Tuesday, June 28, 2011

Pencarian bakat K-Pop Malaysia

news @kosmo

Pencarian bakat K-Pop Malaysia

SELEPAS ledakan drama dan filem Korea mencipta fenomena sendiri dalam masyarakat tempatan kini muncul pula genre baharu muzik pop Korea atau lebih dikenali dengan jenama K-Pop.

Selaras dengan penangan hebat ini, Astro Hitz (saluran 705) melalui kerjasama Organisasi Pelancongan Korea menerbitkan sebuah rancangan baharu pencarian bakat K-Pop Hitz Talent Show.

Menerusi rancangan berdurasi sejam ini, peminat setia K-Pop bukan sahaja boleh menonton, malah mencuba nasib serta mengasah bakat mereka dalam dunia K-Pop melalui uji bakat yang telah bermula 18 Jun lalu sehingga 9 Julai nanti.

Sebanyak empat sesi uji bakat akan dijalankan setiap hari Sabtu bermula 18 Jun lalu di Wangsa Walk, Berjaya Times Square (25 Jun), The Curve (2 Julai) dan SACC Mall, Shah Alam (9 Julai).

Saksikan K-Pop Hitz Talent Show pada setiap hari Khamis pukul 3.30 petang bermula 23 Jun hingga 4 Ogos di Astro Hitz (saluran 705) dan maklumat lanjut boleh didapati di laman sesawang www.astro.com.my atau www.facebook.com/astrohitz.
more

Related Posts:

  • FEAR FACTOR MALAYSIA 2: CABARAN LEBIH MENDEBARKANPeminat-peminat setia penonton Fear Factor Malaysia (FFM) tahun lalu, pastinya tertunggu-tunggu musim kedua program realiti yang menguji ketahanan mental dan fizikal itu. Lebih-lebih lagi apabila melihat ‘trailer’ program … Read More
  • Maharaja Lawak Mega 2013, Siapa Juara ? Maharaja Lawak Mega 2013 PENTAS Maharaja Lawak Mega semakin menghampiri kemuncaknya. Jika dilihat daripada 16 peserta, hanya lima peserta bakal beraksi di pentas final nanti. Sepahtu, Shiro, Bocey, Nabil dan Jambu bakal b… Read More
  • Hairi Safwan Akhiri Zaman BujangTahniah diucapkan kepada pelakon yang juga juara program 'Anak Wayang' musim pertama, Hairi Safwan yang telah sah bergelar suami kepada wanita pilihannya, Fara Afiza Azman dengan sekali lafaz, Sabtu lalu. Pasangan ini te… Read More
  • Video: MISS PROPA GANTI TEMPAT NEELOFA DALAM MELETOPDalam sedang hangat menanti tibanya Anugerah Meletop Era yang akan bersiaran pada 8 Februari nanti,  Miss Propa terdetik untuk membuat Proparodi untuk iklan program Meletop yang menjadi bualan hangat. Miss Propa harap p… Read More
  • Kilauan Emas 4: Arip Raih Gelaran Juara Arip bersama hadiah yang diterimanya. Foto AIZUDDIN AFIQ FIRABERI KUALA LUMPUR: Peserta Arip diumumkan juara pada pertandingan Kilauan Emas musim keempat yang diadakan secara langsung di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil, di s… Read More

0 comments:

Post a Comment