KUALA LUMPUR: Biduanita Negara, Datuk Sharifah Aini atau lebih mesra dengan panggilan Kak Pah meninggal dunia awal pagi Sabtu di Pusat Perubatan Pakar Damansara.
Allahyarham yang berusia 61 tahun menghembuskan nafas terakhirnya pada pukul 1.26 pagi akibat jangkitan pada paru-paru.
Jenazah akan dibawa ke Masjid At Taqwa Taman Tun Dr Ismail pada selepas solat Subuh dan dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Kiara sebelum solat Zohor.
Allahyarham meninggalkan seorang anak, Aliff Omar.
Allahyarham telah dimasukkan ke unit rawatan rapi di Pusat Perubatan Pakar Damansara pada Selasa.
Biduanita itu dikesan menghidap fibrosis paru-paru dua tahun lalu dan dimasukkan ke hospital susulan kesukaran bernafas awal pagi Isnin.
Sharifah Aini anak pasangan Syed Jaafar Syed Sahil dan Sharifah Noor Syed Ahmad Al-Attas yang dilahirkan di Nee Soon, Singapura pada 2 Julai 1953.
Titik tolak Kak Pah menjadi artis adalah selepas menjuarai pertandingan Bintang RTS 1968 di Singapura dengan lagu Tiga Malam. Allahyarham kemudian disunting menjadi artis rakaman EMI dan terus bertahan dengan label itu selama 38 tahun.
Pernah merakamkan 93 buah album termasuk 7 album Inggeris, antara lagu popularnya termasuk Seri Dewi Malam, Hapuslah Air Matamu, Bunga Tanjung dan Kau Tinggi Di Awan Biru.
Penyanyi itu juga pernah berkolaborasi dengan beberapa penyanyi terkenal antaranya Latif Ibrahim, Broery Marantika dan Sudirman Haji Arshad.
Selain menyanyi, beliau juga merupakan pelakon filem Sumber Ilhamku, Bintang Pujaan, Diva Popular dan kemunculan terakhirnya dalam filem Penanggal pada tahun lalu.
Hasilnya, nama Kak Pah terukir dalam The Malaysia Book of Records sebagai penyanyi paling lama dengan sesebuah syarikat rakaman dan memiliki 135 album.
Sharifah Aini menerima gelaran Biduanita Negara pada tahun 2006.
Sumber: Astro Awani
Saturday, July 5, 2014
Home »
artis meninggal dunia
,
passed away
,
sharifah aini
» Biduanita Negara, Datuk Sharifah Aini meninggal dunia
Biduanita Negara, Datuk Sharifah Aini meninggal dunia
Related Posts:
Pelawak Maidin Ibrahim Meninggal Dunia Takziah diucapkan kepada keluarga pelawak, Maidin Ibrahim, 76, yang telah meninggal dunia akibat serangan jantung di rumahnya di Kampung Pokok Tai, Gurun, jam 2 petang tadi (13 Aug 2014). Allahyarham telah me… Read More
Akaun Facebook Sharifah Aini Ditutup Sharifah Aini meninggal dunia pada awal pagi Sabtu lalu. PETALING JAYA: Akaun laman sosial Facebook yang dikendalikan oleh biduanita negara Datuk Sharifah Aini telah ditutup oleh anaknya iaitu Aliff Omar Ali.Penut… Read More
Pengulas Sukan Hasbullah Awang Meninggal Dunia Hasbullah Awang KUALA LUMPUR: Pengulas sukan veteran negara, Datuk Hasbullah Awang meninggal dunia ketika menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) pada … Read More
Rod Taylor Pelakon 'The Birds' Meninggal Dunia LOS ANGELES: Pelakon Australia Rod Taylor yang terkenal kerana peranannya dalam filem seram terkenal 'The Birds' arahan Alfred Hitchcock pada 1963 meninggal dunia pada usia 84 tahun di Los Angeles. Juga terkenal me… Read More
Harun Salim Bachik meninggal dunia KUALA LUMPUR: Pelakon dan pelawak terkenal, Harun Salim Bachik, 55, meninggal dunia kira-kira jam 5 petang ini. Perkara itu disahkan oleh rakan baik arwah yang juga pelakon, Den Wahab ketika dihubungi BH Online sebentar ta… Read More
0 comments:
Post a Comment