Friday, July 1, 2011

Michelle Yeoh Sedih Diusir Dari Myanmar

news @mStar

Michelle Yeoh Sedih Diusir Dari Myanmar

Bintang Hollywood Datuk Michelle Yeoh yang memegang watak pejuang demokrasi Myanmar, Aung San Suu Kyi dalam filem terbarunya menzahirkan rasa sedih terhadap tindakan yang dilakukan oleh kerajaan Myanmar terhadapnya.

Pelakon yang berasal dari Malaysia itu tidak dibenarkan memasuki negara tersebut dan telah disenaraihitamkan ketika beliau tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Yangon pada 22 Jun lalu.

Dalam kenyataan pertamanya terhadap isu tersebut, Yeoh berkata dia terkejut dan sangat kesal dengan tindakan kerajaan junta tentera itu.

Tambahnya, dia tidak mempunyai sebarang niat jahat, malah menyayangi negara dan rakyat Myanmar.

Yeoh telah bertemu Suu Kyi pada Disember tahun lalu. Filem berjudul The Lady yang mengisahkan tentang perjuangan dan kisah hidup Suu Kyi ini akan ditayangkan pada akhir tahun ini.

0 comments:

Post a Comment