Monday, September 15, 2014

AF2014: Wawa Peserta Pertama Tersingkir AF 2014

Wawa akan meneruskan perjuangan sebagai penyanyi.

SHAH ALAM: Peserta dari Selangor, Walfadhilah Suhaizat, 19, menjadi peserta pertama tersingkir pada minggu kedua program realiti Akademi Fantasia 2014 (AF 2014) yang disiarkan secara langsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), di sini, malam Ahad.
Walfadhilah atau Wawa mendapat undian terendah iaitu sebanyak 2.53 peratus undi selepas menyampaikan lagu Wajah Kekasih nyanyian asal Datuk Siti Nurhaliza.

Pengumuman itu dibuat oleh hos rancangan itu Zizan Razak dan Faizal Ismail.
Sementara itu, peserta daripada Johor, Azwan Satar, 30, yang menyanyikan lagu Bernafas Dalam Lumpur menerima undian tertinggi iaitu sebanyak 30.57 peratus.
Wawa ketika diumumkan sebagai peserta pertama tersingkir.
Dalam pada itu, Wawa yang ditemui mengakui agak sedih apabila menjadi peserta pertama tersingkir, bagaimanapun, dia tidak patah semangat untuk terus menjadi berada dalam bidang seni suara.
"Banyak pengalaman yang saya dapat belajar dalam setiap kelas yang diberikan biarpun tidak lama, sudah tentu rasa sedih tersingkir awal, namun begitu saya tetap bersyukur terpilih menyertai Akademi Fantasia 2014,
"Insya-Allah, saya akan bawa pengalaman yang ada untuk terus mencari tapak sebagai penyanyi dalam industri ini,"ujarnya. 
Selain Azwan, 10 peserta mara pada minggu hadapan ialah Azwan Satar, 30, Ikhwal Hafiz Ismail, 22, Mohd Firman Bansir, 25, Mohd Razman Abd Aziz, 22, Muhd Zharif Mohd Kamil, 26 dan Muhd Fareezuan Adnan, 19.

Manakala turut mara adalah Adeline Joyce Masidah, 21, Muna Shahirah Munadi, 20, Nina Nadira Naharuddin, 22, Nor Aziha Md Salleh, 20, dan Syamila Nuhair Zainordi, 21.
Faizal Ismail dan Zizan Razak semakin serasi mengacarakan Akademi Fantasia 2014
Penyanyi Hattan bertindak sebagai pengetua musim ini.

Manakala, tenaga pengajar lain yang terbabit dalam musim ini ialah Fatimah Abu Bakar (Guru Komunikasi dan Bahasa Inggeris), Linda Jasmine (Guru Tarian dan koreografi), Datin Marlia Musa (Guru Seni Persembahan) dan Siti Hajar (Guru Vokal).

Dua juri tetap yang ditampilkan untuk mengadili peserta adalah Raja Azura dan Datuk Ramli MS, manakala juri jemputan Amy Mastura.

Rutin harian pelajar di akademi dapat ditonton menerusi Diari AF yang dikendalikan oleh pelawak Jihan Musa setiap Isnin hingga Jumaat, pukul 9 malam.
Sumber: Mstar

Related Posts:

  • Nubhan pilih bakal doktor gigi sebagai bakal isteri NUBHAN dan Afifah sudah enam tahun menjalinkan hubungan cinta. - Foto BH Online KUALA LUMPUR: Bintang Akademi Fantasia musim keenam, Nubhan, 28, selamat melangsungkan pertunangan 11 pagi tadi dengan Afifah Hidayah Ahmad T… Read More
  • AF2014: Senarai Lagu Konsert Ke 6 Malam 12 Oktober 2014, bintang Akademi Fantasia (AF 2014) bakal membuat persembahan untuk konsert minggu ke 6 yang bertemakan ROCK. Saksikan persembahan bintang Akademi Fantasia 2014 di kaca tv korang jam 9 malam di salura… Read More
  • #AF2014:: Senarai Lagu AF 2014 Konsert Minggu 5 Malam 5 Oktober 2014, bintang Akademi Fantasia (AF 2014) bakal membuat persembahan untuk konsert minggu kelima. Saksikan persembahan bintang Akademi Fantasia 2014 di kaca tv korang jam 9 malam di saluran Astro Ria 104 dan… Read More
  • #AF2014: Tiada penyingkiran di konsert kelima Kejutan buat sembilan pelajar apabila pengacara #AF2014 Zizan Razak dan Faizal Ismail mengumumkan bahawa tiada penyingkiran untuk konsert kelima #AF2014. Sembilan pelajar yang dimaksudkan ialah Firman, Ewal, Zarif, Aman, … Read More
  • #AF2014: Muna tidak 'KEKAL' di konsert ke-4 Akademi Fantasia Muna menjadi pelajar ketiga tersingkir di konsert ke-4 Akademi Fantasia 2014 yang berlangsung pada Ahad. Muna atau nama sebenarnya Muna Shahira Munadi mendendangkan lagu Kekal nyanyian asal Ziana Zain kurang mendapat undi… Read More

0 comments:

Post a Comment