Saturday, January 31, 2015

Jimmy Shanley Enggan Ulas Kes Bekas Isterinya

jimmy shanley enggan ulas kes bekas isterinya
Pengacara TV dan penyampai radio Ultra FM, Jimmy Shanley enggan mengulas lanjut mengenai kes yang dihadapi oleh bekas isterinya Nursuhaila Eliani Suhaimi mengemukakan permohonan penggantungan pelaksanaan hukuman penjara tujuh.

Nursuhaila didapati telah ingkar perintah mahkamah berkaitan hak lawatan dan bermalam anak mereka, Zahrah Rania.

Jimmy hanya mengunci mulut buat waktu sekarang dan membiarkan pihak perundangan dan kehakiman yang mengaturkan segalanya.

“Saya tak mahu komen, segala penjelasan pun saya tak mahu, kemungkinan saya akan buat sidang media tetapi ia belum pasti lagi, saya sendiri pun tak ‘sure’ nak buat ke tidak,” katanya kepada portal Murai.com.my

Jimmy Shanley yang ditemui wartawan di Majlis Pelancaran Go Shop di ibu negara turut menjelaskan kehidupan dia kini semakin bahagia dan teratur dengan pelbagai tawaran yang dia perolehi.

“Alhamdulilah, selain menjadi penyampai radio saya juga host TV untuk Go Shop yang disiarkan di Astro saluran 118. Saya menerima ramai komen yang positif mengenai saluran tv ini terutama kepada kaki-kaki ‘shopping’.

“Saya promosi barang-barang tersebut dengan cara saya dan cuba sedaya upaya agar barang yang saya promosikan tu di beli oleh penonton, “ ujar Jimmy.

Dalam perkembangan lain, dia turut bercadang untuk mempelajari bahasa ketiga iaitu Perancis dan Bahasa Arab untuk menambahkan lagi ilmu pengetahuan.

“Saya juga mempunyai perancangan untuk belajar bahasa lain, saya rasa ia penting buat diri saya untuk memperluaskan lagi daya intelektual saya  dalam bidang yang saya ceburi sekarang, “ katanya mengakhiri bicara. 

Sumber: Murai

0 comments:

Post a Comment