Wednesday, January 29, 2014

'Terindah... Anuar Zain' - Secretary Week With Anuar Zain

Terindah... Anuar Zain

Jika penyanyi Anuar Zain pernah menetapkan tiket konsertnya tahun lalu setinggi RM698, tetapi pada tahun ini harganya naik hampir sekali ganda iaitu RM1,380 sempena minggu setiausaha pada April depan. Anuar, 44, berkata jumlah itu adalah berpatutan kerana peminat bukan sahaja dapat menyaksikan persembahannya malah mereka juga akan disajikan dengan makanan, hadiah di samping janjinya untuk memberi sebuah persembahan berkualiti.


Beliau berkata demikian pada sidang media pengumuman penganjuran persembahan istimewanya bertemakan 'Terindah... Anuar Zain' sempena Minggu Setiausaha di Bijan Bar & Restaurant di sini, petang Isnin. Persembahan itu akan diadakan pada 8 April 2014 bermula pukul 12 tengah hari di Hotel One World, Petaling Jaya. Selain RM1,380, harga lain yang ditawarkan bagi menyaksikan acara itu ialah RM480, RM680 dan RM980. Pada persembahan selama 45 minit itu nanti.


Anuar akan menyanyikan lapan buah lagu termasuk lagu Terindah secara eksklusif sambil diiringi sembilan pemuzik. "Kita belum tentukan lagu yang akan dinyanyikan tapi kita akan buat undian di kalangan peminat untuk menentukan lagu pada malam itu nanti," katanya. 

Tiket-tiket mula dijual pada 7 Februari depan menerusi www.tiketcharge.com.my manakala tiket untuk VIP boleh diperoleh terus dengan menghubungi Anuar Zain Network di talian 019-3177476 atau 012-4642030. Untuk maklumat lanjut, layari www.facebook.com/anuarzainnetwork.

sumber: Mstar

0 comments:

Post a Comment