Saturday, April 5, 2014

Julfekar Sah Suami Min Yasmin


Komposer Julfekar sah bergelar suami kepada penyanyi Nurul Yasmin Abdul Aziz atau Min Yasmin, 25, dengan sekali lafaz di Masjid Kota Damansara, di sini, pada Jumaat.

Majlis akad nikah yang berlangsung kira-kira pukul 3.40 petang disempurnakan oleh Penolong Pendaftar Nikah Masjid Kota Damansara, Mohd Arip Johdi.

Min Yasmin diwalikan oleh bapanya Abdul Aziz.

Pada majlis itu Julfekar atau nama sebenarnya Julfekar Ahmad Shah, 49, menyerahkan mas kahwin bernilai RM1000, manakala wang hantaran dirahsiakan.

Pihak lelaki turut memberikan tujuh dulang hantaran antaranya minyak wangi, beg tangan, sejadah, Al Quran, kasut, kek dan cincin,

Ia dibalas sembilan dulang hantaran oleh pengantin perempuan antaranya sirih junjung, buah-buahan, Al-Quran, dompet dan tali pinggang, sejadah, kasut, cincin, baju kemeja dan kek.

Pasangan mempelai kelihatan anggun mengenakan busana berwarna putih daripada butik N'dah.

Ini merupakan perkahwinan kedua buat Julfekar dan yang pertama buat Min Yasmin.

Komposer tersebut turut mempunyai empat orang anak hasil perkahwinannya yang terdahulu.

Sumber: Mstar

Related Posts:

  • Selamat Pengantin Baru Radhi & Ayu! Tahniah diucapkan kepada vokalis kumpulan OAG, Radhi yang dengan sekali lafaz telah sah bergelar suami kepada kepada Nur Shahira Ayu Zahiri atau Ayu, sekitar jam 10.30 pagi tadi. Majlis pernikahan ini telah berlangsung d… Read More
  • Rumahtangga Adam AF2 dikatakan goyah ? Penyanyi dan pelakon Adam atau nama sebenarnya Mohd Aizam Mat Saman enggan mengulas panjang tentang dakwaan mengenai keretakan rumahtangganya. Malah dia memohon supaya diberikan sedikit masa sebelum dia mengumumkan kedud… Read More
  • Fahrin Ahmad Pilih Wanita Sudah Dikenali Pelakon Fahrin Ahmad berkata, dia tidak lagi berminat untuk menjalinkan apa-apa hubungan secara rapat dengan wanita yang tidak dikenali dalam mencari pasangan cinta. Fahrin, 35, berkata, sebaliknya dia lebih senang menca… Read More
  • Ayu & Keluarga Bantu Pulihkan Masalah Dadah Radhi (OAG) Penyanyi Radhi (OAG) amat bersyukur bertemu jodoh dengan Nur Shahira Ayu Zahiri, 20, kerana mempunyai semangat tinggi dalam membantunya mengubah hidup untuk   bebas daripada najis dadah. Radhi atau nama sebenarnya M… Read More
  • Hans Isaac Buat Keputusan Kahwin Hujung Tahun Pelakon Hans Isaac telah membuat keputusan untuk menamatkan zaman bujangnya dan bakal mengumumkan berita baik itu hujang tahun ini. Hans atau nama sebenarnya Gerald Hans Isaac, 48,  mengakui dia kini sedang menjalani k… Read More

0 comments:

Post a Comment