Walaupun lebih dikenali menerusi bidang lakonan, minat Shaheizy Sam terhadap bidang nyanyian tidak pernah pudar.
Jika sebelum ini dia pernah merakamkan lagu duet bersama Yana Samsudin untuk lagu tema filem 'Aku Ada Kau Ada' berjudul 'Begini Caranya', kali ini dia berduet pula bersama Liyana Jasmay menerusi single 'Bangun'.
Menurut Sam, sebaik sahaja mendapat tawaran daripada Nescafe dia terus menyatakan persetujuan tanpa berfikir panjang.
"Sam berbesar hati apabila Nescafe mahukan Sam untuk projek mereka. Bagi Sam ini adalah peluang untuk Sam mengetengahkan bakat, sebab itu Sam tidak berfikir terlalu lama untuk menerima tawaran daripada mereka," katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran single 'Bangun' sempena kempen 'Nescafe on Sam', bertempat di Talent Lounge, PJ Trade, Damansara Perdana pada Rabu.
Kata pelakon Adnan Sempit ini lagi 'Bangun' merupakan single paling istimewa buatnya kerana liriknya adalah hasil daripada cetusan ilham peminat dan telah mendapat sentuhan komposer popular, Audi Mok.
"Alhamdulillah, hasrat saya untuk menyanyikan lagu sendiri tercapai. Selepas tinggalkan kumpulan M.O.B hampir 10 tahun lalu, saya tidak lagi menyanyikan lagu yang liriknya saya tulis sendiri.
"Untuk single ini, sebenarnya 50% lirik Sam tulis dan 50% lagi diambil daripada lirik yang peminat hantar melalui Facebook, Twitter dan Youtube.
"Sepanjang dua bulan, kami menerima 50,000 lirik daripada para peminat dan Sam terharu kerana mereka sanggup berkongsi idea dan kreativiti bersama. Terima kasih kepada yang telah memberi lirik-lirik itu kepada Sam, inilah hadiah buat anda semua," katanya. baca lagi
Source: Astrogempak
Sunday, February 16, 2014
Home »
nescafee
,
new single
,
Shaheizy Sam
» Shaheizy Sam Terima 50 Ribu Lirik Daripada Peminat Untuk Single 'Bangun' ?
Shaheizy Sam Terima 50 Ribu Lirik Daripada Peminat Untuk Single 'Bangun' ?
Related Posts:
David Teo Jadi Penyanyi, Rakam Lagu RapPenerbit filem Metrowealth International Group (MIG) David Teo, melakukan percubaan berani apabila berganding dengan penyanyi Fida Ibrahim untuk projek terbaharunya bagi menghasilkan single lagu pertama berjudul Kacang.… Read More
AF2014:: Senarai Lagu & Single Baru AF2014 Konsert Akhir Malam 9 Nov 2014, bintang Akademi Fantasia (AF 2014) bakal membuat persembahan untuk konsert minggu Akhir. Saksikan persembahan bintang Akademi Fantasia 2014 di kaca tv korang jam 9 malam di saluran Astro Ria 104 dan Maya… Read More
Shaheizy Sam Terima 50 Ribu Lirik Daripada Peminat Untuk Single 'Bangun' ? Walaupun lebih dikenali menerusi bidang lakonan, minat Shaheizy Sam terhadap bidang nyanyian tidak pernah pudar. Jika sebelum ini dia pernah merakamkan lagu duet bersama Yana Samsudin untuk lagu tema filem 'Aku Ada Kau Ada… Read More
Kelly Clarkson's New Album and Single Get Release DatesKelly Clarkson's New Album and Single Get Release Dates Kelly Clarkson’s fifth studio album – now titled Stronger – finally has an official release date and a first single. But with repeated dates that did not fall t… Read More
Shaheizy Sam, Liyana rakam single Bangun Walaupun lebih aktif dan dikenali ramai menerusi lakonan, kecintaan pelakon popular tanah air, Shaheizy Sam pada muzik tidak pernah pudar. Apatah lagi, muzik diakuinya cukup dekat di hati dan amat diminati. Pernah membabit… Read More
0 comments:
Post a Comment