Monday, February 10, 2020
Home »
abam bocey
,
artis meninggal dunia
,
bocey
,
Maharaja Lawak
,
passed away
» Pelawak Abam Bocey meninggal dunia
Pelawak Abam Bocey meninggal dunia
PELAWAK popular Abam, yang juga anggota kumpulan Bocey meninggal dunia di kediamannya di Gombak pada Isnin.
Berita mengejutkan tersebut dimaklumkan kepada Gempak oleh Ali, iaitu adik kepada Abam.
“Isteri Abam, hubungi saya dan beritahu abang saya tidak sedarkan diri.
“Saya bergegas kediaman Abam dan ya, dia sudah tidak bernafas,” katanya gagal mengawal emosi.
Sementara isteri Abam, Nor Hidayah turut mengesahkan perkara tersebut.
Hidayah memberitahu Allahyarham demam dan mengadu kurang sihat sejak dua hari lalu.
“Beberapa hari lepas dia demam dan mengadu sakit kepala. Tetapi bila ajak ke hospital, dia tak mahu.
“Katanya hanya demam dan sakit kepala biasa. Tapi... pagi tadi saya kejutkan untuk solat subuh, namun dia tak ada tindak balas daripada dia,” katanya menangis teresak-esak.
Abam dan Nor Hidayah berkahwin pada 2017 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey bin Syed Umar Mokhtar Al-Juffrey, 5 bulan.
Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar bin Syed Mohd Redzuan, 32, merupakan seorang pelawak, pelakon dan ahli kumpulan Bocey bersama Fad dan Acey.
Sumber: Astro Awani
Related Posts:
Pelawak Maidin Ibrahim Meninggal Dunia Takziah diucapkan kepada keluarga pelawak, Maidin Ibrahim, 76, yang telah meninggal dunia akibat serangan jantung di rumahnya di Kampung Pokok Tai, Gurun, jam 2 petang tadi (13 Aug 2014). Allahyarham telah me… Read More
Pengulas Sukan Hasbullah Awang Meninggal Dunia Hasbullah Awang KUALA LUMPUR: Pengulas sukan veteran negara, Datuk Hasbullah Awang meninggal dunia ketika menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) pada … Read More
Jimmy (Samudera) Meninggal Dunia PEMAIN bass kumpulan Samudera, Azizan Abdul Hamid atau lebih dikenali sebagai Jimmy meninggal dunia pada Ahad di Rengit, Batu Pahat. Menurut pengurus kumpulan tersebut, Mahadi Latif, dia mendapat tahu tentang berita k… Read More
Harun Salim Bachik meninggal dunia KUALA LUMPUR: Pelakon dan pelawak terkenal, Harun Salim Bachik, 55, meninggal dunia kira-kira jam 5 petang ini. Perkara itu disahkan oleh rakan baik arwah yang juga pelakon, Den Wahab ketika dihubungi BH Online sebentar ta… Read More
Rod Taylor Pelakon 'The Birds' Meninggal Dunia LOS ANGELES: Pelakon Australia Rod Taylor yang terkenal kerana peranannya dalam filem seram terkenal 'The Birds' arahan Alfred Hitchcock pada 1963 meninggal dunia pada usia 84 tahun di Los Angeles. Juga terkenal me… Read More
0 comments:
Post a Comment