Leewah yang menyanyikan lagu Bunga Berguguran dan Hayati dengan lagu Nazam Berkasih pada malam konsert bertemakan Runut Bunyi dan Irama Malaysia gagal menarik perhatian juri.
Hayati ketika ditemui selepas konsert KE 4 pada malam Rabu memberitahu kepada Astro Gempak pengalamannya bersama rakan-rakan terutama tenaga pengajar KE 4 tidak mungkin dilupakan.
“Banyak pengalaman yang saya kutip sepanjang berada di sini. Cikgu-cikgu banyak memberi tunjuk ajar dan jasa mereka tak mungkin saya lupakan,” katanya.
Sementara itu, satu-satunya peserta berbangsa Tionghua, Leewah berkata penyertaannya di dalam KE 4 adalah disebabkan dorongan daripada suami.
“Saya berterima kasih kepada suami saya kerana dialah saya berada di KE 4. Dia juga telah banyak memberi sokongan dan dorongan kepada saya.
“Kepada yang telah mengundi, terima kasih banyak-banyak kerana sudi memberi sokongan kepada saya. Saya hargai setiap undi anda,” ujarnya.
Leewah dan Hayati |
Teruskan mengundi jika mahu peserta kegemaran anda terus bertahan hingga ke pusingan akhir nanti!
Anda hanya perlu menaip KEPESERTA atau KE<3/5/10>jarak untuk 3,5,10 undian ke 32777.
Contoh: KE10 PESERTA dan hantar ke 32777. Untuk 20 undian: Taip KE20PESERTA dan hantar ke 32777.
11 finalis terbaik yang bakal berentap pada minggu seterusnya ialah lapan peserta lelaki iaitu WAKGAN (Abdul Ghanni Tahil, 67, Singapura), BEN (Benasil Kudong,65, Sabah), JOI (Jokepli Hamdi, 50, SARAWAK), NAS (Mohammad Nasiruddin Mohd Hashim, 44, Selangor), ZAIN (Md Zain Ramli, 45 Selangor), NORDIN (Nordin Yusoff, 53, Kelantan), ARIP (Omar Sharif Mat Din, 42, Pahang) dan SILVA (Selvalingam A/L Munaisamy, 54, Melaka).
Manakala tinggal tiga lagi peserta wanita bakal merebut tempat ialah peserta perempuan iaitu AZIANA (Aziana Ab Kadir, 46, Kelantan), MAYA (Muhaiyah Harun, 55, Negeri Sembilan) dan RAIDA (Zuraidah Mohd Zain, 41, Kuala Lumpur).
Teruskan menonton KE 4 di Astro Prima (saluran 105) dan Mustika HD (saluran 135) pada setiap Rabu, 9.30 malam. Orang ramai juga dijemput hadir untuk menyaksikan konsert KE 4 secara langsung setiap minggu di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil.
Kepada yang ingin menonton KE 4 di Dewan Sri Putra, pastikan anda datang seawal jam 8.00 malam, berumur 13 tahun ke atas, berpakaian kemas serta berkasut. Pastikan anda tidak memakai seluar pendek.
Sumber: Murai
0 comments:
Post a Comment