KUALA LUMPUR: Malam kemuncak
Anugerah Industri Muzik ke-21 (AIM 21) menyaksikan penyanyi Datuk Siti
Nurhaliza Tarudin menggondol tiga anugerah termasuk Album Terbaik pada
acara yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, malam
Sabtu.
Menerusi album Fragmen penyanyi berusia 35 itu turut menerima anugerah Vokal Terbaik Wanita menerusi lagu Lebih Indah dan Rakaman Album Terbaik melalui Konsert Lentera Timur Bersama Orkestra Tradisional Malaysia.
Dalam pada itu, penyanyi rap baharu SonaOne memenangi anugerah Lagu Terbaik dan Lagu Inggeris Tempatan Terbaik menerusi lagu No More.
Sementara itu, anugerah Vokal Terbaik Lelaki dimenangi oleh penyanyi Akim Ahmad menerusi lagu Mewangi.
Bagi Anugerah Sri Wirama AIM 2014 diberikan kepada Datuk Ramli Sarip atas kesetiannya selama 45 tahun berjuang dalam industri seni tanah air.
Persembahan nyanyian Tam Spider dan Aweera melalui dua lagu popular Papa Rock iaitu Bukan Kerana Nama dan Teratai sebagai tanda penghargaan kepada penyanyi lagenda itu.
Dalam pada itu, penyanyi Alyah menggondol anugerah Lagu Terbaik dan Lagu Pop Terbaik menerusi lagu popularnya Sesal Separuh Nyawa.
Kumpulan Azhael memenangi kategori Persembahan Vokal Kumpulan Terbaik Di Dalam Lagu hasil menerusi lagu Hujung Waktu.
Bagi kategori Vokal Duo/Kolaborasi Terbaik dalam lagu dimenangi oleh Nora Feat Mosyi, Alif & Putri menerusi lagu Selamanya Bahagia.
Lagu Mahligai Kayangan yang dipersembahkan oleh Salamiah Hassan dipilih sebagai pemenang dalam kategori Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu.
Artis Baru Terbaik pada tahun ini diterima oleh penyanyi Poova.
Sementara itu, Amy Search masih membuktikan keunggulannya apabila menerima anugerah Lagu Rock Terbaik bersama kumpulan Bunkface menerusi Rentak Laguku.
AIM 21 dihoskan oleh Faizal Ismail dan Zizan Razak.
Acara pada malam itu turut diserikan oleh persembahan mantap daripada Sleeq, Dayang Nurfaizah, Akim & The Magistrate, Haleeda & Ayai (Ilusi), Sheda, Haiza, Fakhrul Razi, Joe Flizzow dan SonaOne.
Ia disiarkan secara langsung di Astro Ria (104) dan Astro Maya HD (135).
Berikut adalah senarai pemenang penuh anugerah AIM 21
Album Terbaik : Fragmen - Dato' Siti Nurhaliza
Lagu Terbaik : No More - SonaOne
Vokal Terbaik Lelaki Dalam Lagu : Akim Ahmad - Mewangi
Vokal Terbaik Wanita Dalam Lagu: Datuk Siti Nurhaliza - Lebih Indah
Lagu Bahasa Melayu Terbaik Yang Dipersembahkan Oleh Artis Luar Negara: Salahkan - Hafiz Suip & Datuk Rossa
Video Muzik Terbaik: Yuna - Yuna & Zul Luey
Vokal Terbaik Berkumpulan Dalam Lagu: Azhael - Hujung Waktu
Vokal Duo/Kolaborasi Terbaik Dalam Lagu: Selamanya Bahagia -Nora Feat Mosyi, Alif & Putri
Lagu Pop Terbaik: Alyah - Sesal Separuh Nyawa
Lagu Hip Hop Terbaik: Joe Flizzow feat SonaOne - Apa Khabar
Lagu Rock Terbaik: Bunkface feat Amy Search - Rentak Laguku
Artis Baru Terbaik: Poova
Lagu Inggeris Tempatan Terbaik: SonaOne - No More
Lagu Nasyid Terbaik: Rindu Allah Sayang Allah - Iwan Syahman & Iwan Junior
Lagu Pop Etnik Terbaik: Ihab Ismail - Akar Kita Zapin
Susunan Muzik Terbaik Dalam Lagu: Mahligai Kayangan - Salamiah Hassan ( Aubrey Suwito)
Rakaman Album Terbaik: Konsert Lentera Timur Bersama Orkestra Tradisional Malaysia - Datuk Siti Nurhaliza
Kulit Album Terbaik: #1 - Stacy (Wan Izhar)
Sumber: Mstar
0 comments:
Post a Comment