Syarikat e-niaga, Groupon telah menawarkan tawaran Epic deal kepada para pelanggan bagi memberi peluang untuk menyertai majlis Gala ‘Make It Right ‘ iaitu organisasi yang diasaskan oleh aktor terkenal Hollywood, Brad Pitt di New Orleans, Amerika Syarikat pada 17 Mei ini.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Groupon Eric Lefkofsky, tujuan tawaran itu diadakan adalah untuk mendedahkan orang ramai mengenai organisasi tersebut.
“Melalui usaha tanggungjawab sosial syarikat ini, kami telah membantu untuk membina dan menyokong komuniti di sekitar menerusi ribuan peniaga tempatan sejak penubuhan Groupon ini.
"Dengan adanya kerjasama ‘Make It Right’, kami dapat mendedahkan kepada berjuta-juta orang di seluruh dunia mengenai projek yang penting ini dan membantu organisasi tersebut untuk membuat perubahan yang signifikan bahawa seseorang itu perlu membantu berjuang bagi kawasan kejiranan yang lain di seluruh dunia,” katanya.
Selain itu, syraikat e-niaga sosial dan platform pembelian secara kolektif itu didapati sudah pun menyumbang sebanyak RM326,950 kepada ‘Make It Right’ bagi membantu dan membina komuniti sekitar.
Sehubungan itu, Groupon Malaysia turut menawarkan ganjaran Epic Deal itu kepada pelanggan di negara ini termasuklah dua tiket penerbangan berstatus VIP ke New Orland, tiket ke majlis gala ‘Make It Right 2014’ serta tiket menyertai acara selepas majlis. baca artikel penuh
Sumber: Astroawani
Friday, May 2, 2014
Groupon Malaysia tawar peluang bertemu Brad Pitt 17 Mei ini
Related Posts:
Groupon Malaysia tawar peluang bertemu Brad Pitt 17 Mei ini Syarikat e-niaga, Groupon telah menawarkan tawaran Epic deal kepada para pelanggan bagi memberi peluang untuk menyertai majlis Gala ‘Make It Right ‘ iaitu organisasi yang diasaskan oleh aktor terkenal Hollywood, Brad Pitt d… Read More
Promo: Bali: 4stars Hotel Stay & Tour only RM1,178.00Bali: 4* Hotel Stay & Tour 4D3N Stay for 2 People in Standard Room with Breakfast & Guided Tour of Bali Highlights Visit Devdan – Treasure of the Archipelago show, Waterbom Park, Kuta Beach, Kuta Central Art… Read More
0 comments:
Post a Comment