Saturday, November 3, 2012

Farid Kamil & Diana Danielle Akhirnya Bergelar Suami Isteri

Farid Kamil & Diana Danielle Akhirnya Bergelar Suami Isteri


Dengan sekali lafaz nikah, aktres jelita Diana Danielle Danny Beeson akhirnya bergelar isteri kepada aktor dan pengarah filem, Farid Kamil Zahari dalam satu majlis yang diadakan di Hotel Flamingo by the Lake di sini, pagi Sabtu.

Pasangan itu dinikahkan oleh Pegawai Tadbir Agama yang juga Pendaftar Kanan Perkahwinan Daerah Gombak, Daim Jajuli kira-kira pada pukul 9.12 pagi berwali hakim manakala dua rakan Farid, Ahmad Razif Hamzah dan Abdul Hamid Abdul Razak menjadi saksi.

Diana menerima mas kahwin sebanyak RM10,000 dan wang hantaran berjumlah RM20,000 mengikut nilai pelaburan emas.

Pihak perempuan menerima lima dulang hantaran daripada pengantin lelaki yang berupa motosikal mini Kawasaki KSR 110, telekung dan Al Quran, cincin Tiffany & Co, wang hantaran dan sireh junjung.

Sementara pihak Farid pula mendapat tujuh dulang hantaran iaitu tepak sireh, sebentuk cincin dan dompet, sebuah album foto, sebuah motorsikal mini, produk kecantikan Hugo Boss, majalah Polo International dan manisan.

more: mstar

Related Posts:

  • Pernikahan Sham Kamikaze Tak Sah - Mahkamah Perkahwinan Sham dibubarkan serta merta secara faraq nikah mulai hari ini. RAWANG: Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat pada Jumaat memutuskan, pernikahan di antara bekas gitaris kumpulan Kamikaze iaitu Sham dan Nurul… Read More
  • Almy Nadia Menangis Sepanjang Majlis Pernikahan Aktres Almy Nadia mengakui terlalu gemuruh sehingga menitiskan air mata sepanjang berlangsungnya majlis pernikahannya bersama aktor Fizz Fairuz yang berlangsung di Masjid Daerah Balik Pulau, Pulau Pinang pada petang Sabtu.Al… Read More
  • Alif Satar Belum Sedia Dedah Tarikh Kahwin Pelantun lagu 'Akhiri Penantianku', Aliff Satar mendedahkan bakal menamatkan zaman bujang bersama tunangnya, Sha Dila Halid, pada bulan September ini selepas mengikat tali pertunangan pada Januari lalu.   Memetik… Read More
  • Izara sah bergelar isteri AdibIzara sah bergelar isteri Adib KUALA LUMPUR: Aktres jelita, Izara Aishah, 25, sah bergelar isteri kepada Muhammad Adib Khalid, 27, yang juga anak tiri penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza, dengan sekali lafaz tepat j… Read More
  • Ruminah Sidek Teruja Bersanding Buat Kali Pertama Biarpun sudah mendirikan rumah tangga sebanyak tiga kali sebelum ini, namun perkahwinan keempat pelakon veteran, Ruminah Sidek pada 17 Mei ini merupakan detik pertama baginya untuk merasai pengalaman bersanding di atas pe… Read More

0 comments:

Post a Comment