik gembira mereka di laman sosial khas buat peminat masing-masing.

 

Fattah, 27, dan Fazura, 34, memuat naik video majlis pertunangan mereka yang diadakan pada 13 November lalu di kediaman keluarga pelakon wanita tersebut, malam Jumaat. Menerusi kapsyen video tersebut, majlis telah berlangsung dalam suasana sederhana dan hanya dihadiri keluarga dan rakan terdekat pasangan berkenaan.

 Ruang komen dihujani dengan ucapan tahniah dan ramai peminat tidak sabar untuk melihat Fattah dan Fazura disatukan sebagai suami isteri.


 "I really love you Fattah, bila tahu Fattah dan Fazura bakal bertunang saya gembira sebab saya sayang Fazura juga. "Tahniah untuk awak berdua. Please love each other till the end of your life because I love you guys! "Aww so sweet. Dah lama tunggu untuk saat ini. Tahniah untuk kalian berdua," komen beberapa peminat mereka di Instagram.

 Pasangan ini merancang untuk melangsungkan perkahwinan mereka dalam masa terdekat namun dua resepsi akan diadakan pada tahun depan. Mereka juga merancang untuk mengadakan majlis nikah secara tertutup, dengan tetamu lain termasuk pihak media hanya akan diundang pada majlis resepsi. Terdahulu mereka tampil menafikan sudah bernikah pada 14 November lalu di rumah nenek Fazura di Petaling Jaya seperti yang dihebohkan.

Sumber: Mstar

Thursday, November 23, 2017

Black Friday: Dapatkan promosi harga kebabom dengan Susu Premium Frispo


Dapatkan harga istimewa di sini sahaja, Frisco Gold

Fattah Amin dan Fazura Sudah Berkahwin?


 Pasangan popular, Fattah Amin dan Nur Fazura menafikan mereka sudah bernikah seperti didakwa oleh sesetengah pihak di laman sosial.


Selesai sidang media tergempar menjelaskan segala spekulasi yang terkait dengan mereka. Tahniah buat pasangan ini yang sudah mengikat tali pertunangan pada 13 November 2017. Fazura telah dirisik dan bertunang pada hari yang sama. Manakala majlis yang berlangsung di kediaman nenek aktres itu adalah majlis doa selamat sempena keberangkatan mereka sebelum ke Tanah Suci Mekah.






Kredit: Eh.cpm.my & Astro Gempak









Tuesday, November 21, 2017

Panas ! Nabil Beri Amaran, Hilang Hormat Pada Chef Wan



 PETALING JAYA: Pengacara dan pelawak Nabil Ahmad memberi amaran kepada chef selebriti terkenal Prof Datuk Chef Wan agar tidak berterusan memuat naik status berbaur hasutan di laman Instagramnya.

Nabil berkata, tindakan Chef Wan atau nama sebenarnya Datuk Redzuawan Ismail menuduh dia sebagai punca remaja menjadi kurang ajar boleh menjejaskan reputasinya sebagai seorang selebriti yang juga duta pelbagai produk.

"Kata-kata yang dimuat naik di laman Instgaram itu sudah melampau kerana menuduh saya sebagai punca anak-anak kurang ajar. Itu satu isu besar dan serius terutama bila dia hanya menyerang saya seorang, bukannya team Gegar Vaganza.

"Semalam peguam menghubungi saya berkaitan hal itu dan menganggap kenyataan beliau berunsur hasutan dan menyediakan ruang untuk orang membenci saya," ujarnya kepada mStar Online.

Nabil mengulas tentang komen balasnya yang memuat naik video sebagai respons kepada tuduhan Chef Wan itu pada Isnin.

Bagaimanapun, Nabil memadam video berkenaan selepas mendapat pelbagai reaksi netizan.

Chef Wan pernah menjadi tetamu dan juri undangan di program Gegar Vaganza.

Ujar Nabil, dia memuat naik video itu adalah atas nasihat peguam yang sedang mengumpul beberapa bukti terhadap isu tersebut.

"Kalau ikut saya memang saya tidak mahu layan tapi peguam yang menjaga kerjaya saya menganggap ia sebagai sesuatu yang serius dan merosakkan reputasi.

