Tuesday, December 9, 2014

Aisyah Aziz Ditegur Peminat, Kelakuan Dianggap Kurang Sopan Sebagai Penyampai AIM21

Selepas Azhael nampaknya penyanyi Aisyah Aziz pula turut menerima kritikan hebat di laman sosial kerana tingkah lakunya sebagai penyampai Anugerah Industri Muzik 21 (AIM21) dianggap sebagai kurang sopan.

Ini kerana tindakan Aisyah semasa mengumumkan pemenang  anugerah bagi kategori ‘Persembahan Vokal Duo/Kolaborasi Terbaik Di Dalam Lagu’, dia telah menyebut perkataan ‘tak nak lah’ secara tidak sengaja apabila penonton yang berada di dewan sibuk meneka pemenang tersebut adalah Sleeq dan Joe Flizzow menerusi lagu ‘Tepi Sikit’.

Perbuatannya itu nyata telah mengejut penonton serta peminat Sleeq dan Joe Flizzow.






Antara teguran yang diberikan kepada Aisyah.








Aisyah yang juga merupakan adik kepada Aliff Aziz itu juga dikatakan tidak peka dengan keadaan sekeliling dan tidak menghormati artis yang telah lama berkecimpung dalam dunia seni.











Selain itu, aksi Aisyah semasa mengumumkan kemenangan Azhael bagi kategori  ‘Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (berkumpulan) turut menarik perhatian apabila dia secara tiba-tiba melompat di atas pentas bersama Hael (anggota duo Azhael).












Akibat daripada kejadian itu, dia telah menerima kritikan di laman sosial yang rata-ratanya berpendapat Aisyah sepatut mengawal etika ketika mengahdiri majlis-majlis berprestij.

Bagaimanapun Aliff Aziz selaku abang, telah meminta maaf semasa siaran secara langsung apabila dia melihat adiknya begitu gugup di atas pentas dan kelihatan tidak keruan.

Aisyah dan Aliff Aziz bertindak sebagai penyampai anugerah bagi kategori ‘‘Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (berkumpulan)’ (Azhael – hujung Waktu) dan ‘Persembahan Vokal Duo/Kolaborasi Terbaik Di Dalam Lagu’ (Nora ft Mosyi, Alif ft Putri - Selamanya Bahagia) di AIM21.

Sumber: AstroGempak

Related Posts:

  • Fahrin Ahmad Sasaran Gay ? Pelakon dan pengacara, Fahrin Ahmad akui pernah didekati kaum sejenis yang mahu menjalinkan hubungan songsang dengannya. Fahrin berkata lebih ekstrem lagi, apabila dia pernah menerima gambar separuh bogel yang berunsur seks… Read More
  • Nelydia Senrose Ada Sebab Padam Gambar Qi Razali Di Instagram Pelakon Nelydia Senrose mempunyai sebab dan alasan tertentu membuang gambar-gambar dia bersama kekasihnya pelakon dan pengacara Qi Razali di laman sosial Instagram.   Nelydia, 20, yang enggan berkongsi punca dia mem… Read More
  • Indah (AF 2013) Terkejut Gosip Putus Tunang Bekas peserta program Akademi Fantasia 2013 (AF 2013) iaitu Indah terkejut apabila dikatakan putus tunang baru-baru ini.Indah atau nama sebenarnya Siti Ruhailah Hussin, 27, berkata, dia hairan bagaimana tuduhan itu boleh … Read More
  • Erra Fazira terkejut pujukan Engku Emran Pelakon dan penyanyi, Erra Fazira terkejut dengan tindakan bekas suaminya, Engku Emran Engku Zainal Abidin apabila memuatnaik gambar anaknya dengan tulisan tertera seolah-olah mahu merujuk semula. Erra atau nama sebenarnya… Read More
  • Ifa Raziah Kesal Suami Dituduh Tak Mampu Hadiahkan Mercedes Pelakon dan penyanyi Ifa Raziah kesal apabila ada pihak mempersoalkan kemampuan Mohd Yani Abdul Rahman apabila suaminya itu menghadiahkan dia sebuah kereta Mercedes C200 sempena ulang tahun perkahwinan mereka ke 10, pada … Read More

0 comments:

Post a Comment