Saturday, March 1, 2014
Awal Ashaari Tinggalkan Melodi?
Pelakon dan pengacara Awal Ashaari menafikan gosip kononnya dia tidak lagi menjadi pengacara program hiburan popular Melodi seperti yang didakwa oleh beberapa pihak.
Awal atau nama sebenarnya Ahmad Awaluddin Ashaari, 32, berkata, dia terkejut dengan khabar angin itu dan berasa pelik apabila mendapat tahu perkara itu daripada pihak lain dan bukannya daripada produksi program terbabit.
"Jika betullah khidmat saya tidak lagi diperlukan dalam Melodi sudah tentu pihak produksi memberitahu saya awal-awal.
"Saya juga mendapat tahu kononnya ada beberapa pelakon yang sudah menjalani uji bakat sebagai pengacara Melodi tetapi apabila ditanya kepada pihak produksi mereka menafikan tentang hal itu," katanya.
Batu-baru ini Awal dikatakan bakal meninggalkan Melodi selepas pihak produksi mendapat pengganti baharu di mana hos tersebut merupakan seorang pelakon wanita yang dikenali.
Penukaran hos itu dilakukan kononnya Awal gagal mengacara program tersebut selain mempunyai masalah disiplin kerja.
Bagaimanapun tambah Awal, dia menyifatkan berita tersebut sekadar khabar angin kosong yang hanya dibuat oleh individu yang tidak bertanggungjawab serta tidak berpuas hati dengan dirinya. baca artikel penuh
Sumber: Mstar
Categories: awal ashaari, melodi tv3
Related Posts:
Awal Ashaari Tinggalkan Melodi? Pelakon dan pengacara Awal Ashaari menafikan gosip kononnya dia tidak lagi menjadi pengacara program hiburan popular Melodi seperti yang didakwa oleh beberapa pihak. Awal atau nama sebenarnya Ahmad Awaluddin Ashaari, 32, … Read More
Photo: Awal Ashaari dan Scha Al yahya dapat puteri pertamaPengacara dan pelakon, Scha Al Yahya selamat melahirkan bayi perempuan di Hospital Prince Court, pada jam 5.50 petang semalam, 22 Julai. Suaminya, Awal Ashaari mengesahkan berita tersebut menerusi akauan Instagram miliknya. … Read More
Awal Ashaari : Bayaran Tertunggak Hanya Salah Faham - Produksi 'The Band' Awal Ashaari PETALING JAYA: Pihak produksi yang menerbitkan program realiti The Band (siaran Astro) menjelaskan, isu pihaknya tidak membuat pembayaran penuh kepada pengacara Awal Ashaari adalah satu sal… Read More
Awal Ashaari Tuntut Produksi 'The Band' Jelaskan Bayaran Awal Ashaari berharap produksi yang menerbitkan program The Band dapat menjelaskan bayarannya segera. PETALING JAYA: Pengacara Awal Ashaari meluahkan rasa kesal apabila sebuah syarikat produksi yang menerbitkan … Read More
Awal Ashaari Bakal Bergelar BapaTahniah buat pasangan popular: Awal Ashaari dan Scha Al Yahya ! Berita gembira ini disahkan oleh Awal sendiri di halaman facebooknya yang memberitahu Scha kini sudah pun memasuk trimester kedua. Agaknya dapat baby b… Read More
0 comments:
Post a Comment