"Dia minta saya respons bukan untuk bergaduh sebaliknya sebagai bukti kepada klien. Saya perlu menjaga nama baik saya kerana beberapa produk besar yang saya tandatangan meminta penjelasan tentang itu," ujarnya.

Sementara itu, Nabil berkata, Chef Wan seharusnya melakukan perkara itu secara profesional dan bertemu dengan pihak produksi Astro.

Tambahnya, semua perkara yang dilakukannya sebagai pengacara sekadar menjalankan tanggungjawab seperti yang diminta pihak Astro untuk berbuat demikian.

"Gegar Vaganza ini sudah masuk musim keempat dan jika dia tidak suka dengan cara saya dia boleh jumpa pihak Astro dan beritahu tentang itu.

"Jika dia lakukan dengan cara yang betul saya sendiri akan akur. Dia tidak berada dalam produksi dan tidak tahu perjalanan program realiti televisyen," ujarnya.

Chef Wan muat naik status menegur cara Nabil sebagai biadap.



Dalam pada itu, Nabil berkata kenyataan negatif itu secara tidak langsung membuatkan dia hilang rasa hormat kepada chef selebriti itu.

Katanya, dia tidak tahu niat Chef Wan yang seakan-akan cuba untuk menutup periuk nasinya dalam bidang ini.

"Saya sudah hilang hormat padanya, saya hanya hormat dia sebagai orang tua dari saya sahaja. Dulu saya anggap dia seorang ikon contoh untuk berjaya ke peringkat antarabangsa.

"Apa juga restoran yang dia kata sedap pasti saya akan datang cuba (makan). Tapi sekarang maaflah, mungkin tidak lagi," ujarnya.

Chef Wan pada Ahad memuat naik beberapa status menegur tindakan pengacara itu yang dianggap biadap dan kurang ajar.

Malah katanya, cara Nabil mengendalikan Gegar Vaganza memberi pengaruh buruk kepada penonton terutama kanak-kanak untuk bersikap kurang ajar.

Kredit: Mstar

Sunday, November 19, 2017

Cantiknya Izara Aisyah dah macam Princess

Setuju tak memang sangat outstanding kan?





Kredit: Instagram @rizmanruzaini

Jimmy (Samudera) Meninggal Dunia

PEMAIN bass kumpulan Samudera, Azizan Abdul Hamid atau lebih dikenali sebagai Jimmy meninggal dunia pada Ahad di Rengit, Batu Pahat.



Menurut pengurus kumpulan tersebut, Mahadi Latif, dia mendapat tahu tentang berita kematian Jimmy selepas menerima panggilan daripada Shah Samudera.

Jimmy meninggal dunia pada usia 48 tahun.

Mahadi berkata, salah seorang ahli Samudera, Jep cuba mengejutkan Jimmy untuk bangun namun dia mendapati pemuzik itu sudah tidak bernafas.

"Saya terima panggilan daripada Shah mengatakan Jimmy sudah meninggal dunia antara pukul 7.30 hingga 8 pagi.

"Jep beritahu saya yang dia cuba kejutkan Jimmy bangun tapi dia tak bergerak dan tidak bernyawa," kata Mahadi ketika dihubungi mStar Online.

Tambah Mahadi, Jimmy dan ahli kumpulannya membuat persembahan di Batu Pahat pada malam sebelum kejadian namun tidak menyangka itu adalah untuk kali terakhir mereka bersama.

Malah, Jimmy tidak menunjukkan sebarang tanda sakit dan membuat persembahan dengan baik pada malam itu.

"Samudera ada persembahan di Rengit, Batu Pahat. Tak sangka itu adalah untuk kali terakhir buat Jimmy.

"Malam dia buat persembahan itu nampak baik sahaja. Tak ada tanda-tanda dia sakit. Tapi dah ajal, Allah lebih sayangkan dia," ujarnya.

Mahadi memberitahu Jimmy tidak mempunyai penyakit dan doktor masih belum mengenal pasti punca kematiannya.

Allahyarham mempunyai seorang isteri dan dua orang anak.

Samudera adalah salah sebuah kumpulan rock yang terkenal di tahun 90-an dan antara lagu popular mereka berjudul Sungguh Tak Ku Sangka, Airmata Dewiku dan Mekar Dijiwa.