Sunday, December 7, 2014

Anuar Zain Simpan Impian Buka Pusat Dialisis


KUALA LUMPUR: Penyanyi Anuar Zain memberitahu impiannya adalah untuk membuka sebuah pusat rawatan dialisis bagi membantu masyarakat  yang tidak berkemampuan mendapatkan rawatan penyakit buah pinggang.

Anuar berkata, hasrat tersebut disimpan apabila melihat ramai ahli keluarga dan rakan-rakannya yang meninggal dunia sebelum mendapatkan rawatan di pusat dialisis.
"Sejak lama dahulu saya menyimpan impian mahu membuka sebuah pusat dialisis bagi membantu golongan yang tidak berkemampuan mendapatkan rawatan.

"Ini kerana ramai ahli keluarga dan rakan-rakan rapat saya yang meninggal dunia kerana sukar untuk menerima rawatan di pusat dialisis. Namun itu dulu, sekarang saya lihat sudah banyak dan mudah juga untuk dapat rawatan tersebut," katanya kepada mStar Online.

Turut memeriahkan majlis Tun Dr. Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali.


Anuar berkata demikian ketika ditemui selepas Showcase Dinner Bersama Anuar Zain yang dianjurkan oleh Institut Jantung Negara (IJN), bagi mengutip dana meringankan beban kumpulan sokongan PCHC.

Majlis bertemakan Sempurnakan Aku ini diadakan di The Majestic Hotel, malam Jumaat.

Sementara itu, Anuar mengakui gembira apabila malam amal tersebut berjaya mengumpul sebanyak RM863,300 hasil sumbangan daripada 32 badan korporat.
"Alhamdulillah rezeki pada malam ini sangat bagus dan ia adalah kerja keras pihak IJN. Pada saya kita berjaya untuk memberi kesedaran kepada masyarakay tentang kumpulan sokongan ini.
"Kita boleh salurkan bantuan dengan pelbagai cara dan bukan hanya dengan wang ringgit semata-mata tetapi juga kepakaran yang ada," ujarnya.

Pada majlis hampir dua jam itu, Anuar menyampaikan 11 buah lagu popularnya termasuk Keabadian Cinta, Sempurnakan Aku, Ajari Aku, Ketulusan Hati dan Sedetik Lebih.
Seramai 700 tetamu yang hadir terhibur dengan persembahan dan kemesraan penyanyi tersebut apabila bertindak turun dari pentas bagi melayan tetamu yang ingin bergambar dengannya.
Turut hadir pada majlis tersebut ialah bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali.

Beberapa rakan artis turut memeriahkan majlis tersebut ialah Misha Omar, Jaclyn Victor dan Salamiah Hassan.
 
Sumber: Mstar

Related Posts:

  • AIM-18 : Aizat Ungguli Enam Pencalonannews @mStar AIM-18 : Aizat Ungguli Enam Pencalonan Penyanyi Aizat mengungguli enam pencalonan bagi enam kategori termasuk Album Terbaik dalam Anugerah Industri Muzik ke-18 (AIM-18) yang bakal berlangsung di Stadiu… Read More
  • MH370: Anuar Zain Sebak Terkenang Rakan Lama Mangsa Penyanyi Anuar Zain sentiasa terkenangkan dua rakan lamanya iaitu Ketua Pramugara, Andrew Nari dan penyelia, Patrick Francis Gomes yang berada dalam pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang dilaporkan hilang sejak 8 Ma… Read More
  • 'Terindah... Anuar Zain' - Secretary Week With Anuar Zain Jika penyanyi Anuar Zain pernah menetapkan tiket konsertnya tahun lalu setinggi RM698, tetapi pada tahun ini harganya naik hampir sekali ganda iaitu RM1,380 sempena minggu setiausaha pada April depan. Anuar, 44, berkat… Read More
  • Anuar Zain Janggal terima trofi daripada Yunanews @hmetro Trofi milik Anuar Zain KUALA LUMPUR: “Saya terima anugerah ini dengan perasaan janggal kerana ia agak memalukan,” kata penyanyi Anuar Zain yang dinobatkan pemenang baru kategori Lagu Terbaik, Anugerah Indus… Read More
  • New Album - Anuar Zain 2011New Album - Anuar Zain 2011Tracklisting:Ku Janji Karna CintaAjari AkuNadi TerhentiPernahkahSimpati CintamuSempurnakan AkuTerindahCinta Harus Memiliki* Dapatkan album baru ini yang sudah berada di pasaran sejak 20 Sept 2011 ya… Read More

0 comments:

Post a Comment