Berikut merupakan nasihat Edry terhadap Aweera:
Terkilan dengan sikap Aweera yang masih tidak henti-henti mahu ‘mengusik’ Edry, kini ketua kumpulan Mojo itu mengambil tindakan untuk menghantar surat peguam kepada Aweera.
BACA: Aweera: Drama Edry KRU Raih Simpati Di Pentas AJL 29 Menjadi
“Apa yang saya boleh cakapkan di sini, pihak kami akan mengeluarkan
surat peguam dalam masa terdekat. Jangan kerana mulut, badan pula
binasa,” kata Edry sperti dipetik dari akhbar Harian Metro.
Edry berkata, keputusan tersebut diambil kerana Aweera bersikap
keterlaluan apabila terus mengkritik dan merendah-rendahkan dirinya dan
Mojo secara terbuka menerusi media.
“Saya tidak faham kenapa dia perlu bertindak begitu. Kenapa
sikapnya seolah-olah hendak lihat Mojo gagal (dalam bidang nyanyian).
Menerusi kenyataan-kenyataannya, dia tidak habis-habis hendak
merendahkan kami,” tambahnya lagi.
Edry berkata, dia juga berasa pelik dengan sikap Aweera yang dilihat
seperti tidak dapat memulakan kehidupan yang baru tanpa Mojo.
Pada pendapat kami, sudah sampai masa untuk Aweera move on
dan mulakan langkah baru dengan menampilkan kelainan dan juga mutu yang
lebih baik untuk bersaing. Duduk sahaja dan tidak henti mencari
kesalahan orang lain tidak akan membawa anda ke mana-mana.
Sumber: RotiKaya
0 comments:
Post a Comment